August 5, 2011

puasa oh puasa !

assalamualaikum..waalaikumsalam

sangat bosan duk kat office sorang sorang. yang lain ambil kesempatan cuti. mentang mentang saya yang pegang kunci office kan. so.. saya sorang dan office ni saya yang punya.

hari ni hari ke 4 puasa. alhamdulillah belum batal lagi. huhu. bila puasa ni semangat lah nak raya. dalam kepala macam macam baju raya nak beli. hahaha. puasa pon belum cukup nak beli baju raya dah. huhu.

bulan ramadhan ni lagi banyak dugaan datang walaupun rezeki bulan puase ni lebih murah. kan. dan dugaan terbaru, wedding i kena postpone lahh! so many problems come. it's the best we can do right now. huu. tuhan maha mengetahui kan. Dia lebih tahu ape yang terjadi. harap semuanya berjalan dengan lancar.

ape nak cerita daa. takde idea langsung. huh!

nak cerita pasal raya, takde plan ape ape untuk raya. belum plan. cerita tentang puasa lah kan. huhu. yang best bila puasa ni, bazar nye. kan kan. syok ouh gi bazar. makin lame dok kat bazar makin beria perot menyanyi. haha. biase lah.. seharian tak makan kan. tapi tak boleh nak ucap lapar tu kerap sangat kan. huhu.

bila dok kat bazar, mula lah rambang mata. kuih pulak macam macam warna. nampak sedap sedap. tengok tepung gomak, perghh. meleleh air liur. bila beli, terkena tepung gomak keras. hah! tengok lauk pulak, lagi lah nak terkam kan. kari nye, ayam merah nye, gulai lemak lagi, percik pulak. perghh!! beli sampai 10 jenis lauk. padahal makan 3orang je. tak habis pulak lauk tu.

typical humans with normal attitude bila puasa ni. same lah jugak dengan saya, mujur je duet belum withdraw, kalau tak satu pasar beli. haha. eh eh. pastu tengok pulak budak yang dua or tiga tahun beli air dalam cawan. sejuuk je terasa kat tekak tengok budak tu minum. nak nak air bunga kekwa. haha. pengalaman semua ni. kalau tak manakan nak cerita kat blog.

bile tibe dekat dekat waktu berbuka, beria dah letak lauk dalam pinggan. penuh pinggan. padahal azan 10 minit lagi. haha. nak nak kalau budak yang baru belajar puasa. camtu lah. ade pulak yang dah tak sabar, terminum sikit air. mujur tak telan je. huhu. bile azan, terkam air cam rimau dahaga. bila habis segelas air, termenung tengok pinggan. terasa banyak pulak. bila kurang kan sikit nasi tu, terasa sikit pulak. tapi tak habis jugak makan nasi. membazir.

makan berbuka dah kenyang. nak menghadap pulak kuih yang cantek berwarna warni tu. petang tadi cam orang tamak membeli, 10 jenis kuih kau bawak balik. last last tak makan jugak. konon letak dalam peti nak makan esok. esoknye pegi bazar, benda same berulang. lepastu simpan lagi kuih dalam peti. lame lame peti pon penuh dengan kuih. haha.

bukan nak mengata orang, tapi kongsi kongsi. betulkan perangai kita camni? saya pon same. kadang kadang je rasa lapar. kalau penat sangat puasa, nak nak kalau tak sahur, lagi lah gile tengok lauk macam macam.

satu yang saya ingat abah pesan masa saya kecik lagi, berhenti sebelum kenyang. tapi tengok abah sekarang same je cam anak anak dia. bedal selagi muat. haha. :)

nota kaki : saya menulis sambil menelan air liur sebab teringat lauk kat bazar. huhu. :)

 beli beli. banyak lagi tu kuih yang tak di beli. huhu
 muke muke yang berpuasa *entah ye ke tidak puase

kalau dapat ni, perghh memang best lah kan kan.

August 4, 2011

when it's getting too excited for hope

assalamualaikum...waalaikumsalam

lame tak online. makin lame makin malas. nak main game kat fb pon malas. cuma on fb and update status dengan ayat ayat merepek lagi merapu. dan hari ini, saya mula menaip di belog saya. dengan muka yang masam dan hati yang sakit! sambil tengok cerita Spooky House yang tak berapa nak spooky tu.

kekecewaan saya semakin teruk. dah tak semangat lagi nak hadapi aktibiti harian ni. hadoih~ murahkanlah rezeki ku Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.


dan, dari apa yang saya lalui selama ini, saya yakin saya semakin matang dan independant! yes babe! insyaallah saya juga akan semakin tabah dan kuat walaupun takde semangat sangat, untuk menghadapi setiap hari yang mendatang. wahaha. yeay for me. -..-''' huhh..

and lessons to remember, don't give hope to much. what you hope won't be real like you want it. either you'll cheer for it or you'll cry and disapointed one day.  trust me. i've experienced it lots of time. -oo-"

July 28, 2011

lambat membawa maut!

assalamualaikum...waalaikumsalam

saya sangat sedih dan badmood hari ini. ikan laga saya dah mati! kesian dia. gara gara saya lambat bagi makan, dia mati. sedih nye. saya sayang sangat ikan tu. tapi dah mati nak buat camne. ekor dia dah nak tukar wanrna merah. sirip bawah dia pon. tapi terlambat beli makanan dia and lambat bagi makan, dia dah mati dulu. ahh! sedeh nye saya. :'(

majlis penyampaian sijil ILSAS

assalamualaikum...waalaikumsalam

panjang je tittle nye. haha. orang ilsas cakap dorang tak panggil majlis konvo. dorang panggil majlis penyampaian sijil ILSAS. :)

tamatlah sudah pembelajaran faka. dah mula alam kerja sejak 18 April lagi kat muar, johor. so, ade lah majlis konvo untuk pelajar pelajar ILSAS. :) faka salah sorangnye. ahai.!

kami bertolak dari lipis pukul 1tnga hari 6 julai tu. dah deal ngan uncle razman nak tidur rumah dia. so, kami gerak lah lepas ambik baju melayu and makan tengah hari. kalut jugak, sebab pendaftaran pukul 2.30. raptai pukul 3. kami sampai pukul 4 sebab jln jem sangat. sampai kat sane saya tunggu kat luar dulu. taktau macammane raptai tu berlangsung. entah family boleh masuk ke tak. lepastu faka suruh masuk. saya cuma berdiri kat pintu aje. lepastu nampak tempat kosong kat belakang, ape lagi. duduk lah.

lepas habis event, kami makan petang kat tepi ilsas. gerai tepi jalan je. sedap gile mee sup dia. sampai sekarang rasa nak makan lagi. huhu. makan goreng pisang and cendawan goreng. lepas siap makan, kami ke putrajaya jap. pegi alamanda jalan jalan. kejap je. gurau gurau kat dalam alamanda tu. duduk kat air pancut. takde gmbr sebab handphone dalam kereta masa tu. spoil gile. then, beli pretzel ngan air apple. MAHAL! tapi nasib baik sedap. then makan kat tepi kereta. nasib baik tergerak hati nak makan kat tepi kereta. ade pulak trafik datang nak saman. cepat cepat lah kami berlari naik kereta. suke aje pegawai tu. kami pon bergerak lah ke bandar putra mahkota, ke rumah uncle razman.

taktau rumah dia katne, lepas sampai tol bandar putra mahkota, kami tunggu kat tepi tandas. masa tu pasang lagu grenade. saya pon buat perangai gile. haha. tergedik gedik menari dalam kereta. sambil picit picit leher faka sampai geli. punye lah marah dia. such a great time. fun! then uncle razman pon sampai. jauh jugak nak ke rumah dia.

kami mandi kejap, duduk borak borak, kami pergi nilai. perjalanan dari rumah uncle ke nilai 15minit aje. kami lepak mcD kat sane sambil buka FB. malam tu saya dapat makan doublecheese burger. setelah sekian lame tak makan, dapat jugak makan. faka makan GCB. best jugak.. lepastu kami balik rumah nak tidur lah pulak

esoknya, bangun pagi lah. segan bangun lambat kat rumah orang. uncle razman dah kalut kalut nak pergi kerja. aku buat muke sposen tepi pintu. mandi and siap siap nak ke Uniten. baju melayu putih yang faka pakai tu sepatutnye baju akad nikah kami. sedih betul lah rasanya. terkilan sangat rasa. tapi terpaksa, nak buat camne. off we went to uniten lepas siap siap. salam dengan nenek. baik sangat nenek tu. banyak cerita best best.

sampai Uniten, terasa lapar. alang alang makan tengahhari terus kat cafe uniten tu. nasib baik sedap. :) lepastu masuk dewan tengok faka ambil sijil. terasa lapar. makan lagi kat gerai mee sup and goreng pisang semalam. then teros ke The Mines! tukar baju kat sane. jalan jalan sikit. pusing pusing tengok ikan, tengok phone ony, tengok baju. cume takde duit nak membeli belah. :) sabar sabar. puasa dah dekat. dah boleh shopping nanti. :)
my handsome boy. aha. *tak puas hati dia dah pakai baju melayu ni. -.-"

lepas ambil sijil kat dewan. ni je gambar kami. :)

orang lain dapat sijil, orang lain yang beria bergambar dengan sijil. haha.

kat the mines. kat tengah tengah, tepi tasik, atas jeti. ahah!

pukul 8 kami bertolak balik ke lipis. penat tapi seronok sangat rasanya,. :) jarang jarang dapat peluang berjalan jauh jauh direct camtu. :) lepastu kami habiskan masa kat rumah.. rase cam boring je bile tak pergi jalan. haha.

chilling at cameron #2

assalamualaikum...waalaikumsalam.

ade lagi cerita pasal jalan jalan kan. haa. nampak sangat kaki jalan kami ni. haha.

lepas balik dari penang, kami rehat satu hari and ke cameron pulak hari isnin tu. nak settle hal pertukaran Ahmad Dil Fakar ni. pagi pagi dah kena kejot. siap bawak bekal nasi goreng umi agi. lepastu kami pon gerak ke cameron. puas cari TNB sane. tak jumpe jumpe. puas tanya orang baru jumpa. then, pegi makan kat marry brown. dah lame tak makan marry brown. jumpa pulak orang kampung kerja kat situ. lepastu kami jalan jalan kat tanah rata. pegi kebun kaktus. cantek sangat
cover cute muke sayang ku ni. :)


rase cam cantek aje. haha. (^^)v



posing maut neh. haha.

 

then, then, then, beli sayur la. banyak gile. haha. :) behenti kat nurseri besar tepi jalan. taktau ape name nurseri tu. tak ingat pulak. takde gambar sebab sibuk sangat membeli belah untuk dua family. mase membeli tu sempat lagi buat perancangan rumah tangga kalau duduk kat cameron. haha. hari hari makan sayur aje lah kalau sayur murah camni. :)

lepastu, lepak tepi bukit kat Bharat Tea and Plantations. sejukk aje rasenye. :) bergambar kejap. lepastu balik lah. walaupun rase cam awal lagi tapi dah takde benda nak buat kat atas sane.
adoring the tea tree's. haha. padahal merajuk. :p

tak nampak sangat pemandangan kat sane. :) nampak kami cukup lah.

lepastu sempat lagi bergambar kat tepi jalan. dalam kereta pon same. :)


sempat je bermesra-mesraan. :)



gambar gelap. spoil betulll.

pakai topi sebab serabot rambot terbang. getah rambot tah kemane mane. kalau nak tau, baju couple yang ni la kami beli kat penang. cun kan baju ni? dari harga rm50 kami dpt rm20 je. :)

wordless dah. tengok gmbar je lah. yang penting, i had fun with my sayang. and really really miss him much. sumpah. cuma dia je yang pandai buat saya happy sehappy happynye. harap bulan oktober sampai cepat. :)

pening penang!!

assalamualaikum...waalaikusalam

hari yang indah untuk menulis blog banyak banyak. terima kasih kerana sudi membaca..

30 jun 2011

semalam baru sampai dari muar, malam ni nak bertolak ke penang pulaks. aish! kuat sungguh melancong. saya, faka, ibu dan bapa mertua ku yang tersayang akan ke penang sempena perkahwinan rakan kami Azrul Abdul Aziz. kahwin dah kau ye Lu.

the trip starts at 10.30pm 30 june. sampai kat penang 5.30am 1 julai. memang satu perjalanan yang lameee sangat. pukul 12.30mlm sampai kat cameron. it's freezing up there. bercakap pon keluar kabus. kebetulan hujan pulak. pergghhh. sampai kat penang, berhenti sembahyang dulu kat masjid seberang jaya. then bergerak ke medan selera ape tah namenye. lupe. macam macam kami makan. murtabak, mee goreng, serabai, nasi lemak. memang kenyang. lepastu, driver bus bawak gi jalan kat bukit bendera. sejuk jugak kat sane. best... naik tren yang laju gile. gayat eden. jalan kat atas kejap je. sebab ni kan rombongan kawen. cik kiah pon dok kalut sangat nak turun. tak bagi peluang langsung.



atas bukit bendera. penat je naik. dahla rm8 sorang. makcik kiah cepat cepat nak turun. baik takyah naik.

lepastu, kami ke pasar ayer hitam, penang. bukan johor oke. peniaga cina kat sane sangat pelik. freak! tak pernah lagi saya ke pasar kat mane mane tempat, yang paksa customer beli barang. kat sini, memang dia pakse customer. harga rm40 boleh dapat rm8 semata mata nak paksa orang tu beli baju. dahsyat!! takut saya. so, kami beli sepasang baju couple and satu helai baju adidas kat faka. nak beli sepasang baju senaman yang shorts and singlet tu tapi tak sempat pulak. so next time lah kot. abah faka pulak, penuh tangan kiri kanan kena paksa kat cina tu.

then kami ke pusat jeruk kat penang tu. kami tak turun dah. penat dah nak jalan. perut pun lapar sangat rasa. so kami tunggu aje dalam bus. baju pon tak tukar.



bergambar dlm bus sebab boring tunggu orang beli jeruk. hehe

lepastu terus je ke majlis kahwin Lu. makanan memang best. paling best penah saya jumpa kat mane mane majlis kahwin. nasi hujan panas, ayam merah, rendang daging tu semua common je. yang uncommon nye kambing bakar. then yang rare nye air sarsi and tauhu bakar. gift pulak cupcakes and chocolate. hah! pelamin cantek pulak. perghh.. memang adore sangat. and the location of the wedding is...........USM. my dream University. tapi tak kesampaian pon. sebab habis spm je dah malas nak belajar. fikir nak kawen je. haha.

then tengok silat kedah jap. bahaya gile silat ni. bukan main main punya silat. memang fight real punye. sampai patah tangan sorang. cantek lah!! takut gile. pengantin pon takut. haha. then, tak sempat nak bergambar dengan pengantin, kami terpaksa gerak. sebab taknak sampai lewat nanti.uncle bas tu nak balik awal.



pukul 6.30 sampai kat cameron. sempat makan roti kat kedai mamak. then beli jagung bakar. memang best jagung bakar cameron. nak nak time hujan. perghh! lepastu kami pon bertolak balik. sampai lipis pukul 10.30. sebab penat sangat, aku tidur rumah faka je. the end. :)

kepada lu dan pasangannya, selamat pengantin baru lah ye. semoga kekal hingga akhir hayat. :)

nampak tak katne saya? :)

run away trip?

assalamualaikum...waalaikumsalam.

dah berminggu minggu lamenye saya tak meng-online-kan diri kat blogger ni. so memang banyak sangat cerita yang nak di-story- kan.

26 jun 2011,
pagi pagi dah bangun, kemas rumah, beli makanan ikan. beg dah siap kemas malam semalam lagi. dah bincang dengan kak wany, isteri bos, ambil saya pukul 12. tiket kereta api dah beli, gerak pukul 12.30 tengah hari. saya nak ke segamat, Johor. faka tak balik minggu ni, so saya nak ke sane. rindu sangat kat dia. dia tak tau saya nak ke sane. family saya pon tak tau jugak. bahaya tak? haha. demi cintaku padamu. cewwaaahh!

so, naik kereta api, and off i went to Johor. perjalanan sangat jauh bile naik kereta api walaupon same lame je kalau naik kereta. 6 jam jugak. tapi bile naek kereta api, rase bosan yang amat. nak tidur, dah telebih tidur dah. lagu pon sampai habis dengar. ulang balik lagu yang same. haaaa~

sampai kat mentakab, faka call tanya kat mana. so saya cakap lah dalam kereta api. punye lah dia marah. haha. dia suruh balik lipis semula. saya taknak. dah beli tiket mahal mahal nak suruh patah balik. dia bising bising. tapi saya wat taktau aje. sampai gemas, N9 mak call tanya kat mana. saya cakap temerloh. bukan niat nak tipu. tapi kalau mak tau, mak pon mesti marah and cakap saya n gila. terpaksa lah tipu kan. nasib baik masa kat gemas tu kereta api behenti kejap. saya pun turun beli roti. perjalanan jauh tapi duit ade rm20 je dalam poket. bile fikir balik, memang kerja gila.

sampai kat segamat, rasa happy gile. tesengih sengih turun kat stesen. dengan beg berat lg. tapi tak kisah pon semua tu. hati happy. cukup le kan. dekat sejam jugak tunggu faka samapai. lamee. sampai lengang stesen kereta api, baru faka sampai. sebelum tu, kena ceramah dulu kaw kaw. sampai nangis. tapi saya tau dia pon happy. huhu. saya lagi happy.

then, datang pulak problem "nak tido mane".. -.-" menyusahkan pulak rasanya. dah datang tapi takde tempat tido. so merempatlah saya malam tu nampaknye. lepas kena ceramah, kami gi makan kat jambatan. lapar nye saya, tak boleh cakap. memang lapar. sebelum naik kereta api makan megi 2 suap. lepastu taknak makan dah. nervous lebih.. haha.

esoknya, faka carikan tempat tidur. terpaksa tumpang rumah technician dia, Kak Siti Rohana. baik sangat orangnya. tak berkira langsung. 4 hari tumpang rumah dia. terpaksa lah kan. dah tu nak tidur katne. tapi, mase aku kat sane, aku happy walaupun terasa susah payah terpaksa tumpang rumah orang, kereta faka rosak, terpaksa naik motor pinjam. banyak lah. tapi rasa happy sebab ade dengan faka masa dia betul betul perlukan saya. :)

tapi lepas ni dah tak boleh buat lagi. nanti kena marah.. haha. :)

fun together. dah tak kisah pasal susah payah. :) i love you sayang.

kerunsingan yang runsingg.

assalamualaikum...waalaikumsalam.

dah lame beno ye, saya tak mengarang cerita untuk blog saya. sebelum nak cerita tentang konvo, penang and cameron, ade satu benda yang nak dikarang.

yesterday, saya ke cafe dekat dengan tasik. nak online sebab faka nak YM ngan saya. buka YM, then saw my dearest friend, Luqman Al-Hakim, online jugak YM nye. we chat for a while, sementara tunggu faka on dia punya FB and YM. we chat like we talk, the same joke, the same topics. always. sekarabf ada topik baru, MARINE COLLEGE. dah gi blajar rupenye kawan saya neh.

then, the thing is, saya sangat runsing. even now, i'm still thinking. ape yang ade dalam hati dia? he seem strange. and i felt strange too. tak penah dia terlalu beria kat aku camtu. yeah, we are only friends. best friends. and it's weird that he keeps adore me. keep saying such nice words to me. selalunye, ape yang kami cakapkan, kasar, kesat. gurau pon ganas ganas.

ini lah perkara yang sangat merunsingkan saya, saya tak tau ape ade dalam hati dia. even now i'm still thinking. and impossible for me to find the answer for my questions. ah! he keeps me asking why? what? when? how? what he feels for me? why now? what am i going to do? when he starts to feel nice towards me? really keep me going upside down....

kalau lah line wifi kat cafe semalam elok. aku dah tunjuk ape yang dia sketch untuk aku kat ym. :) he's nice. always like that to me. he's a friend of mine. and he is an apple of my eyes. :)