April 30, 2010

monyet ke nonyet..??


ni cite yg bole kire kelako la jugak kan. ada satu malam ni, saya pegi rumah faka. kebetulan umi nak masak -- nak masak gulai ikan. then, baru la tesedar yang serbuk kunyit takde. umi pon jerit la kat ony -- adik bongsu faka.

umi : ony! gi beli kunyit kat umi.

ony senyap je. last last umi suruh la adam -- anak sedare faka yang baru je masuk tadika tahun ni. dengan bebekalkan duit rm2, adam pon belari la ke kedai berdekatan. ehemm. dalam 5 minit lepas tu adam pon balik semula dengan dahi yang bekerut.

adam : atok, orang tu cakap tak jual.

atok : takkan tak jual. mesti ada la tu.

adam : apa atok? monyet ke nonyet??

dengan spontan semua yang ada kat ruang tamu ketawa kuat kuat. patot la pakcik tu kate tak jual. rupa rupanye mintak monyet. adehh la adam. lepas tu abah faka pon sebut la elok elok. bukan monyet, tapi kunyit. baru la umi boleh masak. kalau pakcik tu ada jual menyet, dia dah dukung monyet agaknye bawak balik rumah. ahhaaa~

April 22, 2010

masa semakin hampir.

masa yang saya maksudkan itu adalah masa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t -- hari akhirat. apa yang saya akan tulis ni nanti, saya baca dalam majalah Mingguan Wanita. article - pendam rasa adik beradik kuarang ajar. tak payah la saya ceritakan tentang article tersebut kerana ia agak umum. apa yang ingin saya kongsikan, mungkin tak ramai remaja sekarang yang tahu mengenai tanda tanda akhir zaman.

Allah telah menyebut dalam al-Quran 1400 tahun yang lalu bahawa antara tanda tanda kiamat semakin hampir adalah apabila :

1. wanita terlalu ramai melebihi lelaki :
- zaman sekarang, memang perempuan lebih ramai berbanding lelaki. pergi la kemane mane pon, dalam pejabat, dalam sekolah, dalam syarikat, dalam mall, kita akan nampak yang perempuan lebih ramai.


2. banyaknya bangunan pencakar langit :
- sekarang negara di dunia semakin maju. semuanya berlumba lumba membina bangunan yang tinggi, cantik dan megah. tak perlu saya beri contoh yang jauh, yang dekat pon ada. contohnya, Kuala Lumpur yang kita banggakan. semakin lama semakin sesak dengan bangunan. semuanya tinggi bagai nak cecah langit. tidakkah anda perasan?

3. artis dan hiburan disanjung tinggi :
memang benar. akademi fantasia, mentor, malaysian idol, bintang kecil dan banyak lagi. semuanya disanjung tinggi. sedangkan semua tu semua mengarut dan merepek. tapi masyarakat sekarang terlalu agungkan bahan hiburan. entah apa nak jadi.

4. zina berleluasa dan anak luar nikah lahir begitu ramai :
ini yang paling jelas dan nyata depan mata kita sekarang. ramai yang ditangkap sewaktu berzina. kalau tak kena tangkap, anaknya pula yang jadi mangsa. bukan sedikit, tapi dah beratus ratus bayi luar nikah yang lahir. itu yang kita tahu. yang kita tak tahu? yang tak disiarkan dalam media? anak luar nikah yang dibela dan dibesarkan tanpa ikatan perkahwinan yang sah? apa jadi? wallahualam.

banyak lagi sebenarnya tanda tanda, tapi cukuplah setakat ini dulu. banyak lagi sebenarnya yang tejadi depan mata. yang tejadi pada alam sekitar kita, pada manusia sendiri. tapi kita tak sedar dan tak takut. wallahualam.

a fun and exhausting day


ehemm. 20 april 2010. hari yang sangat menarik, mendebarkan, gila gila, letih and and very happy. banyak al kisah al kisah yang terjadi. oh ye, i forgot nak bagitau yang i pergi Kuala Lumpur. on certain reasons -- faka interview, cari baju nak pakai masa kahwin mohamad hadafi dan nor marlisa nanti, and nak cari kasut futsal. baca je la al kisah al kisah kat bawah ni.

- al kisah kena bangun awal pagi.
bayangkan la, pukul 4 pagi dah kena bangun tido. malam tu dah la tido lewat. bengkak mata pagi tu. *first time bangun pukul 4 pagi sebab ada hal*. pukul 4.30 kitorang dah gerak pegi Kuala Lumpur. wee! saya tak tido pon dalam kereta. sebab takot faka sunyi and tetido jugak masa drive. nanti tak pasal pasal lepas dalam semak. :) tapi ada jugak telelap sikit sikit. sampai mamai and telebih bagi duit kat pekerja tol -- padahal tol rm 5 je. ;p tapi alhamdulillah, kitorang sampai kat Uniten, awal setengah jam before interview start.

- al kisah nervous moments.
saya tak nervous, faka yang nervous. 9 kali pergi tandas. haha! imagine la betapa nervous nya dia. cam cite seniman bujang lapok pulak -- hei hang jebat! hehe. first stop nak pegi toilet, kat tandas masjid Raub. tandas tu ada dua choice -- satu, tandas yang ada lock tapi ada dua lubang besar pada pintu. dua, takde lock tapi pintu oke and ada baldi. takkan la nak pilih yang belubang. hehe. malu la orang tengok nanti. other 8 stops, tak payah cite la. then kitorang sampai la kat Uniten -- selepas mengharungi pagi yang sesak. nasib baik la tak berhenti tido dulu. faka pulak, tak habis habis dengan sakit perut. tapi taknak pegi toilet dia kata. so, tahan je la. takkan nak sapu minyak angin kot. orang lain pegi interview bau perfume, faka pegi interview pakai minyak cap kapak! oke oke! dah sampai kat sana, faka kena tunggu lagi dua jam, before dia masuk bilik untuk di interview. and and me, yang kena tunggu kat luar selama dua jam, dah kebas bontot. and perut dah berapa kali bezikir mintak nasi. lepas je keluar dari pintu lobi, faka sengih sengih. ingatkan ape, rupanya sakit perut dah hilang. uhh! :p


- al kisah monorel.
lepas je siap interview, kitorang pegi isi perot dulu. kat Kampung Baru. ahh! kenyang gilak! then kitorang pon get our way to the Time Square yang petak tu -- naik monorel. ramai jugak yang naik monorel masa tu. bau pon wangi je lagi. angkat tangan lame lame pon wangi jugak. bila dah petang, pergh! memang kaw la bau nye. hehe. temasuk la saya! ahh. petang petang lagi penuh orang dalam monorel. lagi kuat bau nye.

- al kisah mencari ;
1. Bulat - bulat ni kawan faka. dia dah janji nak jumpa kitorang kat time square yang petak tu. tapi tempat tu bukan nye kecik cam kotak tv. bulat cakap dia kat tingkat 3, so kitorang pusing pusing la cari dia. tapi tak jumpa jumpa. last last kitorang mesej je bulat. suruh cari kitorang pulak. baru la jumpa. *saya and faka tak reti cari orang. cari baju reti la. :p*

2. mencari baju faka - dah jumpa bulat, nak cari baju pulak. pening nak cari baju yang faka bekenan. nak nak pulak warna oren. memang banyak warna oren, tapi dia nak pulak yang sama warna dengan baju kurung saya. mane la aku ingat warna camne faka weyh! dari Time Square, pegi Sungei Wang, lepas tu pegi BB Plaza pulak. bayangkan kitorang bejalan dari Imbi ke Bukit Bintang. letih weyh! tapi tak beli jugak baju. saje mengada je. apaapa pun, happy dapat jalan ngan faka. :p

3. mencari F.O.S kat Sungei Wang and al Ikhsan kat BB Plaza - ha! yang ni memang penat gile gile. puas pusing dalam sungei wang plaza tu, tak jumpa jumpa F.O.S! dah la mengantuk. rasa nak tido mase jalan je. bila dah jumpa, taknak beli pulak. pastu nak pegi BB plaza pulak. nak mencari kat mane BB plaza tu dah satu hal. nak cari al ikhsan lagi la payah nye. dah jumpa, berjam jam pulak nak tunggu mamat dua orang ni pilih kasut. tido dulu pon sempat rasenye. lepas tu, kitorang pegi balik ke Time Square. so exhausting!


ahh! memang penat and best! then kitorang pon balik ke Titiwangsa nak ambik kereta. bulat balik dengan kitorang, tapi kena hantar dia kat Sentul dulu, ambik motor. pastu ikot dia pegi batu caves -- rumah dia, nak park motor and ambik baju. then pegi sri gombak pulak nak beli pizza. then kitorang mencekik dalam kereta. hehe. then, saya pon banyak kali la tetido dalam kereta. faka borak dengan bulat pulak. sampai bentong, tejumpa la lori ni. keluar simpang, and tayar kanan kat belakang ada api. kitorang yang lebih panik. pemandu lori tu rilek je, cam dah biase tayar keluar api. saya pon tido semula sampai la kat Lipis. the end! :)

note : takde pict pon. sebab fon masing masing rosak. pakai fon takde camera je. ;(

April 16, 2010

realiti show.


well. nak meluahkan rasa meluat and menyampah kat satu rancangan ni. ya allah, ya rabbi, ya salam ! student student dalam show tu semua cam hampeh! yang perempuan gedik + galak + ngade + gedik! *did i said gedik twice? wiihh! menyampah betol!* yang lelaki pulak, ya tuhan, bajet hot, bajet cute, bajet hensem! complete bajet!! control macho konon! ahh! menyampah betol rasak nye akooo.. dah la suke memaen. cam saje je tunjuk perangai bajet best dorang tu kat camera. owg dah bagi peluang belajar, dorang bantai becinta dalam tu. agak agak la wey. peminat ramai, makin lama orang makin menyampah nak tengok. cikgu pulak same je. cam tak ambik kisah budak nudak camtu. tak tegas langsung. ahh! menyampah menyampah. bye.

note : benci gile kat korang! &%#@#%!!

April 14, 2010

JANJI !


ada sepasang kekasih ni. dorang baru aje balik dari melancong bersama. *takde la jaoh sangat melancong nye. setakat jalan jalan daerah sebelah :)* lepas dah penat jalan jalan, dorang pon berkepitlah sekejap kat sofa. si lelaki, yang penuh risau dalam otak, takot makwe nye pegi belajar jauh jauh and lari dengan orang lain sebab dia jauh. and satu lagi sebab, si lelaki taknak hidup berjauhan dari makwenye sebab dah setahun lebih dorang bersama and selalu berkepit. sampai tak boleh berpisah lagi. dengan kepala yang penuh sesak dan rasa risau, dia pandang makwenye dengan penuh rasa sayang.

lelaki : yang, awak takkan tinggalkan saya kan?

perempuan : tak la sayang. saya kan dah janji tak tinggal awak. walaupun saya jauh mane pon dengan awak, saya sentiasa cintakan awak.

lelaki : saya tak mau awak jauh dari saya. awak tau tak saya akan merana nanti.

perempuan : saya pon same. saya pon akan merana jugak. oke. saya janji takkan pegi mane mane. walau apa pon tejadi. promise !

lelaki : kalau awak terpaksa ?

perempuan : tak! saya takkan pegi dari awak. saya taknak pegi jauh dari awak. saya sayang awak.

si perempuan mula menangis. si lelaki cuak sebab makwenye makin kuat menangis. dia pon peluk makwenye erat erat.

lelaki : saya pun taknak awak jauh dari saya. saya sayangkan awak. awak balik kampung 4 hari pon saya cam mayat hidop tau. takde tujuan hidup saya. janji dengan saya awak duduk sini je. tunggu saya kat rumah.

perempuan : saya janji. saya sayang awak jugak.


beberapa bulan selepas tu, si lelaki terima keputusan temuduganya. tapi tak dapat kerja lagi. kena temuduga sekali lagi.. si perempuan sangat gembira dengan surat tu. lelaki tu pon same jugak.

perempuan : alhamdulillah sayang! awak mesti dapat kerja tu kali ni.

lelaki : ha'ah. saya pon gembira jugak.. alhamdulillah.


si perempuan mula diam. dia tau walaupun lambat lagi pakwenye kena pegi, tapi dia tetap akan berpisah dengannya. tapi dia tetap gembira yang pakwenye akan dapat kerja.

lelaki : awak. awak janji kan nak tunggu saya. kalau saya dapt kerja ni saya kena belajar lagi. then practical pulak. at least 6 bulan. tapi saya janji, saya balik nanti saya terus jumpa awak. promise.

perempuan : iye awak. saya akan tunggu awak sampai awak balik jumpa saya. then saya tunggu lagi. saya akan sentiasa doakan kejayaan awak kat sane. and jangan naughty sayang.

lelaki : oke sayang. i promise. em.. kenapa awak happy saya dapat kerja, tapi saya tak happy awak pegi belajar.

perempuan : entah awak. saya happy sebab itu impian awak. impian awak, impian saya jugakkan. tapi pegi belajar bukan impian saya.

lelaki : thanks sayang.


si lelaki mencium dahi makwenye. si perempuan pulak menahan air matanya dengan perasaan gembira dan juga sedih. dia tahu, lambat laun, dia atau pakwenye akan keluar mencari rezeki di tempat orang. tapi, dalam hatinya nekad, dia akan menunggu dan berharap kepada pakwenye. dia takkan pegi mane mane, sebab dia balik kampung pon pakwenye marah. dia takkan keluar dan akan tunggu je. dia tau pakwenye seorang yang setia. dia juga akan setia menunggu. sambil berdoa, dia akan setia pada yang satu, dan pakwenye akan pulang untuk mendakapnya lagi, dan membawanya bersama sebagai isteri yang sah. harap harap, kisah ni berakhir dengan perkahwinan mereka. amiiinn !

note : gamba monyet tu takde kena mengena pon sebenarnye. saje je.

school

i miss my school! it's true. memang saya rindukan sekolah saya. rindukan kawan kawan. rindukan makanan kat kantin. rindukan suasana. rindukan lawak lawak bodoh kami bersama. i miss it all. *cikgu? tak rinduu. hee*

dulu kalau nak pegi sekolah, punya lah liat nak bangun pagi. macam macam alasan bagi kat mak abah. punya la tak nak pegi sekolah. bila kena pegi jugak, macam macam sekolah kena maki. haha. pastu keluar la dialog ; bila la aku nak habes sekolah ni. bosan dah aku pegi belajar. bosan !! hee. bila dah habes sekolah, tuhan je tau boring gilak kat rumah!! lagi satu, rindu kawan kawan. rindu nak buat dorang ketawa, buat dorang marah, buat dorang takot and buat dorang marah. sebab bila dah habes sekolah, masing masing dah tak tau kemane. kadang kadang jumpa pon cam tak kenal kita dah. sombong ya rabbi.. ada tu malu malu nampak kita, sebab kita jalan dengan pakwe or kita tengah buat kerja. padahal dekat sekolah dulu, kita la yang selelu tolong dia. hemm. tu masing masing punya hal dah. janji dorang happy kan.

student 5 sains 2009 :
- khairul
- aisyah
- eija
- marlia
- amira
- fifah
- najwa musfiera
- hasna
- sugiyati
- faezah
- luqman al-hakim
- amiah
- dieyla
- nizrol
- ashraf
- shikin
- said amirul
- fateha
- vivi narita
- iratini
- asila
- arwah duan
- izzat nazmi
- farhan

weyh! i miss you all. <>

April 13, 2010

about girls



this entry, could be guide to the men. so men, read and remember it.


1. sukakan surprise :
yes yes! girls do like surprise. sebulan sekali or whenever you want, give your lover o chocolate, a flower -- tak kira la bunga apa pon, kutip katne sekali pon, dia tetap akan simpan. :) trust me -- kalau dia betol betol ikhlas la.

2. suka dimanja :
perempuan suka dimanja. especially bila dia memang orang yang manja. do it like, pegang tangan dia, usap rambut dia, renung muka dia.. like that la kan. kan. make sure you do it all the time. cause they like it so much!

3. sukakan pujian :
biasanye, perempuan suka sangat dipuji. cam ; awak cantik, awak cute la, awak nampak ayu, awak ni pandai la, baru saya perasan sekarang yang muka awak penuh dengan cahaya. lepastu, kalau perempuan tu sengih sengih and cubit cubit ko, makne nye dia suka la tu..

4. jangan bandingkan / sebut ttg perempuan lain :
yang ni memang pantang. semua perempuan camni. jangan sebut langsung ttg perempuan lain depan dia. gerenti kena marah! because you only belongs to her. and haram kalau sebut ttg perempuan lain, especially ex korang. berapi api la nanti..

5. jangan bergurau / pertikai tentang :
- betapa kurus atau gemuknya dia. jangan jangan! kecik hati tau tak. kalau korang cakap atau tesasul ; kurus kering, gemuk gile.. nanti menangis baru tau. terima aje la dia kurus atau gemuk pon kan.
-betapa buruknya dressup dia. jangan cakap lepas. biar pandai beralas. kalau betol tak suka, cakap elok elok. cakap ; cuba try pakai tee ni, cuba ubah pakaian pulak. camtu takde la trase sangat. :)

6. tolak ansur :
yeah yeah! satu satunya cara mengukuhkan hubungan adalah, tolak ansur. when she's sulking or mad at you, just say 'i'm sorry honey'. ye ye, memang tau ego laki lagi tinggi dari perempuan kan *haha* , tapi buat aje la. bukan susah pon. pegang tangan dia and just say, i'm sorry. kan senang tu -- kadang kadang dia merajuk lama sikit. tunggu aje la sampai dia oke. yang perempuan pulak, jangan la keras kepala sangat. merajuk sikit sikit sudah le.

7. kata kata manis :
woo! i love you, i miss you, i adore you can make us smile until we're sleeping. haha! it's true. sape tak suke kan kalau boyfie cakap camtu. and and, add la baby, darling, honey or anything la kan. or or, tulis note atas kertas kecil and bagi dia ; i love you baby. gerenti dia cair. sekali lagi dia akan tesengih sengih dan terlentok lentok dan mencubit you. haha.


ehmm. itu saje lahh! dah kurang idea. hee. have fun reading. :)

p/s : faka selalu buat. hehe. and i looove it. i love you sayang. looovve you so mush!


note : lalala. -.-''


nama nama islam



waah!! at last. i finished all the chors. setelah belengas ke hulu ke hilir mengemas rumah dan memasak, akhirnya, boleh jugak mengadap laptop and mengarang. hee.. okeyokey! yesterday, sepatutnye, saya mencari nama dan jawatan menteri menteri dalam negara kita ni. tapi, tesasul pulak buka web ttg nama nama indah dalam islam. and and, saya telah jumpa nama nama yang saya bekenan. *for my kids in the future la kan. haha :p*


adawiyah - ubat, penawar *adah! nama you lahh!*
adriana - nisbah
aiman - berkat, yang bertuah, kanan
aimy - keberkatan
ainul mardhiah - nama bidadari yang tercantik di syurga, untuk para syuhada
aliah, aliya, aliyah, alya - yang tinggi, ketinggian
ariana - full of life
batrisya - cerdik, pintar
daliyah - pokok anggur
dania - hampir
dayana - yang gagah perkasa
dhia - sinaran
eryna - cantik
filzah - belahan jiwa
hana - kebahagiaan, rezeki tanpa kepayahan
insyirah - kegembiraan, kelegaan hati.
jasmin, yasmeen, yasmin - bunga melati
kaisara, qaisara - permaisuri
naazneen - cantik
nadira - khusus, unik
qasrina - istana
sabrina - kesabaran
sofia - menawan
suhaila - cahaya bulan
zara - puteri

alif - kawan rapat
amar - yang ramai zuriat
ameen - faithful, trustworthy
amin - yang amanah, yang dipercayai, pemegang amanat

asyraf - lebih mulia
atiq - kaabah yang dimerdekakan
danish - pengetahuan, bijak

faris - kesatria

haidar - berani, singa
haikal - pokok yang besar dan subur

haziq - cerdik, pandai

ikram - honor, hospitality, generosity
isma - pemelihara
mahmud - terpuji
mazin - nama yang baik
mirza - anak yang baik

muzaffar - kemenangan

nabil - yang cerdik, mulia, mahir, dermawan, bijaksana, penuh penghormatan

raiyan - yang puas
rayhan - wangian, keselesaan, kesenangan
rayyan - kepuasan, pintu syurga untuk orang yang berpuasa

shakil - indah
syahir, syahiran - terkenal
syazwan - haruman kasturi

wafiq - berjaya

nahh! hee. bye bye!


note : dah pilih nama anak weyhh! tunggu kawen je niii. hee..


April 12, 2010

helmet!!

helmet helmet! haha. ahad lepas, mak suruh pegi ambik adik bongsu saya kat tempat tuisyen. faka bawak motor. so kitorang pegi ambik adik naik motor aje la kan.. helmet saya tetukar ngan helmet abang faka. so tepaksa la pakai jugak.. kebetulan pulak, visor helmet tu dah tecabut, sebab abah buat jatuh malam semalam. tapi saya pasang jugak pada helmet. mula mula okey je. lepas ambik adik, kitorang pon balik rumah faka dulu. nak ambik kereta. tapi, kat tengah tengah jalan -- depan gudang beras depan simpang rumah saya, tetibe je visor tecabut. haha! and and, faka pon ngade ngade pegi snap gambar. mentang mentang la saya yang kena kan.. gilak gilak!! haha. tu je. bye bye.

helmet faka memang takde visor dah. tapi kelakar gila la muka!!

note : bodoh aje aku nehhhh! huhuhu.

oh god!


babies! so cute and adorable. rase cam nak peluk kuat kuat sampai dorang menangis! tapi tak sanggup. sebab terlalu cute, tak sampai hati nak ganas ganas. tapi sekarang ni, dah terlalu banyak kes buang bayi. dulu dulu, kalau ada baby, gempak gila! tapi sekarang dah kurang gempak nye. sebab dah terlalu banyak baby dibuang merata rata tempat. tapi, masyarakat kita masih lagi prihatin. bukan tak ambik kisah langsung.. ada tu sanggup renyukkan baby dalam toilet! manusia ke binatang camtu! kita nak cubit cubit pun sayang. dah menangis, kita yang gabra tak tau camne nak senyapkan. tapi dorang sanggup buang. padahal baby tu langsung tak berdosa!! *dah mula semangat menaip ni!!* kalau betol taknak baby, jangan pandai buat! kalau dah gatai ngat, kawen la weyh!! sekarang zaman moden. kawen pon boleh success dalam study. bukan zaman pak kaduk lagi.. lagi satu, kalau dah teberanak tu, jangan la buang merata tempat. anjing banyak! jadi makanan anjing je budak tu nanti!! %$#@&^*&%!! letak dalam selimut, bagi selesa ke.. hantar la kat rumah orang. tak pon hantar depan hospital. biarkan budak tu hidup. dia tak berdosa sikit pon. yang bedosa sekarang, mak bapak dia. dulu dulu boleh la guna pepatah mak nenek kita guna. bukan salah ibu mengandung. tapi sekarang dah memang salah ibu mengandung tapi tak kawen dulu.. gatai ngatt kan!! *bukan nak mengata ikot sedap muloooot aje aku ni. tapi geram geram!!* uhh! tolonglah wahai manusia. takkan takde langsung perasaan kesian kat anak tu. bukan salah dia pun dia lahir. betanggungjawab la kat anak tu. kalau taknak, hantar je la kat mane mane yang selamat. takde la kena hurung semut, kena gonggong anjing. menyedihkan tau tak. entah la. takde dah agaknye perikemanusiaan dalam diri umat umat akhir zaman ni. wallahualam.


note : sedangkan nak pegi buang anak kucing pon dah touching gila. menangis cam hape tah. inikan lagi nak buang anak yang 9 bulan dalam diri. ish ish!

HUJAN itu RAHMAT !


yeah!! hujan hujan. well, it's not about raining actually. it's about the best indie band, HUJAN. wewiiit! Hujan the best weyh! minat minat! hujan memang best. sume lagu dia hebat!! and and, for those yang tak minat hujan, yang asyik 'ANTI-HUJAN' and 'F**K HUJAN'. hello! ada dorang kesah ke? ko membodohkan diri ko maki maki dorang, menghabeskan mase, menghabeskan air liur! beratus lagi orang yang minat hujan. hahah! *#%$#$@@!


April 10, 2010

sweet raining.


okey. malam semalam, 09042010, memang best. walaupun tesangkut kat tepi jalan dekat 2 jam, tapi boleh dikatakan kenangan manis la. sebab, faka ada dengan saya! okeoke, memang la kan. sebab yang rosak nye kereta faka. saya yang ada dengan dia. hee.. nak nak pulak time tu hujan. haha. very romantic -- kalau kereta tak rosak la. sebab sepasang side mirror L5 tu je kereta shock semua. lampu takde, signal takde, wiper tak boleh pasang, brek keras, lampu brek takde. mase tu faka memang susah hati sangat. basah kuyup dah dia.. and and he looks cute when he's wet. haha. :p . takde gambar la untuk blog kali ni. sebab phone faka dah habes bateri. phone saya pulak kurang nampak kalau dah malam. *kalau phone tak abes bateri pon, tak snap picture pon. takut kena marah. haha. :) * then then, tejumpe la toke faka. ahh! malu nye. ingatkan dorang tolong, rupenye tolong bagi payung aje. tolong jugak tu kan. then then, disebabkan kereta kat tengah tengah jalan, faka pon tolak la kereta kat simpang perumahan JKR, dalam hujan. lame jugak la tunggu kat situ. pastu ada la brader kerek ni nak masuk simpang. pastu dia saje aje bakar line. bukan nak tolong. dah la kereta buruk! ehemm.

then then, faka pon teringat ada bateri kereta dalam bonet. dia pon ambik wayar lampu, 15 watt, pasang pada bateri kereta, 20 volt *rasenye la 20 volt*. bayangkan la wayar lampu yang cuma tahan 15 watt ada current 20 volt mengalir. berasap asap wayar. saya la tolong start kereta. *cey bangga..* so, we move. tapi lampu pulak tak hidup hidup. then, once again we stop. kali ni depan kem askar pulak. takde sape jugak yang tolong. dah panas phone asyik call abah faka. tapi tak sampai sampai lagi. dah sejam lebih tunggu. hujan pulak makin lebat. kami duduk dalam kereta je la. sampai kelabu cermin. then then, faka pon pegang tangan saya. haha. then dia cakap la -- kesian ko. susah sebab aku. dah la hujan. habes basah. then saya pulak cakap -- mane ade la sayang.. tak basah pon la. bontot aje yang basah. hee.. then dia sengih aje. and dia cakap -- sorry. saya cakap lagi -- nak tau tak, aku syukur aku ada dengan ka skunk. then then, he hug me. :p.

okey. tak lame lepas tu abah faka pon datang bawak lampu. faka pun sekali lagi men-jumper kereta dengan wayar lampu 15 watt. berasap asap lagi la wayar tu. bila dah hidup kite pon gerak la. sampai rumah.. aku pulak tak behenti henti bersin. sejuk weyh! tapi tak seteruk faka. basah kuyup tapi tetap cun melecun. hee :) . then kami mandi *ofcos la lain lain. takkan nak mandi same. -.-'' * then then, kitorang keluar lagi. pegi makan, sebab memang lapar gila gila gila.. faka genggam tangan saya and tak lepas lepas. masa makan, masa bawak kereta. he's very sweet. and i'm glad to be with him all the time. :)

note : sweet memory. memori daun pisang, waktu jalan jalan. ehekk! ;p

April 8, 2010

:)

saje nak share our moments sikit. pahit manis kami sama sama.

warning: kalau rase menyampah, jangan bace la wey. shusshh!

AHMAD DIL FAKAR. a very special lover to me. he's charming, mature, simple, kind, senyum sokmo, kelakar, responsible, and so much more. hari hari dengan dia, langsung tak bosan. makin lama makin ketagih nak duduk dengan dia ada la. bila malam, dah nak balik rumah masing masing, cam nak balik kampung seminggu je. lame betul nak balik. bila kereta dah gerak, aku tunggu lagi kat depan rumah. sampai la faka dah keluar dari simpang. well, i am crazy about him. tak penah ada yang baik cam dia selama ni. yang betul betul ambik berat pasal saya. yang sanggup curi masa semata mata nak kejot saya bangun tido and nak hantar sarapan. tak penah ada yang terus je datang, kadang kadang tak sempat mandi lagi, semata mata nak temankan saya yang duduk sorang kat rumah. tak penah ada yang sanggup redah hujan dengan moto, sebab kereta abang guna, nak hantar saya pegi dewan sebelum lambat pegi amik SPM. faka.. the one that i love. always there for me. always take care about me. dia selalu jaga saya bila saya sakit. habiskan duit beli ubat. kalau saya sakit perut, dia la yang cari minyak angin, dia la yang tolong sapukan. sebab taknak saya menangis sebab sakit. imagine me without him, even for a day. i'm useless..

macam macam dah kami buat, kami pegi mane mane mesti same same. dia tak boleh tinggal saya, saya pulak nak ikot aje sia pegi mane mane. ada sekali tu, hari raya. dia cuma balik sehari aje. aku pulak, sampai empat hari. sepanjang aku kat kampung, dia asyik marah marah je keje. macam macam dia cakap tat saya. sampai dah tak tau nak buat ape dah. nanges je la.. lepastu, bila balik, bekepit cam belangkas. sampai tengah malam. then, lepas haritu, mane aje dia pegi, saya ikot. mane aje saya pegi, dia pon ikot jugak. kalau takde dia, saya tak pegi mane mane. hehe.

then, ada satu hari ni pulak, faka kena pegi hospital kat kuantan. nak buaat medical checkup kat lengan dia yang masuk besi tu. disebabkan appointment tu pukul 8.30 pagi. faka, saya, umi faka, and abah faka pergi awal and terpaksa tidur hotel. tidur jauh jauh okey. belum kawen lagi. then, malam tu, kami taktau nak buat ape. faka pon call bestpren dia. lepastu, kami pon pegi la Teluk Chempedak. itu saje.

well banyak la benda benda yang kami dah buat bersama. macam macam. ada yang kelakar, ada yang paling manis, ada yang pahit. ada satu ttg faka yang saya tak selesa. tapi, perkara ni lama lama hilang la. the thing is, dia selalu sebut ttg exs dia. selalu sebut ttg apa yang ex dia dah buat kat dia, sampai dia benci perempuan. mmg bagus dia jujur and cerita semuanya. tapi, saya tak sanggup nak dengar lagi dah weyh. saket hati ni.. and sakit hati jugak sebab saya yang terpaksa menanggung semuanya. terpaksa menanggung sakit hati sebab sampai sekarang faka tak percaya saya.. but, that makes me stay strong and patience waiting for him. sebab saya nak buktikan kat orang orang yang sentiasa pandang buruk kat kami, yang korang sume pon bukan perfect sangat. suka suka hati nak mengata orang lain. suka sangat menyebok! padahal, hal family sendiri tak penah nak tebukak mate. kalau ank orang semuanya nampak. sampai tembus kain baju nak tengok.. anak anak taknak tengok. perghh! so damn pathetic.!

oke lah. tu saje lah ye. idea tak datang datang. kalau datang idea, saya modified la entry ni oke. daa!

Daisypath Anniversary tickers



ouh yeah. ni gambar kami masa bulan puasa tahun lepas. hehe. takde keje kan..

note : lalala. i love you so much faka. love love love love love you sayanggg!

April 7, 2010

two is better than one

no intro. please, just read it. thankyou..

I remember what you wore on our first day You came into my life And I thought hey You know this could be something
yes. i do remember what you wore on the day that we met. baju melayu warna ungu manggis tu, really suits you sayang. and yes, i thought that when i know you, it could be something that going to make my days happier.

‘Cause everything you do and words you say You know that it all takes my breath away And now I’m left with nothing
what you do and words you say, it makes me feel like flying. it does take may breath away. because sometimes, it is sweet and very romantic.

So maybe it’s true, that I can’t live without you And maybe two is better than one But there’s so much time, to figure out the best in my life And you’ve already got me coming undone And I’m thinking two, is better than one
YES! two is better than one. and YES! i can't live without you. i'll lose my way. i don't know for what i'm still breathing. you make me calm and comfy. you make my life complete. please, don't go away from me. even a day. it could make me die slowly.

I remember every look upon your face, The way you roll your eyes, the way you taste You make it hard for breathing
your way, it just make me hard for breathing. your charming and sweet face makes me smile everytime. even when i'm crying.
‘Cause when I close my eyes and drift away I think of you and everything’s okay And finally now, believing
you makes me calm, only by thinking about you. sayang, i love you.


two is definitely better than one. sayang, cemane aku nak hidup kalau ka jao dari aku? memang lambat lagi kan panggilan kerja tu. tapi, ka tetap kena pergi bila dah sampai surat. how am i suppose to live without you?? our moments are precious to me. sayang, it's hard for me. and i know it's also hard for you sayang. but, i wish you success. and we could be together. and live together. and do everything together. i hope so.. ingat sayang, aku sentiase sayang ka. and aku akan sentiase tunggu ka. sampai kite bersatu. and aku tak lupa janji aku. aku ikut ka kmane aje nanti. i love you sayang. always loving you.. :)

OPS T.K. :)

OPS T.K adalah singkatan kepada, Operasi Tangkap Kucing! haha. sounded cruel ain't? tapi, tak tangkap pon la. just chase them and have fun. *sound cruel!* mak yang suruh actually. sebab mak geram sangat kat 3 ekor kucing betuah ni. sekor betina, si Gemuk. and due ekor lagi jantan la, si Oren and and Zorro-- sebab kucing ni cam pakai topeng zorro wane hitam kat mata. well, biase la, dah tiba the flirting season kan. but the problem here is, kucing kucing ni bising depan rumah saya. sebab, si Gemuk, kucing saya la, tak dapat masuk rumah. so dia pon duduk la depan rumah, atas motor ego saya.*habes kotor dengan tapak kaki kucing seat motor aku.* and and, si jantan dua ekor tu, tak reti reti nak balik rumah tuannye, and tunggu la Gemuk sampai bile tah. and and, kadang kadang si jantan dua ekor ni gadoh gadoh plak. very noisy and amusing! adehh.. so, mak pon keluarkan arahan -- tangkap kucing tu. pegi buang.. so, faka, saya dan adik bongsu saya pegi la keluar nak tangkap kucing kucing tuh. *kononnye.* mula mula agak serius nak tangkap. tap asyik tak dapat je, and kelakar. kitorang gelak aje la kejenye. funny! adik dah gelak je kejenye. saya pulak teloncat loncat belakang kete cam monyet. faka standby dengan bakul kain nak tangkap kucing. and the result is, tak dapat ape keculi peluh and lenguh.. zorro lari laju gile. sebab tu mak panggil zorro. lari laju sangat. susah nak tangkap. at last, dah penat sangat tangkap kucing tak dapat dapat, kami posing la kat tengah tengah jalan. di bawah cahaya kuning lampu jalan. tapi satu aje la upload. yang laen cam kartun. hehe.


sorry sayang gambar ka nampak gelap. :)

beberapa jam lepastu, faka nak balik. then, aku kena marah sikit. for a few things i've done. lalalala. sikit aje.. but i'm truly disappointed with you sayang. i love you. :)

note : very moody.. not good. rase cam nak hempas aje laptop neh. so long. good night.

April 2, 2010

avril


avril who? the famous avril lavigne lah. sape lagi kan. weewiit! she's hot, she's gorgeous, she's rock, she's stylo, she's photogenic. she's complete package of beauty and rockers. ahhaaa! minat minat! look at her long blonde hair. wah wah! wish to have her hair. *tapi tak boleh la i buat blonde sebab i hitam. ehehe.* and and keselamber-ness dia tu. sangat natural kan. cantek cantek!


hot! cantek cantek! elegant. rock. poise. ahh! complete package lah avril!




nahh! look at her belly. so skinny. wish to have her belly weyh. *belly i buncet sikit. sikit aje. hee.

ORANG KAYA.


orang kaya. ofcos la banyak duit, kereta besar, rumah besar, family besar, bini besar jugak ke? kecik je. slim gitu. okeoke. entry kali ni mungkin akan menyinggung perasaan sesetengah pihak. tu kalau anda tergolong dalam apa yang saya taip ni. macam cikgu selalu cakap, sape makan cili, dia la pedas.. entry kali ni bukan nak mengutuk orang kaya sebab dia ada duit banyak. dah rezeki dia murah kan. nak buat camne. tapi ada sikap orang-orang kaya ni yang buat orang ramai, especially me, meluat tengok sikap dorang. :

1. Orang Kaya Berlagak. (OKB)

sesetengah orang kaya ni, bangga la kan dia banyak duit, banyak harta. sekali lagi, saya bukan nak kutuk dia banyak harta. dah rezeki dia banyak. tapi, sikapnye, bila dah bangga harta banyak sangat, mulalah berlagak. nak nak kalau remaja yang ayahnya kerja best, gaji pun besar. bapak beli motor, rempit sana, rempit sini. motor tiap tiap bulan kalau boleh nak tukar. bagi kawankawan pakai. lepastu barai dalam longkang. beli pulak yang baru. kalau nak up sikit, bawak kereta bapak pulak. angkut kawankawan sampai penuh, kalau boleh dalam bonet pun nak letak. tah ade lesen ke takde. pegi sane sini. keji orang lain yang stakat pakai honda cup atau kereta toyota buruk. padahal, berlagak dengan duit bapak. bukan duit sendiri. sampai nak botak kepala bapak cari duit, anak berlagak , menghabiskan duit bapak. pedas? minum air banyak banyak. satu lagi. bila jumpa kawan lama, kutuk kawan sebab kawan tu guna kereta buatan Malaysia. nah dialog :

okb : mane kete? *terus tanye kete. tak tanya khabar dulu.

anon : tu je. kancil tu.

okb : okey lagi ke? *mentang mentang la kete kawan tu kancil je.

anon : okey lagi. tapi biase la kete. ade sikit sikit rosak tu. aku hantar bengkel dah haritu.

okb : habis tu pomen cakap ape? kalau aku jadi pomen tu aku nasihat kat kau, buang je dalam sungai.

nah! dialog ni bukan rekaan okey. ada la sikit modified. suke suke je kan nak campak kereta orang dalam sungai. padahal dia guna kereta bapak. nak beli kereta sendiri pun tak mampu. bajet best je kau kan A***.

2. Orang Kaya Kedekut (OKK) :

ha! ni satu hal lagi. dah kaya, tapi, kedekut pulak. sayang nak keluarkan duit. hello! nak bawak dalam KUBUR ke duit? sedekah sedekah la sikit harta tu. zakat wajib kena bayar. ada kes ni, bapak kaya. duit banyak dalam bank. beli kereta besar. gelang emas mak sampai bahu. tapi, anak mintak duit nak topup kat orang. pinjam kononnye. tapi ganti ke?? hampeh pun tadak! then then, ada la satu cite ni. dengar dengar dari kawan kawan, pasal sepasang kekasih cintan ni. perempuan tu naka orang kaya. lelaki pulak, kerja biase biase je. addition ye : lelaki ni baru je keluar wad sebab accident kereta. luka jahitan basah lagi. si perempuan, yang dah berminggu minggu tak tanya khabar si lelaki, tetibe aje mesej, pukul 11.30 malam.

perempuan : awak. boleh tolong topupkan saya tak? * dah la tak tanya khabar. ish ish.

lelaki : kan dah malam. esok boleh sayang? *ah! meluat, meluat!

perempuan : urgent! nak call mama. *kononnye la kan.

lelaki : saya takde kereta la sayang.

perempuan : motor takde ke? saya nak guna malam ni jugak. *ada perasaan kesian ke tak ni?

lelaki : oke oke. rm5 ye. saya dah lama tak masuk kerja. duit pun dah takde.

perempuan : mana cukup rm5. rm10 la. saya janji bayar balik nanti.

lelaki : oke la kalau camtu. awak tunggu jap ye. saya nak siap siap jap.

wah wah! mulia cinta laki ni. *kononnye la.* si lelaki masuk dalam bilik, dan ambil bekas duit syiling yang dia simpan, dan kira satu satu duit syiling. sampai cukup rm5. sekarang duit dah cukup rm10. tepat pukul 12 malam, si lelaki pun keluar la pegi beli topup kat 7eleven yang berada 5km dari rumah, naik motor. hebat kan cinta dorang. meluat sungguh! bayangkanla, pukul 12 malam. kabus tebal lagi sejuk, menahan sakit luka jahitan kat leher, perut dan kaki. demi cinta. but, kena tinggal jugak akhirnya laki ni. sebab alasannye, si perempuan dah jumpa orang yang boleh jaga dia lebih baik. WHAT THE FUCK! jahanam ko pompan kaya! *ehem. dah lain cite ni.* back to the story.* orang kaya kedekut. sampai sudah tak ganti. bukan sekali dia buat, tapi berkali kali. satu lagi perangai orang kaya ni, suka mengarah orang. so pathetic! -dialog modified sikit. tapi kiranye camtu la dorang mesej.

3. Orang Kaya Gila (OKG)
bukan gila ape. tapi memang gila. dah kaya, tapi rasa tak cukup kaya. bayangkan! okeoke.. ni tengok dalam drama. si A dan anaknya, si B, dah kaya. si C pulak, ada 3 orang isteri ; M, H, and I. and and anak angkat si C, si D. si C dan anak angkatnye, lagi kaya dari si A dan anaknya. si A plan nak rampas harta si C. taktau la camne nak rampas. si A dengki si C lagi kaya. and and anak angkat si C lagi popular dari anak kandung si A. confuse? haha. me too..

cukup la 3aje. nak bengkok dah jari menaip. tapi realitinye orang kaya biasa pakej lengkap. OKB + OKK + OKG = completely BAKHIL. renung renungkanlah ye.

note : lebih baik jadi orang kebanyakan daripada orang kaya. biar orang ramai tengok and kutuk kerja kita. tapi kita kerja yang halal. biar berpeluh ketiak busuk pun. janji duit wangi. kan kan. and and. orang kaya telebih mampu nak kawen ramai. thats why i anti sangat orang kaya. haha.
pedas pedas! minum air sirap. cepat la hilang pedasnye..

FAREWELL


this is YAP YEE FENG. she is 5 years old and live in KUALA LIPIS, PAHANG. she is my ONLY STUDENT. tapi, i just QUIT. sebab, my student ni very hyperactive, lazy and so so so menghilangkan kesabaran saya. selalu aje memain. taknak belajar langsung. every week, mak dia bayar gaji. tapi anaknye langsung tak reti ape ape. so pathetic. sudah 2 bulan, cuba besabar dangan budak kecik neh, tapi dah tak boleh lagi. sudahnye saya aje lah behenti.but but, i really love this girl. hope you happy and get rid of the tensions. :)

note : that's why i hate so much being a teacher. sorang budak pun tak boleh control. satu kelas lagi la. bayangkan satu kelas nakal camni. would be a hell for me. ahaa. :)