January 16, 2012

hello 2012

assalamualaikum...waalaikumsalam

alhamdulillah, dah masuk pun 2012. masih jugak bernyawa sehingga ke harini. :)

tinggal berapa hari je lagi, sebelum saya menamatkan zaman bujang saya ni. thehehe. tak sabar rasanya ni. :p

preparation sangat lah bagus setakat ni. semuanya agak berjalan dengan lancar. yet, mana ada perkara yang tak ada masalah. ada jugak. tapi alhamdulillah, masih dapat di selesaikan jugak. :) well, it's kinda crazy-like busy now. so, entah bila lagi lah dapat hapdet belog nehh. kena tunggu broadband lah ni. entah bila dapat. well, have to draft my wedding story. :) wait okay.

hanani hannan, thanks for reading my blog ye sayang, :)

 doakan kami okay. :) may we have a great wedding day. :) and prosperity in our marriage life.

December 22, 2011

jemput jemput

assalamualaikum

Jemput-Jemput (bagi yang membaca belog saya lah)

Ahmad Dil Fakar Bin Mat Isa & Nurfaraheeza Binti Mohd Ruslan
21 Januari 2012
Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis.


siapa tau kat mana datang lah okay. jemput hadir. thanks.

counting for the DAY :D

assalamualaikum...waalaikumsalam.

dah berabad rasa tak menghapdet belog saya. sungguh takde masa nak menghapdet belog ataupun fb. akaun twitter selalu hapdet sebab guna sms. dari celik mata di pagi hari sampai nak pejam semula tengah malam nanti pun masih jugak men-tweet segala kejadah. :)

hari ni, dapat lah nak menghapdet sedikit berita terkini. banyak yang jadi. macam macam tempat dah saya pegi. tapi al maklumlah, takde mase nak bercerita. nak cerita sekarang pun, dah lupa segala benda yang jadi tu. hari ni pun curi curi guna komputer kat pejabat mak dan menaip laju laju. ye la, kang mak halau pulak kan. dah tak sempat nak hapdet lagi. so tulis mane sempat aje ni, kalau ade yang salah eja tu, fikir lah yek ape yang saya nak tulis. :p

alhamdulillah. saya dah pun nak kahwin. bulan depan je. tinggal seminggu lagi sebelum tahun 2012 menjelang. dan menanti hari perkahwinan saya tu nanti. :) harap panjang umur hingga ke akhir hayat bersama suami nanti. amin.. dah setahun dua bulan pun kami bertunang, baru dapat melangsungkan perkahwinan kami yang dah lame gila kami tunggu ni. harap lepasni takde lah suara suara sumbang lagi. harap semua orang yang mengenali kami gembira dengan penyatuan kami ni. dan kepada yang tak suka kat kami, suka hati lah. nak buat macam mane kann. janji aku tak guna duit engkorang nak kahwin nanti. kann.

tak sabar nak tunggu majlis tu berlangsung. happy sangat rasanya. pergi mana mana orang akan cakap 'pengantin baru'. tak tau lah dorang betul betul maksudkan atau perli aje. aku peduli apee. ehemm. yang penting aku bersyukur sangat sangat akhirnya kami akan tinggal bersama selepas dekat setahun lebih berjauhan. alhamdulillah.

doakan kami okay!

rasanya sampai sini aje lah. mak dah bising suruh ambik kereta kat carwash. lepasni mungkin dah takde mase nak hapdet belog lagi. dah sibuk nak buat persiapan bagai. so, jumpa lagi tahun depan. mungkin bulan mac baru dapat hapdet belog lagi. thanks for readingg. selamat tahun baru semuanya. :) semoga dengan azam baru masing masing, hidup lebih berwawasan. peace everyone. :)




thanks for reading. from both of us FARA & FAKAwish us the best in our life. thanks again. Happy New Year everybody :D

October 21, 2011

love it when it's just a misunderstanding



assalamualaikum...waalaikumsalam

hoho.. hihi.. haha.. cam happy je hari ni. of course lah. dan menyebabkan saya menaip laju jugak.. yeah bebeh. dua tiga hari ni takdak mood sebab masalah negara. hikhok!

dua hari lepas asyik bertekak bagai dengan my lovely fiancee. kenapa? mana ada pasangan yang tak bergaduh kan. just a tiny problem dan menjadi agak besar. dan saya sangat sedih. tak percaya tengok twitter saya. hehe.

okelah nak guna aku kayy. dramatis sikit membaca nya, :)

last mesej, malam dua hari lepas. lepastu dah tak mesej.  banyak aku mesej tapi dia tak balas. pelik sangat sangat tau. esoknya sama jugak dia tak balas mesej yang aku bagi banyak banyak tu. makin pelik. lepastu dia call marahh dan tanya apa masalah aku. aku tanya lah dia semula apa masalah dia tanya aku camtu. then we yelled at each other dan fed up dengan dia. last last aku tamatkan je call dia tu tanpa ayat manis, tanpa ucapan i love you, tanpa kucupan manis bagai. haha.

lepastu, tetap sama jugak. takde mesej dari dia. dia asyik call and kami gaduhh aje kerojenya. then senyap sunyi. dah berpuluh puluh mesej aku bagi tapi takde satu pun dia balas. siapa tak marah kan. lepastu dia call pulak tanya masalah kita. lagi lah menyirap campur gula dan daun pandan.

then semalam, dia call lagi. semuanya calm sebab masing masing dah penat nak gaduh dan marah marah. then tiba tiba dia tanya, busy ke dari pagi tak balas mesej. eh eh! saya tak balas mesej?? awak yang tak balas mesej sampai dua hari tu kenapa? dua dua pelik. memang pelik. saya balas mesej dia selama ni dia dapat, dia kata la. tapi mesej dia yang banyak banyak panjang berjela tu, dia kata jugak, tak dapat rupanya.

rupanya handphone samsung mak aku tu problem daa. tapi yang pelik nya cuma nombor Faka je yang tak masuk mesej kat handphone aku tu. mak hantar mesej molek je dapat. pelik pelik. bila cek blocked number, takde pon number siapa siapa kena block. pelik ouhh!

lepastu semuanya calm down. takde lagi yelling at each other. takde lagi bahasa kasar. semuanya SMOOTH bak kulit Dato' Siti.

begitulah salah paham pun buat benda kecik jadi besar. berhentam macam perang dunia.

pengajaran : kalau ada apa apa masalah, tanya betul betul. jangan nak menjerit je keroje nya. mana nak tau masalah kan kan. 

happy ending macam fairy tale pun ada ni. haha.!


i love you always baby :)


when you love someone beyond anything



assalamualaikum...waalaikumsalam

LOVE. such a strong word. perkataan yang membawa maksud yang sangat mendalam dan bermakna. hanya orang yang benar benar menyintai dan dicintai saja yang faham apa maksud CINTA. kalau cinta monyet, monyet aje yang faham.

love connects everything. and also break everything. cinta bawak gembira, bahagia, kejayaan, senyuman, dan bawa kedukaan, kepedihan, kesedihan dan kematian. *dramatis dah ayat ni* walaupun dah termaktub si dia lah jodoh dunia akhirat anda, tak bermakna anda akan 'live happily ever after' macam cerita kartun dongeng. anda akan hadapi macam macam benda dalam hidup. dugaan mencurah tak henti henti cam air terjun Niagra. walau sekuat mana pun anda lalui demi dia, anda akan jatuh dan bangun dan terus jatuh bangun.

it is a hard thing. kalau anda rasa dah sedia nak melangkah lebih jauh demi cinta, fikir semula. bawak la bekal banyak banyak. or you'll cry every minute you walk through it. sampai satu masa, anda akan terasa penat dan putus asa dan meninggalkan cinta.

if you love em beyond anything you had, you feel like you won't live without em. macam mana dengan dia? dia kan cakap benda yang sama. saya tak boleh hidup tanpa awak sayang! tapi kenyataan, walau bagaimanapun keadaan, terpaksa atau tak, they will live without you. sama lah dengan anda. anda akan sedar bila dia jauh dari anda, anda makin kuat nak harungi dugaan semata mata untuk dia. sebab anda nak hidup untuk bersama dia satu hari nanti.


so, cintai mereka dengan seadanya. :)

October 17, 2011

Shiro Hero

assalamualaikum...waalaikumsalam

hai. today nak memperkenalkan hero terbaru saya, Shiro-san dari Kuantan. *nama cam dari Jepun, rupenye Kuantan je. hekeleeh*


inilah, Shiro. cute kan dia. abaikan katil yang berselerak itu. bukan salah saya pon katil selerak. sejak ada Shiro, tak jadi kerja. asyik belai dia aje. makan 8 kali sehari. membuang 10 kali sehari. kena sikat bulu dia yang lembut tu 3 kali sehari. mengalahkan Brad Pitt kena sikat rambut. 

well, the truth is, saya cuma baby sitter Shiro aje. huu. sedih aje mendengor nye. bukan hak milik saya sepenuhnya melainkan saya pikat tuannya. tapi tak boleh! sebab tuannya bos baru saya maa. lagipon saya nak kahwin dohh. cuma tak sedar diri je. Shiro sangat gemuk, beratnya macam baby umur 6 bulan. jangan la bayangkan baby yang kurus kurus. bayangkan yang montel sikit. macam itulah. Shiro manja dan nak perhatian untuk dia sorang je.so cute lah Shiro ni. :) sayang Shirooo. dan kerana badannya sangat gemuk, bahan pembuangan nya juga sangat besar dan banyak. bayangkan kalau paling banyak membuang, 10 kali sehari. letih lah saya.

first time tengok Shiro, saya dah terpikat dengan ke-hemsem-an dia. homaigad! Shiro sangat hemsem. cam Rain pun ade. hee. ape ape pon saya sangat sayangkan Shiro. kalau jadi hak milik kekal pon okey. itu saje. bai.

BIASA, TAK BIASA



assalamualaikum...waalaikumsalam

itulah biasanya. kenalah bagi salam. dan macam biasa kena jawab salam. kan. kan. tak jawab salam nanti kena lempang dengan koala dari Langkawi. ade ke koala kat Langkawi? :)

yang biasa : orang bagi salam baru lah kite jawab salam.
yang tak biasa : orang takde bagi salam tapi kite jawab salam. -.-""
> agak tak biasa jumpa bila orang belum lagi bagi salam, kite dah jawab salam dulu. special case. sebab bagi salam itu sunnat dan jawab salam itu wajib! bila dah wajib, itulah kena buat dulu. diorang rase camtu lah kan. jangan cakap saya sesat pulak! dan benda ni biasa orang buat nak perli kawan sebab tak bagi salam bila menyampuk. pengajaran yang baik..


yang biasa : perempuan yang bawah lengannya bersih dan licin. parut parut tu perkara biasa.
yang tak biasa : bawah ketihak nye umpama hutan simpan khatulistiwa. apeke?
> kes serius ni. kena pergi kaunseling kat spa selama sebulan berturut turut. nak bagi kesedaran yang kebersihan itu penting. suami tengok pon tak slera bila tengok bulu ketihak terjulur celah baju. eww. mimpi ngeri. dah boleh buat span basuh pinggan ke hape.


yang biasa : mat dan minah rempit.
yang tak biase : nyah merempit.
> kelakar je rasa kalau nyah merempit. dah mekap tebal tebal dan pakai heels gaya Lady Gagak, naik motor ala ala mat rempit. aissh.. kalau dia yang bonceng takpe lah. ini dia yang bawak motor mengalahkan Alex Yong. *rase nye Alex Yong bukan race motor.* kalau dia yang bonceng pon dah lebih kurang macam hantu bonceng. cuma Juliana Evans lebih lawoo. wootwoot. :)


yang biasa : perempuan takut lipas atau katak atau sewaktu dengannya. lelaki datang mengalahkan hero menyelamat mangsa.
yang tak biasa : lelaki yang takut, perempuan jadi hero. apeke?
> actually banyak macam ni, cuma tak biasa tengok. sebab si lelaki HARUS menjaga ke-macho-an ye. kan. kann. tapi bila datang makhluk Allah yang cute keluar dari tempat persembunyiannya, hilang terus macho tinggal la hancur.

last sekali bila dah kekeringan idea bak padang pasir yang panas.

yang biasa : manusia pakai helmet
yang tak biasa : ikan pakai helmet
> mengarut lagi melalut dan mencarut dah saya ini. mane ade ikan pakai helmet. memang lah tak biasa tengok. dush dush! tumbuk kau eija. hamster pakai helmet ade lah. alolololo. cute nyee lah. rasa nak cubit cubit, geletek geletek, picit picit, lenyek lenyek, siku siku, tumbuk tumbuk, pijak pijak. okay too much of babling. enjoy my stupid writings.. toodles everyone.

p/s : nak cuba menjadi mengarut tapi best tapi hampeh lagi sampah yang dapat. apeke??

October 14, 2011

my friend, he worth nothing for you


assalamualaikum..waalaikumsalam

khabar apakah harini? woho. cakap ibankah saya harini bersama anak Pak Husin ngokngek? no no.. tidak cakap iban dan tiada anak sesaper mahupun anak Pak Husin ngokngek yang tinggal dekat simpang tiga kat Simpang Renggam. maaf kerana mengarut lagi setiap kali intro.

harini nak cerita pasal apa yang saya rasa tentang lelaki yang saya tengok dalam drama dan dalam dunia realiti *taking a deep breath dan menambahkan cc dalam percakapan* yang sentiasa menganiaya wanita yang telah bersama mengharungi segala rintangan selama bertahun tahun dan meninggalkannya tergantung tanpa tali. *tergantung tanpa tali? woahh magic tu*

dalam tv, saya selalu sangat tengok cerita tentang lelaki yang tak berapa hensem and ade awek yang cun. mungkin rezeki dia. bila jumpa perempuan lain, yang lebih bagus dari awek dia, dia mesti tinggalkan yang lama untuk yang baru. padahal tak hemsem pong. apekejadah! tak faham sebab tak tengok sangat tv sekarang. forget about the story, yang menjadi kemarahan saya sekarang tentang realiti. kenapa buat benda camtu pada orang yang telah bersama anda bertahun tahun lamanya.

ape kejadahnya wahai lelaki? apa yang kamu nak? bila dah ada yang terbaru untuk kamu, yang menyayangi kamu seadanya walaupun muka cam permukaan bulan, yang terima segala kekurangan kamu dengan hati yang terbuka, yang sentiasa memegang tangan kamu semasa susah dan senang, kamu tinggalkan jugak. padahal dah bertahun lamanya kamu bersama, sayang menyayang cinta dikenang, baru sekarang kamu nak tinggalkan.dengan alasan yang berbagai bagai yang kadang kadang tak dapat diterima otak.

ape kejadah ni lelaki? *dah mula emotional* kenapa lepas habis madu, sepah dibuang? jangan buang merata rata nanti majlis pembandaran marah baru tau. *apekah?* ehemm. fahamlah wahai lelaki. apa tanggungjawab lelaki? bukankah membimbing perempuan? bukankah membetulkan ape yang salah? bukan meninggalkan perempuan dalam keadaan terkontang kanting dengan alasan bagai.

wahai perempuan.. kumbang bukan seekor. mungkin yang kamu cari tu kumbang tahi. dulu kamu taktau ape kerja dia. sekarang dah tau. tak perlulah kamu terlalu sedih. i know it's hard for you to face it. tapi kamu juga tak perlukan orang macam dia. jika dia benar benar ikhlas, dia akan menerima kamu dengan diri kamu yang seadanya. dan sentiasa memimpin tangan kamu di saat jatuh bangun kamu. bukan meninggalkan kamu dengan alasan yang remeh temeh. dan ingatlah, disebalik kejayaan seorang lelaki, ada seorang wanita di belakangnya. for my little friend, Aina, be patient. he worthe nothing for you sayang. trust me.

and for my lovely Faka. thanks for accepting me. thanks for guiding me. thanks because you correct what's wrong with me. awak benar benar tiada gantinya. awak sentiasa dalam hati saya. selamanya. you're the last love for me. for real. I LOVE YOU..THANKS SAYANG.