July 28, 2011

majlis penyampaian sijil ILSAS

assalamualaikum...waalaikumsalam

panjang je tittle nye. haha. orang ilsas cakap dorang tak panggil majlis konvo. dorang panggil majlis penyampaian sijil ILSAS. :)

tamatlah sudah pembelajaran faka. dah mula alam kerja sejak 18 April lagi kat muar, johor. so, ade lah majlis konvo untuk pelajar pelajar ILSAS. :) faka salah sorangnye. ahai.!

kami bertolak dari lipis pukul 1tnga hari 6 julai tu. dah deal ngan uncle razman nak tidur rumah dia. so, kami gerak lah lepas ambik baju melayu and makan tengah hari. kalut jugak, sebab pendaftaran pukul 2.30. raptai pukul 3. kami sampai pukul 4 sebab jln jem sangat. sampai kat sane saya tunggu kat luar dulu. taktau macammane raptai tu berlangsung. entah family boleh masuk ke tak. lepastu faka suruh masuk. saya cuma berdiri kat pintu aje. lepastu nampak tempat kosong kat belakang, ape lagi. duduk lah.

lepas habis event, kami makan petang kat tepi ilsas. gerai tepi jalan je. sedap gile mee sup dia. sampai sekarang rasa nak makan lagi. huhu. makan goreng pisang and cendawan goreng. lepas siap makan, kami ke putrajaya jap. pegi alamanda jalan jalan. kejap je. gurau gurau kat dalam alamanda tu. duduk kat air pancut. takde gmbr sebab handphone dalam kereta masa tu. spoil gile. then, beli pretzel ngan air apple. MAHAL! tapi nasib baik sedap. then makan kat tepi kereta. nasib baik tergerak hati nak makan kat tepi kereta. ade pulak trafik datang nak saman. cepat cepat lah kami berlari naik kereta. suke aje pegawai tu. kami pon bergerak lah ke bandar putra mahkota, ke rumah uncle razman.

taktau rumah dia katne, lepas sampai tol bandar putra mahkota, kami tunggu kat tepi tandas. masa tu pasang lagu grenade. saya pon buat perangai gile. haha. tergedik gedik menari dalam kereta. sambil picit picit leher faka sampai geli. punye lah marah dia. such a great time. fun! then uncle razman pon sampai. jauh jugak nak ke rumah dia.

kami mandi kejap, duduk borak borak, kami pergi nilai. perjalanan dari rumah uncle ke nilai 15minit aje. kami lepak mcD kat sane sambil buka FB. malam tu saya dapat makan doublecheese burger. setelah sekian lame tak makan, dapat jugak makan. faka makan GCB. best jugak.. lepastu kami balik rumah nak tidur lah pulak

esoknya, bangun pagi lah. segan bangun lambat kat rumah orang. uncle razman dah kalut kalut nak pergi kerja. aku buat muke sposen tepi pintu. mandi and siap siap nak ke Uniten. baju melayu putih yang faka pakai tu sepatutnye baju akad nikah kami. sedih betul lah rasanya. terkilan sangat rasa. tapi terpaksa, nak buat camne. off we went to uniten lepas siap siap. salam dengan nenek. baik sangat nenek tu. banyak cerita best best.

sampai Uniten, terasa lapar. alang alang makan tengahhari terus kat cafe uniten tu. nasib baik sedap. :) lepastu masuk dewan tengok faka ambil sijil. terasa lapar. makan lagi kat gerai mee sup and goreng pisang semalam. then teros ke The Mines! tukar baju kat sane. jalan jalan sikit. pusing pusing tengok ikan, tengok phone ony, tengok baju. cume takde duit nak membeli belah. :) sabar sabar. puasa dah dekat. dah boleh shopping nanti. :)
my handsome boy. aha. *tak puas hati dia dah pakai baju melayu ni. -.-"

lepas ambil sijil kat dewan. ni je gambar kami. :)

orang lain dapat sijil, orang lain yang beria bergambar dengan sijil. haha.

kat the mines. kat tengah tengah, tepi tasik, atas jeti. ahah!

pukul 8 kami bertolak balik ke lipis. penat tapi seronok sangat rasanya,. :) jarang jarang dapat peluang berjalan jauh jauh direct camtu. :) lepastu kami habiskan masa kat rumah.. rase cam boring je bile tak pergi jalan. haha.

No comments:

Post a Comment