April 22, 2010

a fun and exhausting day


ehemm. 20 april 2010. hari yang sangat menarik, mendebarkan, gila gila, letih and and very happy. banyak al kisah al kisah yang terjadi. oh ye, i forgot nak bagitau yang i pergi Kuala Lumpur. on certain reasons -- faka interview, cari baju nak pakai masa kahwin mohamad hadafi dan nor marlisa nanti, and nak cari kasut futsal. baca je la al kisah al kisah kat bawah ni.

- al kisah kena bangun awal pagi.
bayangkan la, pukul 4 pagi dah kena bangun tido. malam tu dah la tido lewat. bengkak mata pagi tu. *first time bangun pukul 4 pagi sebab ada hal*. pukul 4.30 kitorang dah gerak pegi Kuala Lumpur. wee! saya tak tido pon dalam kereta. sebab takot faka sunyi and tetido jugak masa drive. nanti tak pasal pasal lepas dalam semak. :) tapi ada jugak telelap sikit sikit. sampai mamai and telebih bagi duit kat pekerja tol -- padahal tol rm 5 je. ;p tapi alhamdulillah, kitorang sampai kat Uniten, awal setengah jam before interview start.

- al kisah nervous moments.
saya tak nervous, faka yang nervous. 9 kali pergi tandas. haha! imagine la betapa nervous nya dia. cam cite seniman bujang lapok pulak -- hei hang jebat! hehe. first stop nak pegi toilet, kat tandas masjid Raub. tandas tu ada dua choice -- satu, tandas yang ada lock tapi ada dua lubang besar pada pintu. dua, takde lock tapi pintu oke and ada baldi. takkan la nak pilih yang belubang. hehe. malu la orang tengok nanti. other 8 stops, tak payah cite la. then kitorang sampai la kat Uniten -- selepas mengharungi pagi yang sesak. nasib baik la tak berhenti tido dulu. faka pulak, tak habis habis dengan sakit perut. tapi taknak pegi toilet dia kata. so, tahan je la. takkan nak sapu minyak angin kot. orang lain pegi interview bau perfume, faka pegi interview pakai minyak cap kapak! oke oke! dah sampai kat sana, faka kena tunggu lagi dua jam, before dia masuk bilik untuk di interview. and and me, yang kena tunggu kat luar selama dua jam, dah kebas bontot. and perut dah berapa kali bezikir mintak nasi. lepas je keluar dari pintu lobi, faka sengih sengih. ingatkan ape, rupanya sakit perut dah hilang. uhh! :p


- al kisah monorel.
lepas je siap interview, kitorang pegi isi perot dulu. kat Kampung Baru. ahh! kenyang gilak! then kitorang pon get our way to the Time Square yang petak tu -- naik monorel. ramai jugak yang naik monorel masa tu. bau pon wangi je lagi. angkat tangan lame lame pon wangi jugak. bila dah petang, pergh! memang kaw la bau nye. hehe. temasuk la saya! ahh. petang petang lagi penuh orang dalam monorel. lagi kuat bau nye.

- al kisah mencari ;
1. Bulat - bulat ni kawan faka. dia dah janji nak jumpa kitorang kat time square yang petak tu. tapi tempat tu bukan nye kecik cam kotak tv. bulat cakap dia kat tingkat 3, so kitorang pusing pusing la cari dia. tapi tak jumpa jumpa. last last kitorang mesej je bulat. suruh cari kitorang pulak. baru la jumpa. *saya and faka tak reti cari orang. cari baju reti la. :p*

2. mencari baju faka - dah jumpa bulat, nak cari baju pulak. pening nak cari baju yang faka bekenan. nak nak pulak warna oren. memang banyak warna oren, tapi dia nak pulak yang sama warna dengan baju kurung saya. mane la aku ingat warna camne faka weyh! dari Time Square, pegi Sungei Wang, lepas tu pegi BB Plaza pulak. bayangkan kitorang bejalan dari Imbi ke Bukit Bintang. letih weyh! tapi tak beli jugak baju. saje mengada je. apaapa pun, happy dapat jalan ngan faka. :p

3. mencari F.O.S kat Sungei Wang and al Ikhsan kat BB Plaza - ha! yang ni memang penat gile gile. puas pusing dalam sungei wang plaza tu, tak jumpa jumpa F.O.S! dah la mengantuk. rasa nak tido mase jalan je. bila dah jumpa, taknak beli pulak. pastu nak pegi BB plaza pulak. nak mencari kat mane BB plaza tu dah satu hal. nak cari al ikhsan lagi la payah nye. dah jumpa, berjam jam pulak nak tunggu mamat dua orang ni pilih kasut. tido dulu pon sempat rasenye. lepas tu, kitorang pegi balik ke Time Square. so exhausting!


ahh! memang penat and best! then kitorang pon balik ke Titiwangsa nak ambik kereta. bulat balik dengan kitorang, tapi kena hantar dia kat Sentul dulu, ambik motor. pastu ikot dia pegi batu caves -- rumah dia, nak park motor and ambik baju. then pegi sri gombak pulak nak beli pizza. then kitorang mencekik dalam kereta. hehe. then, saya pon banyak kali la tetido dalam kereta. faka borak dengan bulat pulak. sampai bentong, tejumpa la lori ni. keluar simpang, and tayar kanan kat belakang ada api. kitorang yang lebih panik. pemandu lori tu rilek je, cam dah biase tayar keluar api. saya pon tido semula sampai la kat Lipis. the end! :)

note : takde pict pon. sebab fon masing masing rosak. pakai fon takde camera je. ;(

No comments:

Post a Comment