March 25, 2011

workaholic!

oye.. dah lame kan tak menulis belog. ke-busy-an dan ke-excited-an aku bekerja yang buat aku tak sempat nak menaip lagi. cewahh..! tapi hari ni aku dapat menaip. dan aku nak menaip laju laju sebab hari hari aku menaip kat pejabat. sekarang dah makin laju aku menaip. hahaha.

kali ni aku nak cerita pasal kerja aku.. sangat seronok dapat bekerja di bawah satu badan beruniform. walaupun badan beruniform yang masih belum terkenal, dan sekadar anggota sukarela. tapi kerja tetap kerja kan. kali pertama kerja. sampai taknak cuti. hahak..


tiga minggu lepas aku jaga budak kursus asas kat jerantut. agak seronok mase bergambar. hehe.. sebab mase buat aktiviti budak budak cam terlebih diajar, taknak dengar kata langsung. ramai yang balik dan ade yang plan nak merosakkan kursus. tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.








lepas je balik dari jerantut, kena ke kerdau. program Sehari Bersama Orang Awam Dan Kementerian Dalam Negeri. yang ni seronok. walaupun kami selalu kena sindir tapi kami tetap bersama dan buat lawak bodoh. ade jugak yang selesa dengan kami. bila balik rumah, semua jadi hitam legam. sebab berdiri tengah panas. huhu..

alam pekerjaan mmg seronok. dulu bila fikirkan kerja, mmg takot. takot tak dapat cuti, takot kerja lebih mase, takot penat sangat. tak macam sekolah. tapi semua salah. walaupon penatnye berganda dari sekolah, keseronokannye pon berganda dari sekolah. wish my lucks. :)

March 14, 2011

sekian lame aku tak menaip. sangat sibuk. dengan kerja dan masalah masalah yang melanda.
dulu aku bersyukur sebab dalam aku mencari cari, aku terus dapat kerja yang aku selesa sangat sangat. cara pergaulan pon sangat selesa.
tapi padah sebab terlalu selesa and percaya kan orang. sebab sume makan diri sendiri. sebab sume nye akan jadi duri dalam daging. kena jage setiap percakapan dalam pejabat. sebab sume tu akan jadi peluru yang menyerang kita semula.
dalam pergaulan, kita tak boleh percayakan sesiape pon. termasok yang paling rapat dan baik dengan kita. kena berhati hati bila bercakap. rahsia tu satu amanah. walaupon bukan kita yang pegang rahsia orang, bukan kita yang jaja cerita orang, kita tetap kena hati hati. jangan kritik sembarangan. sume tu akan serang kita semula. walaupon ade perkara yang kita tak sebut.
semua ini berdasarkan pengalaman. aku serik walaupon sume nye dah selesai. perasaan tak selesa tetap ade walaupon masing masing dah bermanis muka. rase geram dan sakit hati tu tetap berbunyi bunyi dalam hati. "sepakla muke dia." "tendang la dia" "maki hamun dia" "pukul dia sampai icu". bayangkan hari hari macam ni. biar sume nye tenang dulu. baru la buat keputusan untuk bersemuka semula. 
jadi berhati hati. jangan pilih kawan berdasarkan muka cantik, pakaian smart. biar muka jahat. mulut lepas. janji tak simpan perasaan yang busuk. and still jangan percayakan sesiapa.