April 22, 2013

puteri

assalamualaikum. sekian lama tak menaip entry untuk blog ni. takde masa langsung nak post entry baru. laptop dengan broadband dah ada, tapi masa pulak tak mengizinkan.

Alhamdulillah, lepas 9 bulan mengandungkan puteri sulung, saya selamat melahirkan. Walaupun secara caesar, tapi terasa lega semuanya dah selamat. Memang takde peluang nak bersalin normal. Kedudukan baby langsung tak berpusing ke bawah. So, it's safer this way.


20 Mac 2013, 11.56am, Nur Diya Adira selamat dilahirkan. Pengalaman duduk dalm bilik bedah memang menakutkan. Doktor cuma bius dari pinggang ke bawah je. Jadi saya sedar sepanjang masa caesar. Tapi bila dah tengok muka baby, rasa lega sangat. Rasa bersyukur semuanya dah selamat.

Baby pun sihat. Takde apa apa kompilasi. Dalam sedar tak sedar, dah sebulan pun. Makin besar, sihat. Perasaan bahagia, tuhan je yang tahu. Bila ada cahaya mata ni, terasa hidup makin lengkap. :)

March 11, 2013

The Preggy Me

Assalamualaikum.

saja nak kongsi gambar preggy aii. haha.


ini saya. hihih. masa ni agak gemuk. baru 5 bulan mengandung. gemuknya saya, haha!


masa ni baru 7 bulan pregnant. agak kurus jugak. masa ni jarang makan sebab terkejut berat naik 6kg sebulan. -.-


 this is me last month. dah 8 bulan tapi masih gagah lagi bersiar siar kat Rumah Merah, Melaka. okay saya gemuk.


ini saya jugakk. dengan suami saya. love you bebeh. tu saja lah. saja nak post mengarut. bye *\^^/*

The Awesome Preggy :)

Assalamualaikum.



alhamdulillah, masih lagi dapat kesempatan untuk menaip entry blog ni. masih dipanjangkan umur untuk berkongsi udara di bumi Allah ini. alhamdulillah juga sekarang dah hampir 38 minggu saya mengandung.

sepanjang mengandung ni banyak perkara yang saya alami. dari morning sickness, muntah teruk, langsung tak boleh makan dan minum susu tepung. sampai lah sekarang saya semakin sihat dan gemuk. alhamdulillah anak dalam kandungan jugak sihat. cuma ada sikit implikasi dan kerumitan yang saya sendiri tak dapat elakkan. dan diharapkan saya dapat melahirkan anak saya dengan selamat. inshaa Allah.

bila dibagitahu pada orang tua tua pasal apa yang kandungan saya alami, semuanya tanya 'ikut pantang larang tak?'. saya lah jugak yang terpinga pinga pantang larang apa lagi yang aku tak ikut ni. rupanya orang mengandung ni kena pantang banyak benda. bukan setakat jangan keluar maghrib, jangan pukul atau bunuh binatang dan sebagainya. lebih banyak rupanya dari tu. meh saya kongsikan :)

Pantang Larang Ibu Mengandung :

1. seperti yang saya katakan, ibu mengandung tak boleh keluar waktu maghrib. makhluk halus paling suka pada keadaan ibu mengandung yang agak lemah semangat.

2. ibu dan suami tidak boleh memukul, membunuh, memburu atau menganiaya binatang termasuk ular, cicak, biawak dan sebagainya. takut anak terkenan.

3. mandi sebelum maghrib. seelok eloknya pukul 5. sebab waktu senja dan lepas maghrib banyak syaitan.

4. jangan lilit kain atau tuala pada leher, dikhuatiri anak boleh terbelit tali pusat. jangan letak tuala basah pada bahu juga.

5. dilarang mencaci atau mengumpat seseorang, takut mempengaruhi perangai anak dalam kandungan.

6. dilarang duduk di atas tangga atau di muka pintu, takut susah melahirkan anak. penting ni.

7. dilarang menjahit diwaktu kehamilan, dikhuatiri seperti menjahit laluan keluar anak.

banyak lagi sebenarnya pantang larang ibu mengandung ni. tapi banyak yang tak ingat daripada ingat. hihi. sikit sikit pun masih boleh dipraktikkan. jangan sangka kita di zaman moden ni dah tak perlu lagi ikut pantang larang orang dulu dulu. masih kena ikut jugak.

kemudian ada la petua petua dari orang lama lama untuk ibu ibu mengandung ni. ini untuk kebaikan si ibu dan anak dalam kandungan jugak kan.

Petua Ibu Mengandung :

1. minum susu dengan banyak. anak dalam kandungan paling memerlukan kalsium untuk membentuk tulang. kalau si ibu malas minum susu, anak akan ambil kalsium dari tulang ibu dan si ibu akan alami sakit belakang.

2. makan banyak sayur dan buah. ini untuk kulit anak supaya cantik dan kurang alergi. selain tu, buah membantu ibu senang membuang air. kalau dah makan vitamin iron (untuk tambah darah) ibu akan alami sembelit.

3. makan banyak ikan untuk protein selain menambah darah. makan daging, kerang, tauhu, sayuran hijau, hati untuk menambah darah. ingat, masa bersalin paling memerlukan darah.

4. minum banyak air sewaktu hamil.

5. makan tembikai di waktu hamil, ini suruhan Rasulullah.

6. susu kambing juga baik jika diamalkan ketika trimester akhir kehamilan. dapat mengurangkan risiko anak terkena kuning.

fuh. panjang lebar saya menaip harini. alhamdulillah, dapat saya berkongsi sikit petua untuk orang ramai. seelok eloknya amalkan petua dan elakkan apa yang dilarang.

sampai sini saja lah saya menaip. semoga dapat dipraktikkan bersama nanti. dan doakan supaya saya selamat melahirkan anak sulung saya. inshaa Allah.

December 11, 2012

a trip to remember

assalamualaikum

selamat petang. hari makin gelap kat luar. saya pulak masih menunggu suami saya habis kursus dan ambik saya kat mekdi ni. kakak kakak kat kaunter dah pendang pandang saya ni. saya pun dah lenguh pungkok kat sini lelama. lagi pulak tengah mengandung, kena pergi tandas banyak banyak kali. hadoi seksa. kang tinggal laptop lelama kat sini, lesap pulak.

nak soseh soseh la sikit pasal bercuti. raya haritu banyak la suami saya dapat bonus. haha. so kami pergi bercuti. pastu bawak la mak dan ayah dia. abang dia nak ikut sekali. *tapi kami kena tanggung. kopak pokett laki aku* satu pantai timur kami pusing. start dari cameron, pastu ke kelantan, pastu pusing terengganu. balik tu masuk kuantan, jerantut baru la sampai rumah. lama cuti.

Cameron Highlands

seronok rasanya. lama terperap kat rumah, akhirnya boleh pergi jalan. destinasi pertama, tempat sejuk, cameron highlands. dah biasa pergi, tapi apa salah nye pergi dengan family puloks. so, of we went. jalan jalan sakan kat sana. siap tempah apartment lagituu. :)
kat sini dah sejuk, tambah pulak hujan. macam kat korea daa. 

sehari je duduk kat sana. saje nak memanaskan badan. balik ke lipis semula sebab kakak ipar kesayangan kami ni nak kerja la pulak kan. lepas dia balik kerja kami terus gerak ke kelantan.

Kelantan

perjalanan yang memakan banyak duit dan masa. sampai kat kelantan dah lewat malam. nenek husband pun dah tidur. lama sangat menunggu katanya, sampai letih. malam tu kami terus tidur je. dah penat sangat duduk dalam kereta. saya yang mengandung ni lagi penat.

esoknya bangun pagi, terus makan. nasi kerabu tuu. all time favourite. bukan senang nak jumpa nasi kerabu kat tempat lain. kalau ada pun tak best. kena balik kelantan jugak kalau nak makan yang original. :) lepas makan, singgah pasar. beli ulam ulaman kat family saya. yela, kami ni ala ala arnab. kena ada ulam ulaman daun daun kalau nak selera makan nasi. orang kelantan la katekan. sebab tu saya cantikk. hukhuk *muntah*

then of we went to terengganu.

Pulau Kapas, Terengganu

well, dari kelantan nak ke terengganu bukan nya sejam dua. berjam jam perjalanan kami, baru lah nampak terengganu. sampai kat sana, banyak singgah menyinggah tepi jalan. saya ni yang mengandung kena riba anak saudara kesayangan lagi. al maklumlah, kalau dah jumpa atok, pakcik makcik dia ni, dah taknak dekat mak dia. mak dia pun honeymoon lah dengan bapak dia. romantik je pimpin tangan. laki aku jugak dukung anak buah dia, aku jalan ngan mak mentua. takpee. pahala jaga mak mentua.

*kat luar mekdi pun dah hujan. makin sejuk dalam ni*

sampai lenguh lenguh dah dalam kereta ni, baru lah nampak kuala terengganu. tapii, perjalanan kami masih belum berakhir bila jumpa kuala terengganu tu. panjang lagi perjalanan nak ke pulau kapas. OMG! ya itu lah yang akan terjadi bila dah lama sangat tak keluar bercuti. asyik pergi melaka je kan. dah nak muntah tengok Mahkota dengan Dataran Pahlawan tuu.

sampai je kat jeti pulau kapas, macam dah lega. ingatkan dekat je, rupanya naik feri berapa jauh daa. kebetulan masa tu sampai kat jeti dah petang. so air laut pun mula nak pasang. ombak laut pun kuat menghempas. kami yang dalam feri ni bagai nak gila ketakutan. mak mentua saya sampai menangis, menyesal datang pulau kapas.

sampai je kat pulau, feri tak boleh berlabuh dekat jeti sedia ada. kena berlabuh kat pantai sebab ombak kuat sangat. tak kisah la kat mana dia nak berlabuh. asalkan kami dah selamat sampai kat sana.

malam tu takde aktiviti sangat. saya pun tak boleh keluar malam sangat sebab mengandung. so duduk bilik, tidur. teman mak mentua saya. aktiviti hari esoknya yang seronok. pagi pagi kami pergi snorkeling dulu. tengok ikan dalam laut, cantik betul ciptaan Allah. tapi malangnya tak lama pun kami snorkeling, bapa mentua saya kena sengat obor obor daa.
syok je mak mentua saya menyelam. saya la yang selalu jaga dia. baik tak saya? haha.

*oh saya menaip sangat laju sebab suami saya nak sampai dah katanya*

semua suggest kencing kat tempat sengatan. tapi siapa nak buat? takde siapa sanggup. last last, abah kencing sendiri. pedihnya yang amat. kami pun berangkat lah dari tempat tu. tapi brader tu bawak pergi tengok penyu pulak. lupa kejap sakit bapa mentua saya tu. kesian dia.
kesian anak penyu tu . besar besar orang tu letak signboard 'dilarang pegang' tapi tak guna jugak.
dah nak balik, sedia nak naik feri lagi -.-


petang tu, kami pun balik. macam sekejap je kan. tak leh panjang panjang. tak sempat cerita lain nanti. kami pergi kuantan pulak. sebab kak seha kat sana. dalam perjalanan balik pun banyak singgah menyinggah. beli keropok lah, ikan masin lah, sos pencicah lah. penuh bonet. sekali lagi, suami saya bayarr semuanya. -.-

nak cerita ke apa yang jadi kat kuantan? tak payah lah ek. takde ape yang jadi pun. lepak kejap, gosip gosip lepastu gerak balik. saya pun takde masa nak panjang panjang cerita ni. haha.

so just enjoy my article today. memang macam article dokumentari dah ni pepanjang. akhirnya saya dapat balik. dah lenguh saya duduk kat sini, menaip macam mesin. :) gambar pun dah tak sempat nak upload bebanyak, suami saya nak sampai. lain kali la saya upload. byee 2012.

with love ;
faraheeza

time for crap



assalamualaikum.

sekarang dah disember pun. sepanjang tahun 2012 saya cume meng-update 7 posts je untuk blog ni. kenapa?? kenapa saya sangat busy sampai memalukan diri saya sendiri dengan tidak meng-update blog saya. sebegitu panjang masa. tapi cuma dapat 7 je. so sad.

sebab sebab saya tak dapat meng-update blog saya ;

1. saya sangat kesempitan masa nak meng-update. kerja lagi, nak layan suami lagi kat rumah, lepastu ulang alik balik kampung lagi sebab adik sakit, kadang kadang saya jaga anak saudara saya. jadi laptop ni saya bagi dia yang main supaya dia tak sepahkan rumah saya. kalau tak, saya akan angkat rotan nak bedal kaki dia tapi tak sampai hati.

2. saya kesempitan wang nak membeli broadband. nak pergi duduk kedai mamak lelama kang orang cakap saya ni minah lepak. padahal saya pergi dengan suami saya kan. apa dorang kesah. dorang tak pernah pulak nak belanja roti canai ke, burger bakar ke kat saya. nak sebok saya duduk kat mamak lelama tu kenapa kann.

3. saya malu nak update blog depan suami saya. suami saya suka menyebok hal saya. dia suka baca apa yang saya tulis. so saya pun menjadi malu lalu menyorokkan laptop sampai saya sendiri pun tak jumpa. - oke tipuu.

4. saya takde idea nak tulis ape. sebab aktiviti harian saya adalah ; bangun tidur, mandi, sarapan, tengok tv, basuh kain, tengok tv, sapu sampah, basuh pinggan, tengok tv, jemur kain, tengok tv, masak tengahari, tengok tv, tidur, tengok tv, angkat kain bila dah petang, tengok tv, mandi, tengok tv, minum air, tengok tv pastu tidur. aktiviti harian saya sangat memberangsangkan.

5. saya mabuk masa saya mula mula pregnant. jadi tak jumpa idea nak menulis sebab asyik nak muntah, perut masuk angin, mengidam bagai. lebih baik saya duduk rumah tengok tv.

6. saya sebok tengok jiran saya mengumpat kat tepi rumah. yelah mana tahu dia mengumpat pasal saya ke. boleh saya pergi mengumpat pasal saya sekali dengan dia. kann! lepastu boleh saya hadiahkan dia seekor anak buaya supaya boleh baham dia nanti bila dia mengumpat saya. - oke tipu lagi.

7. saya pinjam broadband kawan saya tapi dia tak bagi saya bayar. so broadband tu kena potong. last last dia tak nak pakai, dia block broadband tu. lepastu laki dia beli broadband baru kat dia. she's my bestfriend forever.

8. dah takde sebab lagi kot.

sebab sebab ni la saya tak update blog saya. malu betul rasanya bila post cuma berapa je. adoii. so enjoy my craps.

with love,
faraheeza

december

assalamualaikum.

it's already december. sangat cepat masa berlalu. dalam tak sedar je dah nak habis pun tahun 2012. hari ni dapat lah saya menaip sikit untuk blog saya yang dah lama sesangat menyepi. kena tunggu suami kat mekdi ni. 3 jam kena tinggal. apa nak buat, gatal sangat nak ikut dia. ni la akibatnya.. -.-

sementara dia berkursus kat office dia, saya menaip kat mekdi. fair and square lah rasanya. tapi malu jugak duduk lelama kat sini. hewhew. dah terlalu lama sangat tak berkarang ni, dah hilang idea. nak menaip pun dah rasa janggal. nak bercerita pasal ape pun tak tahu la.

then, let's talk about 2012. tahun yang agak gemilang bagi saya. permulaan bagi hidup baru saya sebagai isteri orang. that's the best part of the year rasanya kan. alhamdulillah, i manage my first year as a wife. dah menghadapi ramadhan dan aidilfitri pertama sebagai seorang isteri juga. dah merasa susah payah berada di rantau, bukan Rantau Abang. sebagai orang merantau ni, banyak cabaran dan dugaan. tapi alhamdulillah, saya dan suami berjaya berdikari. yayy for us. well, terlalu awal nak celebrate kot. :)

then, pertengahan tahun pulak, dikejutkan dengan berita adik yang sakit teruk. dugaan Allah yang sangat berat untuk kami sekeluarga. mulanya terkena gangguan makhluk halus. teruk sangat keadaan dia masa tu, Allah je yang tahu. deritanya adik saya menghadapi semua tu. derita lagi mak dan abah bila tengok anak kesayangan mereka jadi macamtu. lebih teruk lagi, lepas dah ubat gangguan tu, adik koma. 3 bulan dia koma. saya pulak, yang masih bekerja masa tu, terpaksa ambil cuti seminggu setiap bulan nak teman mak kat icu. akhirnya, terpaksa berhenti kerja. sebab susah nak ulang alik dari muar ke hospital temerloh.

alhamdulillah. Allah Maha Berkuasa. tiada apa yang dapat menandingi kuasa Allah. adik saya sedar dari koma. sepanjang dia koma, tak henti henti kami usaha. macam macam kami buat. mintak surau, masjid yang ada kat kampung dan bandar temerloh buatkan solat hajat. mintak jasa anak anak yatim turut buat solat hajat supaya adik dipanjangkan umur. mak tak henti henti solat dan berdoa semoga adik sembuh. nenek pun sama. walaupun 2 kali adik di ambang maut, alhamdulillah adik sembuh. sekarang dah macam biasa. walaupun makan masa untuk dia sembuh sepenuhnya, dah cukup untuk tengok dia sihat semula. semoga dia semakin sembuh.
pray for her health :) sengal kan muka dia 

betapa terseksanya juga saya tahun ni. dugaan yang Allah bagi sangat berat. tapi, pada Allah jugaklah kita kena berserah. tawakal sepenuhnya kan.

lepas adik sembuh, makin gembira semua orang. kami pun akan jadi parents tak lama lagi. lepas sekian lama jugak menunggu, 6 bulan je padahal nya, nak dapat baby dah. dulu sengih sengih tengok orang bawak baby. tak lama lagi sengih sengih dapat bawak baby sendiri dah. Alhamdulillah. suami pun banyak membantu sepanjang maternity month ni. you're the best Husband. sekarang dah disember. tinggal 3 bulan lagi nak meneran. haha

dah panjang kot melalut lalut. kang tak lalu pulak orang nak membaca. boring baca article pepanjang ni kann. :)

so, have fun reading. salam sayang dari kami ;


faraheeza dan dilfakar. :)

August 9, 2012

day back! :)



assalamualaikum..

lama sangat tak mengepost kat blog. alhamdulillah, dapat 'mencuri' kesempatan kejap untuk mengepost dengan lajunya harini.

not much to say actually. just, Salam Ramadhan buat semua je. entah sempat ataupun tak nak menanti Aidilfitri kan.

well, it's my first ramadhan and aidilfitri as a wifey. hee. :)

not much to say. bye. semoga saya panjang umur dan dapat menaip untuk blog saya lagi. insyaallah. :)

April 17, 2012

hometown !

assalamualaikum...waalaikumsalam

hai

hello

sawadee

konichiwa


right now, memang serius aku rindu gila kat kampung aku. rindu family aku, rindu masakan pahang. serious aku rindu. *tahan nak nangis* sumpah muka aku memang buruk gila kalau nangis. tapi jangan cakap 'alah semua orang nampak buruk kalau nangis'. neelofa cantik kalau nangis tauu!

a few photos that makes me really miss the whole thing kat kuala lipis.


this is my mom, Norizan. my sisters, Shikin and my youngest sister, Yana. selalu gaduh macam hape kat rumah, bertumbuk bagai, tapi dah jauh ni rasa rindu. sayu je hatii. T_______T


this is my mom and dad, Mohd Ruslan. i miss them so much. mak call selalu nangis. tapi apa kan daya mak, saya jauh. rindu mak jugak... D':


this is my grandmother. ni masa kenduri anak sepupu mak. i miss her the most. atok selalu ada untuk aku dari kecik sampai besar. walaupun dia terpaksa jalan kaki hantar aku pegi sekolah dulu, dia tetap ceria kan aku pagi pagi. kalau aku nak balik muar je dia mesti nangis. hati dia mudah sangat tersentuh. dia cakap dia sunyi aku tak ada. sorry atok.. kakak rindu atok jugakk. T_____________________T


ni favorite aku.. solok lada. mak mentua and nenek aku kat thailand selalu buat. memang sedapp.


yang ni, aku takkan miss kalau balik pahang. siap nak bawak balik muar lagi. tapi dah banyak kali tertinggal dalam peti kat rumah mak mentua. apa kan daya, takde rezeki.


yang ni memang kaw kaw punya sedap. time puasa selalu beli. nak masak sendiri tak reti. keladi ni gatal kalau tak kena cara memasak. jangan sesekali cuba kalau tak reti masak. kang gatal tekak tak sudahh.


sambal hitam belimbing buluh rebus.memang sedap. atok aku buat paling sedap. tak ada pengalaman buat benda ni memang tak sedap. kena control gula dan garam. kalau tak, masam gileeeer. :)

aku memang rindu semua ni. jangan lupe, lagi sorang aku memang rindu.

v

v

v

v


hero of the house, Mohd Rayyan Rizki.

memang rindu sangat kat dia. berkali kali tengok video dia main kejar kejar dengan pakcik. :)

and i also miss the whole family of my hubby. of course, takkan tak rindu. i miss the whole kuala lipis, takkan nak letak gambar semua pulakk kan


this is my sister-in-law and my father-in-law. :)


ni lagi gambar si kecik dan pak cik nya yang buas. dua dua sama buas je. takleh salahkan anak buah je. -.-


this is my mother-in-law. ni je gambar dia. yang lain semua seksi. hehe. :) i miss them all. sumpah.

and the last of all, my big brother, Fadlan. entah kenapa rasa rindu sangat kat dia. miss you abang. :)



that's all i think. tak nak banyak banyak. kang nangis tak behenti pulak. bye alls.