assalamualaikum.... waalaikumsalam
ehem... satu hari, saya berjalan ke tandas di bawah pejabat saya. sedang saya berjalan, saya nampak ladybug di suis lampu. saya biarkanlah. selepas siap e'ek, saya tutup lampu tandas, tengok tengok ladybug dah takde.
kemudian saya ke tangga pulak. nak naik tangga lah nak masuk pejabat semula. ladybug itu dekat tangga dan saya terpijak dia. 'adoi!' dia jerit. saya sangat terkejut. lepastu saya bawak dia naik atas dan rawat dia. saya kan PC. kemudian rakan pejabat saya, Aizudin membuat muka pelik. 'mengapa' dia bertanya ayat skema. saya cuma sengih macam kambing. kemudian dua orang rakan pejabat saya Kak Wani dan Kak Dila menjerit jerit ketakutan melihat ladybug itu. Aizudin bertanya kepada mereka, 'mengapa' mereka menjawab 'saje je'. saya terus menyapu ubat di kaki ladybug itu dan mengurutnya lembut lembut. takut patah.
setelah siap mengurut, ladybug itu mintak air kotak bunga kekwa. dahaga katanya. saya kata 'takde. bunga kat cameron dah pupus.' ladybug itu kecewa dan mengucapkan terima kasih kepada saya dengan selamba. dia memandang Aizudin, Kak dila dan Kak Wani yang berada di penjuru yang kelihatan ketakutan. bos saya, Cik Khairi yang baru masuk pejabat memandang ladybug itu yang memandang Aizudin, Kak Wani dan Kak Dila di penjuru. saya juga memandang mereka. Cik Khairi marah dan bengang sehingga menjadi merah telinganya. dan terus memenyek-menyek, memukul-mukul, menggigit-gigit dan membakar ladybug itu. ladybug itu menjadi tenat dan terbang sepantas kilat. selepas itu, semua bersorak gembira. tak tau kenapa. pejabat menjadi aman damai dan makmur.
ladybug bertukar menjadi biskut. :p
p/s : cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. just a pile of crap. :) rekaan dari kebosanan tahap melampau. hanya untuk bergelak ketawa sahaja. sekian terima kasih. :)
No comments:
Post a Comment