October 21, 2011

love it when it's just a misunderstanding



assalamualaikum...waalaikumsalam

hoho.. hihi.. haha.. cam happy je hari ni. of course lah. dan menyebabkan saya menaip laju jugak.. yeah bebeh. dua tiga hari ni takdak mood sebab masalah negara. hikhok!

dua hari lepas asyik bertekak bagai dengan my lovely fiancee. kenapa? mana ada pasangan yang tak bergaduh kan. just a tiny problem dan menjadi agak besar. dan saya sangat sedih. tak percaya tengok twitter saya. hehe.

okelah nak guna aku kayy. dramatis sikit membaca nya, :)

last mesej, malam dua hari lepas. lepastu dah tak mesej.  banyak aku mesej tapi dia tak balas. pelik sangat sangat tau. esoknya sama jugak dia tak balas mesej yang aku bagi banyak banyak tu. makin pelik. lepastu dia call marahh dan tanya apa masalah aku. aku tanya lah dia semula apa masalah dia tanya aku camtu. then we yelled at each other dan fed up dengan dia. last last aku tamatkan je call dia tu tanpa ayat manis, tanpa ucapan i love you, tanpa kucupan manis bagai. haha.

lepastu, tetap sama jugak. takde mesej dari dia. dia asyik call and kami gaduhh aje kerojenya. then senyap sunyi. dah berpuluh puluh mesej aku bagi tapi takde satu pun dia balas. siapa tak marah kan. lepastu dia call pulak tanya masalah kita. lagi lah menyirap campur gula dan daun pandan.

then semalam, dia call lagi. semuanya calm sebab masing masing dah penat nak gaduh dan marah marah. then tiba tiba dia tanya, busy ke dari pagi tak balas mesej. eh eh! saya tak balas mesej?? awak yang tak balas mesej sampai dua hari tu kenapa? dua dua pelik. memang pelik. saya balas mesej dia selama ni dia dapat, dia kata la. tapi mesej dia yang banyak banyak panjang berjela tu, dia kata jugak, tak dapat rupanya.

rupanya handphone samsung mak aku tu problem daa. tapi yang pelik nya cuma nombor Faka je yang tak masuk mesej kat handphone aku tu. mak hantar mesej molek je dapat. pelik pelik. bila cek blocked number, takde pon number siapa siapa kena block. pelik ouhh!

lepastu semuanya calm down. takde lagi yelling at each other. takde lagi bahasa kasar. semuanya SMOOTH bak kulit Dato' Siti.

begitulah salah paham pun buat benda kecik jadi besar. berhentam macam perang dunia.

pengajaran : kalau ada apa apa masalah, tanya betul betul. jangan nak menjerit je keroje nya. mana nak tau masalah kan kan. 

happy ending macam fairy tale pun ada ni. haha.!


i love you always baby :)


when you love someone beyond anything



assalamualaikum...waalaikumsalam

LOVE. such a strong word. perkataan yang membawa maksud yang sangat mendalam dan bermakna. hanya orang yang benar benar menyintai dan dicintai saja yang faham apa maksud CINTA. kalau cinta monyet, monyet aje yang faham.

love connects everything. and also break everything. cinta bawak gembira, bahagia, kejayaan, senyuman, dan bawa kedukaan, kepedihan, kesedihan dan kematian. *dramatis dah ayat ni* walaupun dah termaktub si dia lah jodoh dunia akhirat anda, tak bermakna anda akan 'live happily ever after' macam cerita kartun dongeng. anda akan hadapi macam macam benda dalam hidup. dugaan mencurah tak henti henti cam air terjun Niagra. walau sekuat mana pun anda lalui demi dia, anda akan jatuh dan bangun dan terus jatuh bangun.

it is a hard thing. kalau anda rasa dah sedia nak melangkah lebih jauh demi cinta, fikir semula. bawak la bekal banyak banyak. or you'll cry every minute you walk through it. sampai satu masa, anda akan terasa penat dan putus asa dan meninggalkan cinta.

if you love em beyond anything you had, you feel like you won't live without em. macam mana dengan dia? dia kan cakap benda yang sama. saya tak boleh hidup tanpa awak sayang! tapi kenyataan, walau bagaimanapun keadaan, terpaksa atau tak, they will live without you. sama lah dengan anda. anda akan sedar bila dia jauh dari anda, anda makin kuat nak harungi dugaan semata mata untuk dia. sebab anda nak hidup untuk bersama dia satu hari nanti.


so, cintai mereka dengan seadanya. :)

October 17, 2011

Shiro Hero

assalamualaikum...waalaikumsalam

hai. today nak memperkenalkan hero terbaru saya, Shiro-san dari Kuantan. *nama cam dari Jepun, rupenye Kuantan je. hekeleeh*


inilah, Shiro. cute kan dia. abaikan katil yang berselerak itu. bukan salah saya pon katil selerak. sejak ada Shiro, tak jadi kerja. asyik belai dia aje. makan 8 kali sehari. membuang 10 kali sehari. kena sikat bulu dia yang lembut tu 3 kali sehari. mengalahkan Brad Pitt kena sikat rambut. 

well, the truth is, saya cuma baby sitter Shiro aje. huu. sedih aje mendengor nye. bukan hak milik saya sepenuhnya melainkan saya pikat tuannya. tapi tak boleh! sebab tuannya bos baru saya maa. lagipon saya nak kahwin dohh. cuma tak sedar diri je. Shiro sangat gemuk, beratnya macam baby umur 6 bulan. jangan la bayangkan baby yang kurus kurus. bayangkan yang montel sikit. macam itulah. Shiro manja dan nak perhatian untuk dia sorang je.so cute lah Shiro ni. :) sayang Shirooo. dan kerana badannya sangat gemuk, bahan pembuangan nya juga sangat besar dan banyak. bayangkan kalau paling banyak membuang, 10 kali sehari. letih lah saya.

first time tengok Shiro, saya dah terpikat dengan ke-hemsem-an dia. homaigad! Shiro sangat hemsem. cam Rain pun ade. hee. ape ape pon saya sangat sayangkan Shiro. kalau jadi hak milik kekal pon okey. itu saje. bai.

BIASA, TAK BIASA



assalamualaikum...waalaikumsalam

itulah biasanya. kenalah bagi salam. dan macam biasa kena jawab salam. kan. kan. tak jawab salam nanti kena lempang dengan koala dari Langkawi. ade ke koala kat Langkawi? :)

yang biasa : orang bagi salam baru lah kite jawab salam.
yang tak biasa : orang takde bagi salam tapi kite jawab salam. -.-""
> agak tak biasa jumpa bila orang belum lagi bagi salam, kite dah jawab salam dulu. special case. sebab bagi salam itu sunnat dan jawab salam itu wajib! bila dah wajib, itulah kena buat dulu. diorang rase camtu lah kan. jangan cakap saya sesat pulak! dan benda ni biasa orang buat nak perli kawan sebab tak bagi salam bila menyampuk. pengajaran yang baik..


yang biasa : perempuan yang bawah lengannya bersih dan licin. parut parut tu perkara biasa.
yang tak biasa : bawah ketihak nye umpama hutan simpan khatulistiwa. apeke?
> kes serius ni. kena pergi kaunseling kat spa selama sebulan berturut turut. nak bagi kesedaran yang kebersihan itu penting. suami tengok pon tak slera bila tengok bulu ketihak terjulur celah baju. eww. mimpi ngeri. dah boleh buat span basuh pinggan ke hape.


yang biasa : mat dan minah rempit.
yang tak biase : nyah merempit.
> kelakar je rasa kalau nyah merempit. dah mekap tebal tebal dan pakai heels gaya Lady Gagak, naik motor ala ala mat rempit. aissh.. kalau dia yang bonceng takpe lah. ini dia yang bawak motor mengalahkan Alex Yong. *rase nye Alex Yong bukan race motor.* kalau dia yang bonceng pon dah lebih kurang macam hantu bonceng. cuma Juliana Evans lebih lawoo. wootwoot. :)


yang biasa : perempuan takut lipas atau katak atau sewaktu dengannya. lelaki datang mengalahkan hero menyelamat mangsa.
yang tak biasa : lelaki yang takut, perempuan jadi hero. apeke?
> actually banyak macam ni, cuma tak biasa tengok. sebab si lelaki HARUS menjaga ke-macho-an ye. kan. kann. tapi bila datang makhluk Allah yang cute keluar dari tempat persembunyiannya, hilang terus macho tinggal la hancur.

last sekali bila dah kekeringan idea bak padang pasir yang panas.

yang biasa : manusia pakai helmet
yang tak biasa : ikan pakai helmet
> mengarut lagi melalut dan mencarut dah saya ini. mane ade ikan pakai helmet. memang lah tak biasa tengok. dush dush! tumbuk kau eija. hamster pakai helmet ade lah. alolololo. cute nyee lah. rasa nak cubit cubit, geletek geletek, picit picit, lenyek lenyek, siku siku, tumbuk tumbuk, pijak pijak. okay too much of babling. enjoy my stupid writings.. toodles everyone.

p/s : nak cuba menjadi mengarut tapi best tapi hampeh lagi sampah yang dapat. apeke??

October 14, 2011

my friend, he worth nothing for you


assalamualaikum..waalaikumsalam

khabar apakah harini? woho. cakap ibankah saya harini bersama anak Pak Husin ngokngek? no no.. tidak cakap iban dan tiada anak sesaper mahupun anak Pak Husin ngokngek yang tinggal dekat simpang tiga kat Simpang Renggam. maaf kerana mengarut lagi setiap kali intro.

harini nak cerita pasal apa yang saya rasa tentang lelaki yang saya tengok dalam drama dan dalam dunia realiti *taking a deep breath dan menambahkan cc dalam percakapan* yang sentiasa menganiaya wanita yang telah bersama mengharungi segala rintangan selama bertahun tahun dan meninggalkannya tergantung tanpa tali. *tergantung tanpa tali? woahh magic tu*

dalam tv, saya selalu sangat tengok cerita tentang lelaki yang tak berapa hensem and ade awek yang cun. mungkin rezeki dia. bila jumpa perempuan lain, yang lebih bagus dari awek dia, dia mesti tinggalkan yang lama untuk yang baru. padahal tak hemsem pong. apekejadah! tak faham sebab tak tengok sangat tv sekarang. forget about the story, yang menjadi kemarahan saya sekarang tentang realiti. kenapa buat benda camtu pada orang yang telah bersama anda bertahun tahun lamanya.

ape kejadahnya wahai lelaki? apa yang kamu nak? bila dah ada yang terbaru untuk kamu, yang menyayangi kamu seadanya walaupun muka cam permukaan bulan, yang terima segala kekurangan kamu dengan hati yang terbuka, yang sentiasa memegang tangan kamu semasa susah dan senang, kamu tinggalkan jugak. padahal dah bertahun lamanya kamu bersama, sayang menyayang cinta dikenang, baru sekarang kamu nak tinggalkan.dengan alasan yang berbagai bagai yang kadang kadang tak dapat diterima otak.

ape kejadah ni lelaki? *dah mula emotional* kenapa lepas habis madu, sepah dibuang? jangan buang merata rata nanti majlis pembandaran marah baru tau. *apekah?* ehemm. fahamlah wahai lelaki. apa tanggungjawab lelaki? bukankah membimbing perempuan? bukankah membetulkan ape yang salah? bukan meninggalkan perempuan dalam keadaan terkontang kanting dengan alasan bagai.

wahai perempuan.. kumbang bukan seekor. mungkin yang kamu cari tu kumbang tahi. dulu kamu taktau ape kerja dia. sekarang dah tau. tak perlulah kamu terlalu sedih. i know it's hard for you to face it. tapi kamu juga tak perlukan orang macam dia. jika dia benar benar ikhlas, dia akan menerima kamu dengan diri kamu yang seadanya. dan sentiasa memimpin tangan kamu di saat jatuh bangun kamu. bukan meninggalkan kamu dengan alasan yang remeh temeh. dan ingatlah, disebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di belakangnya. for my little friend, Aina, be patient. he worthe nothing for you sayang. trust me.

and for my lovely Faka. thanks for accepting me. thanks for guiding me. thanks because you correct what's wrong with me. awak benar benar tiada gantinya. awak sentiasa dalam hati saya. selamanya. you're the last love for me. for real. I LOVE YOU..THANKS SAYANG.

cuci laptop -.-''



assalamualaikum...waalaikumsalam

HikHokk. ape daa. buat bunyi cam kuda. *kuda ke? dah takde intro lagik. actually, saya baru teringat ade cerita fanas bak Fara Fauzana! ohye, sebut Fara Fauzana baru teringat yang dia masuk hospital kerana tekanan. and syukurlah dia takde ape ape. sape pulak nak jadi DJ Hot Fm tu kan. katanya dia tension sebab FB and twitter dia kena hack dengan JARJARBINKS. siap tu? kalau tau dah lama saya tangkap dia, and kenyek kenyek dia. tu makan dia. ehem. belog kali ni bukan nak emotional pasal Fara Fauzana pon. nak cerita tentang yang sepatutnya saya cerita bulan lepas tapi tak sempat nak cerita sebab ceritanya saya buzy dengan kerja. begitulah cerita nya. tak ponnn. belum cerita lagi. merepek je kuat awok ni.

nak dijadikan cerita sebenornye, Faka on his way nak balik Pahang sebab malam tu on the spot kena balik kelantan kampung abah dia *stop to breath* bersama dengan Aida Natasha. siapa Aida? adakah Faka curang dengan kebenaran saya? heck no! Aida ialah anak saudara dia yang sulung. okay, like always dia mesti bawak balik netbook dan dengan tidak sengaja dia meletakkan netbook itu ke dalam bakul kain kotor *stop to breath, again* dalam kereta dan terus melupakannya. sehingga menjumpainya dalam mesin basuh kat rmah Uminya. what the heck? masuk mesin basuh? are you serious? no, ia bukan lawak yang dicipta oleh Sepah Maharaja Lawak.

okay, not his fault. he cried for the netbook. that's sweet enough. dia kepenatan dan tension. agak kelakau jugak insiden ni, nak nak abang Faka hantar mesej  'weh dalam mesin basuh tadi, ada laptop kau'. that part was funny. then nak termuntah sebab Faka drift KANCILnya. tak dapat bayangkan kan. kemudian, netbook itu di hantar kepada abang tersayangku, Jai. *sebab dia tolong repair je panggil abang tersayang.* dan, taktau lah ape yang terjadi kat netbook tu. and hopefully netbook tu boleh di guna semula sebab sayang woah netbook tu canteks giler. and nasib baik jugak, masih ada Asus kesayangan saya yang masih tak rosak, alhamdulillah. and there goes my money buying both laptop. satu dah jahanam. that's all. thank you for reading. toodless.

P/S: kita tak dapat melawan takdir Allah. ape yang nak jadi, akan terjadi walaupun dengan cara yang berbeza. :) muhasabah diri saje lah.

i think i wanna marry you

assalamualaikum...waalaikusalam

oh heck! taknak intro banyak banyak nanti uols boring kan. damn you Bruno Mars. apehal kau ni best sangat huh! OMG (oh mat gigi) i LOVE BRUNO MARS! nak nyanyi sikit lah. ehemm.

It's a beautiful night, we're looking for something dumb to do,
Hey baby, I think I wanna marry you. :)


oi Bruno Mars, i think i wanna marry you. Bruno Mars jawab, 'I do, tapi mana hang nak letak Dil Fakar hang?' *Bruno Mars cakap Penang?* saya jawab le 'oh yeah. Ahmad Dil Fakar, i think i wanna marry you' Faka jawabbb 'taknaaaakkk. merajuk' 'kang kang ni makan dia...' saya jawab le gitoh. *joking

P/S: memang minaaat Mr. Mars ni. :)

haters make you go POP!


assalamualaikum...waalaikumsalam.

mengambil langkah berhati hati, lepas bagi salam, saya letak terus jawab salam. takde lah tak hengat nak jawab salam nanti. kan kan. yela. syok sangat bace ape yang saya nak tules. hohoho. perasan kau eija. kang kang ni makan dia. okay okay. belog kali ni mempunyai tajuk yang agak POP macam cokelat pop tu. tapi bukan. bukan juga popstar, bukan k-pop mahupun lolipop. tapi ia tentang seorang penyanyi baru yang sangat pop sekarang, Najwa Latif. yeaa~ *baru ke? baru nak tules belog pasal dia, tapi dah lame pon dia pop gitu. :) macam biasa, saya memang ketinggalan sedikit.

Najwa Latif, nama yang sweet bagai orangnya jugak. suaranya mak aih, merdu bak buluh rotan, ops buluh rindu. kang kang kena sepak ngan Najwa baru tau. okay okay, sorry Najwa. lagu dia unik, walaupun sesetengah orang cakap lagu dia 'takleh blah' 'entah hape hape'. tapi bagi saya, lagu dia memang best. memang lirik dia agak keanak anakan. but hey, she's 16.

everyday, bukak twitter dan banyak giler komen komen yang sangat mematahkan semangat. but Najwa just thanks them for their critics. but, i'm sure, she must cry a lot. but, she's a strong girl. but! berapa banyak but daa.

nah, see how much she have to face critics from the haters. but! *but lagi* she will be popular in no time. lebih banyak haters, lebih popular dia. they have to admit yang suara dia memang best. alah haters, suara kau orang pun bukan sedap. sebab tu dengki! okay.. for Najwa Latif, you are great! so fabulously GREAT. suara awak memang best! good luck okayss. i am your fan. :)



cute kan dia ? :)
P/S: kali ni saya sketch draft. rajin pulaks :)