December 22, 2011

jemput jemput

assalamualaikum

Jemput-Jemput (bagi yang membaca belog saya lah)

Ahmad Dil Fakar Bin Mat Isa & Nurfaraheeza Binti Mohd Ruslan
21 Januari 2012
Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis.


siapa tau kat mana datang lah okay. jemput hadir. thanks.

counting for the DAY :D

assalamualaikum...waalaikumsalam.

dah berabad rasa tak menghapdet belog saya. sungguh takde masa nak menghapdet belog ataupun fb. akaun twitter selalu hapdet sebab guna sms. dari celik mata di pagi hari sampai nak pejam semula tengah malam nanti pun masih jugak men-tweet segala kejadah. :)

hari ni, dapat lah nak menghapdet sedikit berita terkini. banyak yang jadi. macam macam tempat dah saya pegi. tapi al maklumlah, takde mase nak bercerita. nak cerita sekarang pun, dah lupa segala benda yang jadi tu. hari ni pun curi curi guna komputer kat pejabat mak dan menaip laju laju. ye la, kang mak halau pulak kan. dah tak sempat nak hapdet lagi. so tulis mane sempat aje ni, kalau ade yang salah eja tu, fikir lah yek ape yang saya nak tulis. :p

alhamdulillah. saya dah pun nak kahwin. bulan depan je. tinggal seminggu lagi sebelum tahun 2012 menjelang. dan menanti hari perkahwinan saya tu nanti. :) harap panjang umur hingga ke akhir hayat bersama suami nanti. amin.. dah setahun dua bulan pun kami bertunang, baru dapat melangsungkan perkahwinan kami yang dah lame gila kami tunggu ni. harap lepasni takde lah suara suara sumbang lagi. harap semua orang yang mengenali kami gembira dengan penyatuan kami ni. dan kepada yang tak suka kat kami, suka hati lah. nak buat macam mane kann. janji aku tak guna duit engkorang nak kahwin nanti. kann.

tak sabar nak tunggu majlis tu berlangsung. happy sangat rasanya. pergi mana mana orang akan cakap 'pengantin baru'. tak tau lah dorang betul betul maksudkan atau perli aje. aku peduli apee. ehemm. yang penting aku bersyukur sangat sangat akhirnya kami akan tinggal bersama selepas dekat setahun lebih berjauhan. alhamdulillah.

doakan kami okay!

rasanya sampai sini aje lah. mak dah bising suruh ambik kereta kat carwash. lepasni mungkin dah takde mase nak hapdet belog lagi. dah sibuk nak buat persiapan bagai. so, jumpa lagi tahun depan. mungkin bulan mac baru dapat hapdet belog lagi. thanks for readingg. selamat tahun baru semuanya. :) semoga dengan azam baru masing masing, hidup lebih berwawasan. peace everyone. :)




thanks for reading. from both of us FARA & FAKAwish us the best in our life. thanks again. Happy New Year everybody :D

October 21, 2011

love it when it's just a misunderstanding



assalamualaikum...waalaikumsalam

hoho.. hihi.. haha.. cam happy je hari ni. of course lah. dan menyebabkan saya menaip laju jugak.. yeah bebeh. dua tiga hari ni takdak mood sebab masalah negara. hikhok!

dua hari lepas asyik bertekak bagai dengan my lovely fiancee. kenapa? mana ada pasangan yang tak bergaduh kan. just a tiny problem dan menjadi agak besar. dan saya sangat sedih. tak percaya tengok twitter saya. hehe.

okelah nak guna aku kayy. dramatis sikit membaca nya, :)

last mesej, malam dua hari lepas. lepastu dah tak mesej.  banyak aku mesej tapi dia tak balas. pelik sangat sangat tau. esoknya sama jugak dia tak balas mesej yang aku bagi banyak banyak tu. makin pelik. lepastu dia call marahh dan tanya apa masalah aku. aku tanya lah dia semula apa masalah dia tanya aku camtu. then we yelled at each other dan fed up dengan dia. last last aku tamatkan je call dia tu tanpa ayat manis, tanpa ucapan i love you, tanpa kucupan manis bagai. haha.

lepastu, tetap sama jugak. takde mesej dari dia. dia asyik call and kami gaduhh aje kerojenya. then senyap sunyi. dah berpuluh puluh mesej aku bagi tapi takde satu pun dia balas. siapa tak marah kan. lepastu dia call pulak tanya masalah kita. lagi lah menyirap campur gula dan daun pandan.

then semalam, dia call lagi. semuanya calm sebab masing masing dah penat nak gaduh dan marah marah. then tiba tiba dia tanya, busy ke dari pagi tak balas mesej. eh eh! saya tak balas mesej?? awak yang tak balas mesej sampai dua hari tu kenapa? dua dua pelik. memang pelik. saya balas mesej dia selama ni dia dapat, dia kata la. tapi mesej dia yang banyak banyak panjang berjela tu, dia kata jugak, tak dapat rupanya.

rupanya handphone samsung mak aku tu problem daa. tapi yang pelik nya cuma nombor Faka je yang tak masuk mesej kat handphone aku tu. mak hantar mesej molek je dapat. pelik pelik. bila cek blocked number, takde pon number siapa siapa kena block. pelik ouhh!

lepastu semuanya calm down. takde lagi yelling at each other. takde lagi bahasa kasar. semuanya SMOOTH bak kulit Dato' Siti.

begitulah salah paham pun buat benda kecik jadi besar. berhentam macam perang dunia.

pengajaran : kalau ada apa apa masalah, tanya betul betul. jangan nak menjerit je keroje nya. mana nak tau masalah kan kan. 

happy ending macam fairy tale pun ada ni. haha.!


i love you always baby :)


when you love someone beyond anything



assalamualaikum...waalaikumsalam

LOVE. such a strong word. perkataan yang membawa maksud yang sangat mendalam dan bermakna. hanya orang yang benar benar menyintai dan dicintai saja yang faham apa maksud CINTA. kalau cinta monyet, monyet aje yang faham.

love connects everything. and also break everything. cinta bawak gembira, bahagia, kejayaan, senyuman, dan bawa kedukaan, kepedihan, kesedihan dan kematian. *dramatis dah ayat ni* walaupun dah termaktub si dia lah jodoh dunia akhirat anda, tak bermakna anda akan 'live happily ever after' macam cerita kartun dongeng. anda akan hadapi macam macam benda dalam hidup. dugaan mencurah tak henti henti cam air terjun Niagra. walau sekuat mana pun anda lalui demi dia, anda akan jatuh dan bangun dan terus jatuh bangun.

it is a hard thing. kalau anda rasa dah sedia nak melangkah lebih jauh demi cinta, fikir semula. bawak la bekal banyak banyak. or you'll cry every minute you walk through it. sampai satu masa, anda akan terasa penat dan putus asa dan meninggalkan cinta.

if you love em beyond anything you had, you feel like you won't live without em. macam mana dengan dia? dia kan cakap benda yang sama. saya tak boleh hidup tanpa awak sayang! tapi kenyataan, walau bagaimanapun keadaan, terpaksa atau tak, they will live without you. sama lah dengan anda. anda akan sedar bila dia jauh dari anda, anda makin kuat nak harungi dugaan semata mata untuk dia. sebab anda nak hidup untuk bersama dia satu hari nanti.


so, cintai mereka dengan seadanya. :)

October 17, 2011

Shiro Hero

assalamualaikum...waalaikumsalam

hai. today nak memperkenalkan hero terbaru saya, Shiro-san dari Kuantan. *nama cam dari Jepun, rupenye Kuantan je. hekeleeh*


inilah, Shiro. cute kan dia. abaikan katil yang berselerak itu. bukan salah saya pon katil selerak. sejak ada Shiro, tak jadi kerja. asyik belai dia aje. makan 8 kali sehari. membuang 10 kali sehari. kena sikat bulu dia yang lembut tu 3 kali sehari. mengalahkan Brad Pitt kena sikat rambut. 

well, the truth is, saya cuma baby sitter Shiro aje. huu. sedih aje mendengor nye. bukan hak milik saya sepenuhnya melainkan saya pikat tuannya. tapi tak boleh! sebab tuannya bos baru saya maa. lagipon saya nak kahwin dohh. cuma tak sedar diri je. Shiro sangat gemuk, beratnya macam baby umur 6 bulan. jangan la bayangkan baby yang kurus kurus. bayangkan yang montel sikit. macam itulah. Shiro manja dan nak perhatian untuk dia sorang je.so cute lah Shiro ni. :) sayang Shirooo. dan kerana badannya sangat gemuk, bahan pembuangan nya juga sangat besar dan banyak. bayangkan kalau paling banyak membuang, 10 kali sehari. letih lah saya.

first time tengok Shiro, saya dah terpikat dengan ke-hemsem-an dia. homaigad! Shiro sangat hemsem. cam Rain pun ade. hee. ape ape pon saya sangat sayangkan Shiro. kalau jadi hak milik kekal pon okey. itu saje. bai.

BIASA, TAK BIASA



assalamualaikum...waalaikumsalam

itulah biasanya. kenalah bagi salam. dan macam biasa kena jawab salam. kan. kan. tak jawab salam nanti kena lempang dengan koala dari Langkawi. ade ke koala kat Langkawi? :)

yang biasa : orang bagi salam baru lah kite jawab salam.
yang tak biasa : orang takde bagi salam tapi kite jawab salam. -.-""
> agak tak biasa jumpa bila orang belum lagi bagi salam, kite dah jawab salam dulu. special case. sebab bagi salam itu sunnat dan jawab salam itu wajib! bila dah wajib, itulah kena buat dulu. diorang rase camtu lah kan. jangan cakap saya sesat pulak! dan benda ni biasa orang buat nak perli kawan sebab tak bagi salam bila menyampuk. pengajaran yang baik..


yang biasa : perempuan yang bawah lengannya bersih dan licin. parut parut tu perkara biasa.
yang tak biasa : bawah ketihak nye umpama hutan simpan khatulistiwa. apeke?
> kes serius ni. kena pergi kaunseling kat spa selama sebulan berturut turut. nak bagi kesedaran yang kebersihan itu penting. suami tengok pon tak slera bila tengok bulu ketihak terjulur celah baju. eww. mimpi ngeri. dah boleh buat span basuh pinggan ke hape.


yang biasa : mat dan minah rempit.
yang tak biase : nyah merempit.
> kelakar je rasa kalau nyah merempit. dah mekap tebal tebal dan pakai heels gaya Lady Gagak, naik motor ala ala mat rempit. aissh.. kalau dia yang bonceng takpe lah. ini dia yang bawak motor mengalahkan Alex Yong. *rase nye Alex Yong bukan race motor.* kalau dia yang bonceng pon dah lebih kurang macam hantu bonceng. cuma Juliana Evans lebih lawoo. wootwoot. :)


yang biasa : perempuan takut lipas atau katak atau sewaktu dengannya. lelaki datang mengalahkan hero menyelamat mangsa.
yang tak biasa : lelaki yang takut, perempuan jadi hero. apeke?
> actually banyak macam ni, cuma tak biasa tengok. sebab si lelaki HARUS menjaga ke-macho-an ye. kan. kann. tapi bila datang makhluk Allah yang cute keluar dari tempat persembunyiannya, hilang terus macho tinggal la hancur.

last sekali bila dah kekeringan idea bak padang pasir yang panas.

yang biasa : manusia pakai helmet
yang tak biasa : ikan pakai helmet
> mengarut lagi melalut dan mencarut dah saya ini. mane ade ikan pakai helmet. memang lah tak biasa tengok. dush dush! tumbuk kau eija. hamster pakai helmet ade lah. alolololo. cute nyee lah. rasa nak cubit cubit, geletek geletek, picit picit, lenyek lenyek, siku siku, tumbuk tumbuk, pijak pijak. okay too much of babling. enjoy my stupid writings.. toodles everyone.

p/s : nak cuba menjadi mengarut tapi best tapi hampeh lagi sampah yang dapat. apeke??

October 14, 2011

my friend, he worth nothing for you


assalamualaikum..waalaikumsalam

khabar apakah harini? woho. cakap ibankah saya harini bersama anak Pak Husin ngokngek? no no.. tidak cakap iban dan tiada anak sesaper mahupun anak Pak Husin ngokngek yang tinggal dekat simpang tiga kat Simpang Renggam. maaf kerana mengarut lagi setiap kali intro.

harini nak cerita pasal apa yang saya rasa tentang lelaki yang saya tengok dalam drama dan dalam dunia realiti *taking a deep breath dan menambahkan cc dalam percakapan* yang sentiasa menganiaya wanita yang telah bersama mengharungi segala rintangan selama bertahun tahun dan meninggalkannya tergantung tanpa tali. *tergantung tanpa tali? woahh magic tu*

dalam tv, saya selalu sangat tengok cerita tentang lelaki yang tak berapa hensem and ade awek yang cun. mungkin rezeki dia. bila jumpa perempuan lain, yang lebih bagus dari awek dia, dia mesti tinggalkan yang lama untuk yang baru. padahal tak hemsem pong. apekejadah! tak faham sebab tak tengok sangat tv sekarang. forget about the story, yang menjadi kemarahan saya sekarang tentang realiti. kenapa buat benda camtu pada orang yang telah bersama anda bertahun tahun lamanya.

ape kejadahnya wahai lelaki? apa yang kamu nak? bila dah ada yang terbaru untuk kamu, yang menyayangi kamu seadanya walaupun muka cam permukaan bulan, yang terima segala kekurangan kamu dengan hati yang terbuka, yang sentiasa memegang tangan kamu semasa susah dan senang, kamu tinggalkan jugak. padahal dah bertahun lamanya kamu bersama, sayang menyayang cinta dikenang, baru sekarang kamu nak tinggalkan.dengan alasan yang berbagai bagai yang kadang kadang tak dapat diterima otak.

ape kejadah ni lelaki? *dah mula emotional* kenapa lepas habis madu, sepah dibuang? jangan buang merata rata nanti majlis pembandaran marah baru tau. *apekah?* ehemm. fahamlah wahai lelaki. apa tanggungjawab lelaki? bukankah membimbing perempuan? bukankah membetulkan ape yang salah? bukan meninggalkan perempuan dalam keadaan terkontang kanting dengan alasan bagai.

wahai perempuan.. kumbang bukan seekor. mungkin yang kamu cari tu kumbang tahi. dulu kamu taktau ape kerja dia. sekarang dah tau. tak perlulah kamu terlalu sedih. i know it's hard for you to face it. tapi kamu juga tak perlukan orang macam dia. jika dia benar benar ikhlas, dia akan menerima kamu dengan diri kamu yang seadanya. dan sentiasa memimpin tangan kamu di saat jatuh bangun kamu. bukan meninggalkan kamu dengan alasan yang remeh temeh. dan ingatlah, disebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di belakangnya. for my little friend, Aina, be patient. he worthe nothing for you sayang. trust me.

and for my lovely Faka. thanks for accepting me. thanks for guiding me. thanks because you correct what's wrong with me. awak benar benar tiada gantinya. awak sentiasa dalam hati saya. selamanya. you're the last love for me. for real. I LOVE YOU..THANKS SAYANG.

cuci laptop -.-''



assalamualaikum...waalaikumsalam

HikHokk. ape daa. buat bunyi cam kuda. *kuda ke? dah takde intro lagik. actually, saya baru teringat ade cerita fanas bak Fara Fauzana! ohye, sebut Fara Fauzana baru teringat yang dia masuk hospital kerana tekanan. and syukurlah dia takde ape ape. sape pulak nak jadi DJ Hot Fm tu kan. katanya dia tension sebab FB and twitter dia kena hack dengan JARJARBINKS. siap tu? kalau tau dah lama saya tangkap dia, and kenyek kenyek dia. tu makan dia. ehem. belog kali ni bukan nak emotional pasal Fara Fauzana pon. nak cerita tentang yang sepatutnya saya cerita bulan lepas tapi tak sempat nak cerita sebab ceritanya saya buzy dengan kerja. begitulah cerita nya. tak ponnn. belum cerita lagi. merepek je kuat awok ni.

nak dijadikan cerita sebenornye, Faka on his way nak balik Pahang sebab malam tu on the spot kena balik kelantan kampung abah dia *stop to breath* bersama dengan Aida Natasha. siapa Aida? adakah Faka curang dengan kebenaran saya? heck no! Aida ialah anak saudara dia yang sulung. okay, like always dia mesti bawak balik netbook dan dengan tidak sengaja dia meletakkan netbook itu ke dalam bakul kain kotor *stop to breath, again* dalam kereta dan terus melupakannya. sehingga menjumpainya dalam mesin basuh kat rmah Uminya. what the heck? masuk mesin basuh? are you serious? no, ia bukan lawak yang dicipta oleh Sepah Maharaja Lawak.

okay, not his fault. he cried for the netbook. that's sweet enough. dia kepenatan dan tension. agak kelakau jugak insiden ni, nak nak abang Faka hantar mesej  'weh dalam mesin basuh tadi, ada laptop kau'. that part was funny. then nak termuntah sebab Faka drift KANCILnya. tak dapat bayangkan kan. kemudian, netbook itu di hantar kepada abang tersayangku, Jai. *sebab dia tolong repair je panggil abang tersayang.* dan, taktau lah ape yang terjadi kat netbook tu. and hopefully netbook tu boleh di guna semula sebab sayang woah netbook tu canteks giler. and nasib baik jugak, masih ada Asus kesayangan saya yang masih tak rosak, alhamdulillah. and there goes my money buying both laptop. satu dah jahanam. that's all. thank you for reading. toodless.

P/S: kita tak dapat melawan takdir Allah. ape yang nak jadi, akan terjadi walaupun dengan cara yang berbeza. :) muhasabah diri saje lah.

i think i wanna marry you

assalamualaikum...waalaikusalam

oh heck! taknak intro banyak banyak nanti uols boring kan. damn you Bruno Mars. apehal kau ni best sangat huh! OMG (oh mat gigi) i LOVE BRUNO MARS! nak nyanyi sikit lah. ehemm.

It's a beautiful night, we're looking for something dumb to do,
Hey baby, I think I wanna marry you. :)


oi Bruno Mars, i think i wanna marry you. Bruno Mars jawab, 'I do, tapi mana hang nak letak Dil Fakar hang?' *Bruno Mars cakap Penang?* saya jawab le 'oh yeah. Ahmad Dil Fakar, i think i wanna marry you' Faka jawabbb 'taknaaaakkk. merajuk' 'kang kang ni makan dia...' saya jawab le gitoh. *joking

P/S: memang minaaat Mr. Mars ni. :)

haters make you go POP!


assalamualaikum...waalaikumsalam.

mengambil langkah berhati hati, lepas bagi salam, saya letak terus jawab salam. takde lah tak hengat nak jawab salam nanti. kan kan. yela. syok sangat bace ape yang saya nak tules. hohoho. perasan kau eija. kang kang ni makan dia. okay okay. belog kali ni mempunyai tajuk yang agak POP macam cokelat pop tu. tapi bukan. bukan juga popstar, bukan k-pop mahupun lolipop. tapi ia tentang seorang penyanyi baru yang sangat pop sekarang, Najwa Latif. yeaa~ *baru ke? baru nak tules belog pasal dia, tapi dah lame pon dia pop gitu. :) macam biasa, saya memang ketinggalan sedikit.

Najwa Latif, nama yang sweet bagai orangnya jugak. suaranya mak aih, merdu bak buluh rotan, ops buluh rindu. kang kang kena sepak ngan Najwa baru tau. okay okay, sorry Najwa. lagu dia unik, walaupun sesetengah orang cakap lagu dia 'takleh blah' 'entah hape hape'. tapi bagi saya, lagu dia memang best. memang lirik dia agak keanak anakan. but hey, she's 16.

everyday, bukak twitter dan banyak giler komen komen yang sangat mematahkan semangat. but Najwa just thanks them for their critics. but, i'm sure, she must cry a lot. but, she's a strong girl. but! berapa banyak but daa.

nah, see how much she have to face critics from the haters. but! *but lagi* she will be popular in no time. lebih banyak haters, lebih popular dia. they have to admit yang suara dia memang best. alah haters, suara kau orang pun bukan sedap. sebab tu dengki! okay.. for Najwa Latif, you are great! so fabulously GREAT. suara awak memang best! good luck okayss. i am your fan. :)



cute kan dia ? :)
P/S: kali ni saya sketch draft. rajin pulaks :)

October 13, 2011

wohhooo.! :)



assalamualaikum...waalaikumsalam

wohohoho. sangat happy lah. kenapa? saya tak dapat duit sejuta. tidak. saya juga tidak dapat kereta BMW 5 series pon. tidakk! saya cuma happy kerana belog saya. wee~ nampak tak header kat atas? cun tak? ofkos lah cun. from my little friend, Cik Adah. cantekkss.! suka sangat sangat. dan menjadi teruja sampai menaip laju laju sekarang. kalau ade yang salah eja, harap maklums lah. jari jemari bergerak laju dengan kuasa kuda yang melebihi 1000cc. cewah. takde lah laju camtu pon. laju daripada biase je. cuma gelabahs.

dan dan selain dari header yang cun, saya ade letak cute icon pada post title selain post title saya dah centre. dan dan, saya jugak buat background pada sidebar title. how cool is that huh? semuanya kerana jasa tutorial dari cik Adah saya yang cun melecun ituhh. *bila entah Adah jadi kau punya. dia pon tak kenal kau lah. setakat tempah header dah jadi kau punya. -.-''


okay. ape ape pon memang nak ucap terima kasih sangat sangat kepada insan yang berbakat itu. :) cantek giler header awak buat tu adah.

well, i should recommend saper saper yang baca belog kali ni, too follow belog cik Adah at letsgetcraziee.blogspot.com and enjoy reading all the stories. and i guarantee that story dia memang best. :)






happy sangat rasa nak menari camni pon ade. haha. tapi nampak sangat tak senonoh. :D

October 12, 2011

for what i've done, it felt so regretful

assalamualaikum...waalaikumsalam.

hi everyone. thanks kerana ada yang sudi membaca belog saya yang entah hape hape kadang kadang ni. yela kan. i just write whatever i want. sebab ini belog saya. kalau belog anda, lain pulak cerita kat dalam kan. but, it's we can't judge people's writings. yelah. idea masing masing. either rhey write it well or write a junk, it's their story. bukannye cerita kite bagus sangat. okay, enough with advising.

there's a 'regret' feeling in me and it keep telling me to apologise. well, that's what i'm gonna do now.

Abah dan Mak,
saya mintak maaf kerana dah jadi anak yang terlalu nakal sepanjang hidup saya. saya mintak maaf kerana dah habiskan berjuta ringgit duit mak dan abah. saya mintak maaf kerana ingkar setiap arahan yang mak abah beri kat saya. it's just the way human do. i'm sorry if i ever mad at you, or phsyco your emotions. saya mintak maaf kerana tak jadi apa yang mak dan abah nak. saya tak suka jadi cikgu. i want more adventure in my life than facing thousands of children. i don't really like children and they'll give most teachers trouble. hey, at least i'm writing a blog. :) abah dan mak, saya sayangkan mak dan abah sangat sangat. terima kasih kerana menjaga saya dari kecil sampai besar, sehingga umur genap 19 tahun dan lebih sedikit. tak dapat saya nak balas segala budi mak dan abah. cuma saya berharap dapat buat sesuatu yang bermakna, hadiah untuk mak dan abah di hari tua. berjuta perkataan yang tak dapat saya sebut, kerana sebak sangat sampai tak dapat difikirkan oleh akal. cuma ingin ucapkan berjuta kemaafan dan berjuta terima kasih kerana menjadikan saya insan yang bermakna dalam dunia ni, walaupun tak sehebat Siti Nurhaliza. tapi kasih sayang saya pada mak dan abah, sama hebat kasih sayang Siti kat mak ayah dia. i know. :)

Ahmad Dil Fakar,
the first thing i want to tell you is I LOVE YOU SO MUCH. saya sayangkan awak sangat sangat. saya cintakan awak sangat sangat. soon, we're gonna get marry. and i feel so blessed and happy to be your wife and a mother to your descendant. walaupun jarak menjauhkan kita beribu meter, saya tetap tunggu awak. semua dugaan yang kita terima, buat cinta kita lebih kuat. and i miss u so much. thank you. thank you so much for accepting me the way i am. saya tau terlalu banyak masalah yang kita hadapi, hanya keran sikap saya. dan saya mintak maaf sangat sangat. banyak saya cabar perasaan awak. banyak saya marah dan mengamuk tak tentu pasal. it's just the way i am. and i really trying to change me, just for you sayang. and may Allah help me for our love sake. just please, wait. it gonna take time. the most important thing is, I LOVE YOU ALWAYS.


Keluarga Mentuaku
Umi dan Abah, saya sayang umi dan abah macam mak dan abah saya. sentiasa sayangkan umi dan abah. saya berjanji akan jadi menantu yang baik baik. :) saya mintak maaf jika telah buat salah sepanjang saya berada dalam family umi dan abah. sesungguhnya, saya telah kawal diri saya dan saya sentiasa cuba untuk mengubah diri saya. to my brother and sisters in-law, i really enjoy my time with you. thanks for everything. Kak Ruhil, thanks for the handbag. canteks sangat. saya suka. :) and sorry saya dah tukar beg. Kak Seha, thanks for everything. dah terlalu banyak, bagi tumpang rumah, bagi makan, bawak jalan kat bandar melaka, belanja karaoke, and everything. even for the cucuk sanggul. i love it. and ony, i love you the most. semua kenangan kita kat muar eija tak pernah lupakan. and thanks for being the best person i ever met. and i'm sorry if i ever make you sick of me. or make your feeling hurts. but sis, i love you. :)

Kawan-kawan
hey guys. nak mintak maaf jugak kat kamu semua, jika sepanjang persahabatan kita saya telah menduga hati dan perasaan kamu. actually i love you guys. it's a normal things that human do. menyakitkan hati dan melukai perasaan. Luqman, Aisyah, Hasna, Effa, Anis, Kak Wani, Kulat and more. i have many friends. tak terkira. so, i'm sorry to all of you. i love you guys as much i love my family. :)

Masyarakat,
saya mintak saya selalu menyakitkan mata kamu semua sebab hampir setiap hari saya berkepit dengan tunang saya. dan saya mintak maaf membanyakkan dosa kamu semua sebab kamu semua mesti umpat saya. :)

that's all i think. no more person i want to apologise. to my grandmother, i always apologise to her. :) i love you all.

October 11, 2011

quotes from quote garden


assalamualaikum...waalaikumsalam. selamat pagi dan salam satu Malaysia. cewahhh! saje nak bergurau senda. boring pepagi dah takde keroje nak buat kan. *takde keroje lah sangat. bila tak siap keroje, mula bawak balik rumah. hee..

well. bila dah takde keroje, ehemm, saya mula nak menghapdet belog. yelah. makin lama makin kurang idea neh. nak sketch draft karang malas pulak kan. so, hentam keromo aje menaip ni. kalau ade yang merepek tu, harap maklum lah. tak suka sketch draft camni la gaya nye. beloh pon merepek tah hape hape. banyak pulak kau cakap ye eija! dush dush!

okay. tadi tempah header kat Adawiyah Norshamsah. entah ye ke tidak kau eja nama dia tu eija oi. hee :)
then, nak cari lah ayat power kat google. then terjumpa satu web ni, yang ade thousands of great quotes for everyone. like always, bila dah bace tentu ade yang melekat di hati kan. meh nak share sikit. :)

QUOTES FOR TEENAGERS - DARE TO BE GREAT

- shoot for the moon. even if you miss, you'll land among the stars. Les Brown


- if you want to make your dreams come true, the first thing you have to do is wake up. J.M. Power


- great ideas need landig gear as well as wings. C.D Jackson


- wherever you go, no matter what the weather, always bring your own sunshine. Anthony J.D Angelo


- wherever you go, go with all your heart. Confucius


- follow your inner moonlight. A. Ginsberg


- the shell must be break before the bird can fly. Alfred Tennyson


- nobody ever drowned in his own sweat. Ann Landers



QUOTES FOR TEENAGERS - FRIENDSHIP


- a friend knows the song in my heart and sing it to me when my memory fails. Donna Robert


- a friend is the one who comes in when the world has gone out. Grace Pulpit


- there are big ships and small ships. but the best ship of all is friendship. Author Unknown


- a true friend is one who thinks you are a good egg even if you are half-cracked. Author Unknown



QUOTES ABOUT BEAUTY


- i've never seen a smiling face that was not beautiful. Author Unknown


- the most beautiful view is the one i share with you. Author Unknown


- Beauty comes in all size, not just size 5. Roseanne



QUOTES FOR LOVE


- ah me! love can not cured by herbs. Ovid


- love is the only sane and satisfactionary answer to the problem of human existence. Eric Fromm


- when love is not madness, it is not love. Pedro Calderon de la Barca


- let your love be like the misty rain, but flooding the river. Malagasy Proverb


- love must be as much a light, as it is a flame. Henry David Thoreau


- love is the magician, that pulls man out of his own hat. Ben Hecht


- love is like dew that falls on both nettles and lilies. Swedish Proverb


-love is an ocean of emotions entirely surrounded by expenses. Lord Dewar



there. beautiful quotes. ade banyak lagi kat web tu. takkan saya nak tulis semua. saya baru baca sikit. kehkeh. nak tau lagi, baca sendiri okay. boleh la hadiahkan untuk kawan kawan atau kekasih hati. ecewahh!


enjoy your reading readers. toodles! :)

October 10, 2011

new look, but samesame :)

assalamualaikum..waalaikumsalam

ape khabar semua. cewah cewah. terima kasih la nak bace cerita merapu saya ni. kadang kadang entah ape ape. baca tajuk belog kali ni pon entah hape hape kan. benda ape entah new look but same same tu. kehkeh.

sebenarnyee. saya baru gunting rambut. tu yang new look tu. tapi yang 'but same same' tu saje je nak panjangkan tajuk ni. hehe. mula mula taknak jugak gunting rambut. tapi terpaksa sebab taknak botak. rambut panjang dulu terlalu banyak gugur. taknak botakkk! so gunting lah. tapi, makin hemsem saya. haha. *perasan dohh* -.-"

sangat suka rambut baru saya. senang rambut pendek ni. :) haha.

dulu


sekarang

haa. see see. my new hair. huhu. adore me. ahhaak. perasan ouh kau eija. alah sekali sekala ape salahnyee. ^^

still stay strong :)

assalamualaikum...waalaikumsalam

dah lama rasanya tak hapdet belog neh. padahal baru berapa hari. lebihlebih pulak dah kau eija. ehem. nak kongsi lah kegembiraan yang tak terhingga neh. :) tapi tak berapa nak terhingga jugak lah.

hari ni genaplah saya 19 tahun dan setahun kami bertunang. alhamdulillah. masih kekal hingga ke hari ini walaupun banyak sangat halangan dan rintangan dan cabaran yang melanda kami. tapi kami masih tabah dan kekal bersama. tapi ade jugak kesedihan nyeee. sebab sorang kat johor, yang sorang lagi ni teperuk kat pahang. macamane nak celebrate birthday and anniversary kami ni? tak dapatt, sedih tau. tapi nak buat camne kan. takdir. kena hidup jauh berbatu kayu, takleh nak buat ape jugakk.

ade lagi yang menyedihkann. sepatutnya dah kahwin hari ni. huaaa.! sedih boh!! nak buat camne. dah belum tiba seru diijab kabulkan lagi kankankan. tunggu ajelah eija. :')

and that makes my worst birthday ever. taknaaaakkk. :(

anyway. takpe lah kan. sun always come after rain maa. sabar aje lah eija...

p/s : birthday wishes tahun ni sikit sangat. mak pun tak ingat birthday saya. huhuuu.

October 7, 2011

silly things i did. :)

assalamualaikum...waalaikumsalam

dah lame benau tak menghapdetkan belog ineh. busy memanjang la saya ni. takde story baru. story lama juga mau cerita.

nak tau tak. hari tu Rossa datang Lipis. WTF?? haha. tau kau orang akan cakap, 'alah. heran ape. Rossa ade datang JB, Melaka, KL, Penang.' haa. tulah. yang JB, Melaka, KL sumer tu bandar besar. sekarang Lipis ni bandar kecik. haa!! baru la kepelikan. tapi! saya bukan nak bragging about Rossa or what the hell happening kat bandar Lipis yang kecik ni. tapi nak cerita tentang sesuatu tragis yang terjadi kat saya. haha, tragis ouh. kesian saya.

okay. malam tu saya cepat cepat bersiap sebab mak nak pergi cepat, dan balik rumah cepat. dengan kelam kabut saya menyarung selipar saya dalam gelap. sampai je, dengan riangnya saya berjalan dekat tengahtengah padang, tanpa mempedulikan orang. haha. syiok.! lepastu terjumpa lah kawankawan. borak kejap. jumpa pulak kakak faka. borak lagi. sedangsedang berborak, saya pon tepandang kat bawah. ALAMAK! sliper lain sebelah. haha. tragis tak? perghh! baru tau kenapa orang pandang saya. saya pon buat muka satu sen ajelah meneruskan penjajahan kat padang tu. memang malu. tapi nak buat cemane. dah salah. patutlah terasa sliper sebelah cam longgar jek. haha. sabau aje lah. :P

uih. malu jugak jalan kat padang hampir stengah jam baru perasan yang sliper tesalah rupanye. adehh.!

p/s : kadangkadang, benda bodoh camni kelakau jugak. sekalisekala buat takpee kot. hee~ :)

September 23, 2011

gathering strength

assalamualaikum..waalaikumsalam

masalah masalah masalah. mane ade manusia yang takde masalah. mesti ade punyee. walaupun masalah kecik. kalau takde, boleh disenaraikan sebagai salah satu keajaiban dunia.

so gather your strength for the problem that doesn't end and keeps bothering you over and over again. takleh nak mengeluh sangat kan. what goes around can comes around, and maybe it wont come at all. wish for it. -.-"" well, lepas hujan mesti ade cahaya matahri kan. kecuali malam la. malam cahaya bulan. cahaya matahari, esok.

apepepon, doa aje yang termampu dan seelok eloknya. moga moga semuanya akan berakhir. insyaallah. :)

jauh di mata dekat di hati

assalamualaikum..waalaikumsalam.

belog kali ni untuk dua sahabat baik saya, yang merangkap abang dan kakak saya, juga merangkap bos dan isteri bos saya, Tuan Mohd Khairi dan isteri, Noraini. mereka baru saja ditukarkan ke kuantan semula. sedih woo. tinggal lah saya sorang kat pejabat staf. dapat bos baru, bujang. hehe. tapi kena ingat status daa. haha. takank pongg. Puan Azizah pulak, nak tukar office. taknak duduk berdua dengan bos baru. haishh~ nak duduk dengan saya leteww. hehe. :)

apepepon, all the best kepada kak wani dan tuan khairi. moga kenangan kita kat pejabat lipis, tak dilupakan dan sentiasa ingat jalan nak ke lipis. yela, nanti nak datang kenduri saya kan. kehkeh. miss uols so much !


tak kusut masai lagi!

assalamualaikum...waalaikumsalam

haritu ade post KUSUT MASAI pasal TWITTER. sekarang tak lagi, dah reti nak tweet pelik pelik. haha. bangga bangga! ^oo^ sampai kembang kembang hidungs. bhehehe.

the most meaningful Raya! XD

assalamualaikum...waalaikumsalam

nak menaip cerita raya lepas, janji nak cerita sebelum cuti hari malaysia, tapi tak dapek. busy memanjang. kehkeh. hari ni baru nak menaip. pasal raya lah.. orang lain dah cerita pasal raya, saya baru nak cerita. lambat sikit. huhu.

Raya pertama

takde cerita sangat raya pertama. macam raya tahun tahun sebelum ni lah. beraya dengan mak abah, sedare mare, nenek lepastu rumah bakal mak mertua. :p tahun ni takde gambar raya dengan mak abah, sebab handphone mak masuk tandas. oops! :)

 sedondon oren tahun ni. baju kurung ni jarang. aww seksi! kahkah -.-"
 anak saya, Adriana Naufara. kehkeh. tak lepas dari makcik eija. makcik eija aje la kejenye
raya kat Kampung Relong, rumah kawan Bulat. tak kenal sape. wat tak malu jela bergambar, :)

raya tahun ni memang best. orang lain beraya kat rumah menghabiskan kuih raya. saya dan family faka, pegi jalan makan angin daa. bukan naik kereta, buka tingkap nganga mulut. bukan bukan! tapi jalan jalan melancong. XD syioook... yang tak syiok, jalan agak jem. nak tau kemane?? huhu.

Pantai Irama, Bachok, Kelantan.

31-08-2011
kami bertolak malam. macam biase, memang suka jalan malam. tak HOT. takleh panas panas ni. haha. kami sampai kat Pantai Irama Inn pukul 2 pagi. lepas siap check in terus terjun kolam mandi. haha. dahsyat! sekali sekala jumpa swimming pool camni lah. tak kira pukul berapa pon nak terjun lagi. lama jugak mandi. dah pukul 4 pagi baru nak tidur. tu pun ade yang belum tidur, rancak borak. biase lah. raya baru dapat kumpul ramai ramai. masing masing ade cerita kan.


 dekat kedai makan mahal. mahal gile... dah la tak sedapp. 


esoknye, kitorang jalan jalan kat bandar bachok. tapi banyak kedai tutup, jadi kami ke Kota Bharu. kereta macam sardin. sendat gile. tapi nak jugak bejalan. bukan selalu kan. sampai kat KB, sesat. tak penah penah sampai KB. puas pulak nak cari jalan. then jumpe lah KB Mall. lepak situ jap. kejap je. banyak kedai tutup. jumaat lah katekan. mane boleh buka kadai kat sane bile hari jumaat. cuti. lepas dah takde benda nak buat kat KB, kami pon balik ke bachok, nak lepak kat tepi pantai. jalan jalan kejap kat bundle, bapa mertuaku belanja seluar bundle satu. haha bangga. :D

lepastu kami duduk lepak, makan sate ikan. faka pulak hantu sate ikan. sampai rm25 beli sate tu. dia sorang je makan banyak. lepastu, mandi pantai lah. ape lagi.

 superman dan supergirl versi 2012. akan datang di pawagam. :)
 semangat pakai baju superman sayangku belanja wey. :D

 mandi time. tangan terangkat tu, sakit. luka kena dinding, masuk air laut memang kaw la sakitnye.

 sayangku. :) happy sangat bila bersama dia setiap masa. can't wait to have our own life. :)
 akak ipar TER-SPORTING. perghh.. cun siot! *Nurseha*





semangat kekeluargaan yang kuat. sentiasa gembira bersama.

hope, tahun depan lagi happy. mane tau kan. makin lame makin bertambah ahli keluarga. the more the merrier. kan kan. tahun depan dah gendong anak la. :p

September 13, 2011

whoopdidoo!

assalamualaikum...waalaikumsalam

lama tak hapdet belogg! busy sungguh saya ini. huhu. almaklumlah lepas raya kan. :) maybe, esok, lusa saya akan hapdet kay. sebelum cutii. cheers.

bahasa yang tak lulus BI hapdet = UPDATE

August 11, 2011

my little fat Gemuk !

assalamualaikum...waalaikumsalam

saya ada kucing baru ! wee~ *muka berseri seri dan happy* kucing saya mula mula comel je. kecik dan gemuk. tapi dah besar sikit, jadi tak comel sangat tapi gemuk lagi. huhu. sayang sangat kat gemuk. suka rebut tido berkepit. kalau tak peluk, keluar dari bilik and tido kat sofa. merajuk lah kononnye. so, kena peluk sentiasa and kena letak bawah selimut, baru dia tido. manjaaa. makin lama makin manja. dah pandai buat muka kesian mintak nak dukung. huhu.

tengoklah, pagi pagi dah mengada. tak bagi mommy gi keje lah ni ye gemuk. mane boleh ! sape nak beli whiskas nanti. :)

dah jumpa kucing baru, tak bermakna rindu saya kat yet dah hilang. belum lagi! masih rindukan yet hari hari. kembang jugak. miss them a lot. yet the best ever. rindu sangat. :(

well, hidup mesti diteruskan walaupun yang kita sayang tak selalu bersama kita. kan kan. :)

ouhh boots.

assalamualaikum...waalaikumsalam

dalam belog kali ni saya nak cerita tentang my newest wishlist. dulu nikon. still tak dapat dapat. working on to get it. sekarang, boots. OMG! so gorgeous lah boots ni. sangat SEMART kalau pakai. boleh pakai dengan tights, jeans, or shorts kan. very cantikk! i like it. no no! i LOVE it.

tapi encik faka cakap, kalau pakai boots nampak tak cantik. hah! dengki letew. huhu. saya nak jugapp ape jadi pon. sukee tengok orang pakai boot. cantekk! huhuh. nakk sangat itu boot. taknak yang over sangat. taknak yang ade heels, dah tinggi nanti bertambah tinggi pulak kan. yang biase biase je. nak sepasang je encik faka. bagi saya puas hati. tu je. hee.

nice giler ni. kalau dapat mesti lagi meletops lah. hee.. nak sangat sangat. *muka berharap* :)

kusut masai




assalamualaikum...waalaikumsalam

hari ni keseorangan di office. yang lain ade kes kat cameron. so, aku kena jaga office aje. sebab tu kusut masai sikit. bukan sebab kena tinggal je saya kusut masai, tapi sebab Twitter jugap! why twitter? huh..

first, cemane nak retweet ? tengok orang lain retweet then dapat tules lak ayat kat tepi tweet yang mereka retweet tu! saya pulak? retweet tak habes habes tapi tak dapat nak tules ape ape kat sebelah ayat tu. sangat marah lah kan. puas dah buat tapi benda same jugak keluar nye. hadoi.

then, nak letak Trend kat ayat tu. hah! susah. ade #ImTheTypeOfPerson lah #lagurayatwitter lah. ramai je letak kat tweet dorang, tapi saya? tak dapat dapat nak buat. marah ni! huuuu. (T_T) sedeh la orang dapat buat, saya tak dapat. tau lah kan saya ni, BUTA IT. hughh..

takpe takpe, saya bersabar je. sokay. nanti mesti ade orang ajar jugak kan. mesti dapat buat jugak. mestiii.


nota kaki : mane tau kan, atikahelias bace blog saya, then rasa simpati kat saya. huhu. nak mintak tolong tapi malu lak buta it sangat. hehe. :)

August 5, 2011

puasa oh puasa !

assalamualaikum..waalaikumsalam

sangat bosan duk kat office sorang sorang. yang lain ambil kesempatan cuti. mentang mentang saya yang pegang kunci office kan. so.. saya sorang dan office ni saya yang punya.

hari ni hari ke 4 puasa. alhamdulillah belum batal lagi. huhu. bila puasa ni semangat lah nak raya. dalam kepala macam macam baju raya nak beli. hahaha. puasa pon belum cukup nak beli baju raya dah. huhu.

bulan ramadhan ni lagi banyak dugaan datang walaupun rezeki bulan puase ni lebih murah. kan. dan dugaan terbaru, wedding i kena postpone lahh! so many problems come. it's the best we can do right now. huu. tuhan maha mengetahui kan. Dia lebih tahu ape yang terjadi. harap semuanya berjalan dengan lancar.

ape nak cerita daa. takde idea langsung. huh!

nak cerita pasal raya, takde plan ape ape untuk raya. belum plan. cerita tentang puasa lah kan. huhu. yang best bila puasa ni, bazar nye. kan kan. syok ouh gi bazar. makin lame dok kat bazar makin beria perot menyanyi. haha. biase lah.. seharian tak makan kan. tapi tak boleh nak ucap lapar tu kerap sangat kan. huhu.

bila dok kat bazar, mula lah rambang mata. kuih pulak macam macam warna. nampak sedap sedap. tengok tepung gomak, perghh. meleleh air liur. bila beli, terkena tepung gomak keras. hah! tengok lauk pulak, lagi lah nak terkam kan. kari nye, ayam merah nye, gulai lemak lagi, percik pulak. perghh!! beli sampai 10 jenis lauk. padahal makan 3orang je. tak habis pulak lauk tu.

typical humans with normal attitude bila puasa ni. same lah jugak dengan saya, mujur je duet belum withdraw, kalau tak satu pasar beli. haha. eh eh. pastu tengok pulak budak yang dua or tiga tahun beli air dalam cawan. sejuuk je terasa kat tekak tengok budak tu minum. nak nak air bunga kekwa. haha. pengalaman semua ni. kalau tak manakan nak cerita kat blog.

bile tibe dekat dekat waktu berbuka, beria dah letak lauk dalam pinggan. penuh pinggan. padahal azan 10 minit lagi. haha. nak nak kalau budak yang baru belajar puasa. camtu lah. ade pulak yang dah tak sabar, terminum sikit air. mujur tak telan je. huhu. bile azan, terkam air cam rimau dahaga. bila habis segelas air, termenung tengok pinggan. terasa banyak pulak. bila kurang kan sikit nasi tu, terasa sikit pulak. tapi tak habis jugak makan nasi. membazir.

makan berbuka dah kenyang. nak menghadap pulak kuih yang cantek berwarna warni tu. petang tadi cam orang tamak membeli, 10 jenis kuih kau bawak balik. last last tak makan jugak. konon letak dalam peti nak makan esok. esoknye pegi bazar, benda same berulang. lepastu simpan lagi kuih dalam peti. lame lame peti pon penuh dengan kuih. haha.

bukan nak mengata orang, tapi kongsi kongsi. betulkan perangai kita camni? saya pon same. kadang kadang je rasa lapar. kalau penat sangat puasa, nak nak kalau tak sahur, lagi lah gile tengok lauk macam macam.

satu yang saya ingat abah pesan masa saya kecik lagi, berhenti sebelum kenyang. tapi tengok abah sekarang same je cam anak anak dia. bedal selagi muat. haha. :)

nota kaki : saya menulis sambil menelan air liur sebab teringat lauk kat bazar. huhu. :)

 beli beli. banyak lagi tu kuih yang tak di beli. huhu
 muke muke yang berpuasa *entah ye ke tidak puase

kalau dapat ni, perghh memang best lah kan kan.