August 11, 2011

my little fat Gemuk !

assalamualaikum...waalaikumsalam

saya ada kucing baru ! wee~ *muka berseri seri dan happy* kucing saya mula mula comel je. kecik dan gemuk. tapi dah besar sikit, jadi tak comel sangat tapi gemuk lagi. huhu. sayang sangat kat gemuk. suka rebut tido berkepit. kalau tak peluk, keluar dari bilik and tido kat sofa. merajuk lah kononnye. so, kena peluk sentiasa and kena letak bawah selimut, baru dia tido. manjaaa. makin lama makin manja. dah pandai buat muka kesian mintak nak dukung. huhu.

tengoklah, pagi pagi dah mengada. tak bagi mommy gi keje lah ni ye gemuk. mane boleh ! sape nak beli whiskas nanti. :)

dah jumpa kucing baru, tak bermakna rindu saya kat yet dah hilang. belum lagi! masih rindukan yet hari hari. kembang jugak. miss them a lot. yet the best ever. rindu sangat. :(

well, hidup mesti diteruskan walaupun yang kita sayang tak selalu bersama kita. kan kan. :)

ouhh boots.

assalamualaikum...waalaikumsalam

dalam belog kali ni saya nak cerita tentang my newest wishlist. dulu nikon. still tak dapat dapat. working on to get it. sekarang, boots. OMG! so gorgeous lah boots ni. sangat SEMART kalau pakai. boleh pakai dengan tights, jeans, or shorts kan. very cantikk! i like it. no no! i LOVE it.

tapi encik faka cakap, kalau pakai boots nampak tak cantik. hah! dengki letew. huhu. saya nak jugapp ape jadi pon. sukee tengok orang pakai boot. cantekk! huhuh. nakk sangat itu boot. taknak yang over sangat. taknak yang ade heels, dah tinggi nanti bertambah tinggi pulak kan. yang biase biase je. nak sepasang je encik faka. bagi saya puas hati. tu je. hee.

nice giler ni. kalau dapat mesti lagi meletops lah. hee.. nak sangat sangat. *muka berharap* :)

kusut masai




assalamualaikum...waalaikumsalam

hari ni keseorangan di office. yang lain ade kes kat cameron. so, aku kena jaga office aje. sebab tu kusut masai sikit. bukan sebab kena tinggal je saya kusut masai, tapi sebab Twitter jugap! why twitter? huh..

first, cemane nak retweet ? tengok orang lain retweet then dapat tules lak ayat kat tepi tweet yang mereka retweet tu! saya pulak? retweet tak habes habes tapi tak dapat nak tules ape ape kat sebelah ayat tu. sangat marah lah kan. puas dah buat tapi benda same jugak keluar nye. hadoi.

then, nak letak Trend kat ayat tu. hah! susah. ade #ImTheTypeOfPerson lah #lagurayatwitter lah. ramai je letak kat tweet dorang, tapi saya? tak dapat dapat nak buat. marah ni! huuuu. (T_T) sedeh la orang dapat buat, saya tak dapat. tau lah kan saya ni, BUTA IT. hughh..

takpe takpe, saya bersabar je. sokay. nanti mesti ade orang ajar jugak kan. mesti dapat buat jugak. mestiii.


nota kaki : mane tau kan, atikahelias bace blog saya, then rasa simpati kat saya. huhu. nak mintak tolong tapi malu lak buta it sangat. hehe. :)

August 5, 2011

puasa oh puasa !

assalamualaikum..waalaikumsalam

sangat bosan duk kat office sorang sorang. yang lain ambil kesempatan cuti. mentang mentang saya yang pegang kunci office kan. so.. saya sorang dan office ni saya yang punya.

hari ni hari ke 4 puasa. alhamdulillah belum batal lagi. huhu. bila puasa ni semangat lah nak raya. dalam kepala macam macam baju raya nak beli. hahaha. puasa pon belum cukup nak beli baju raya dah. huhu.

bulan ramadhan ni lagi banyak dugaan datang walaupun rezeki bulan puase ni lebih murah. kan. dan dugaan terbaru, wedding i kena postpone lahh! so many problems come. it's the best we can do right now. huu. tuhan maha mengetahui kan. Dia lebih tahu ape yang terjadi. harap semuanya berjalan dengan lancar.

ape nak cerita daa. takde idea langsung. huh!

nak cerita pasal raya, takde plan ape ape untuk raya. belum plan. cerita tentang puasa lah kan. huhu. yang best bila puasa ni, bazar nye. kan kan. syok ouh gi bazar. makin lame dok kat bazar makin beria perot menyanyi. haha. biase lah.. seharian tak makan kan. tapi tak boleh nak ucap lapar tu kerap sangat kan. huhu.

bila dok kat bazar, mula lah rambang mata. kuih pulak macam macam warna. nampak sedap sedap. tengok tepung gomak, perghh. meleleh air liur. bila beli, terkena tepung gomak keras. hah! tengok lauk pulak, lagi lah nak terkam kan. kari nye, ayam merah nye, gulai lemak lagi, percik pulak. perghh!! beli sampai 10 jenis lauk. padahal makan 3orang je. tak habis pulak lauk tu.

typical humans with normal attitude bila puasa ni. same lah jugak dengan saya, mujur je duet belum withdraw, kalau tak satu pasar beli. haha. eh eh. pastu tengok pulak budak yang dua or tiga tahun beli air dalam cawan. sejuuk je terasa kat tekak tengok budak tu minum. nak nak air bunga kekwa. haha. pengalaman semua ni. kalau tak manakan nak cerita kat blog.

bile tibe dekat dekat waktu berbuka, beria dah letak lauk dalam pinggan. penuh pinggan. padahal azan 10 minit lagi. haha. nak nak kalau budak yang baru belajar puasa. camtu lah. ade pulak yang dah tak sabar, terminum sikit air. mujur tak telan je. huhu. bile azan, terkam air cam rimau dahaga. bila habis segelas air, termenung tengok pinggan. terasa banyak pulak. bila kurang kan sikit nasi tu, terasa sikit pulak. tapi tak habis jugak makan nasi. membazir.

makan berbuka dah kenyang. nak menghadap pulak kuih yang cantek berwarna warni tu. petang tadi cam orang tamak membeli, 10 jenis kuih kau bawak balik. last last tak makan jugak. konon letak dalam peti nak makan esok. esoknye pegi bazar, benda same berulang. lepastu simpan lagi kuih dalam peti. lame lame peti pon penuh dengan kuih. haha.

bukan nak mengata orang, tapi kongsi kongsi. betulkan perangai kita camni? saya pon same. kadang kadang je rasa lapar. kalau penat sangat puasa, nak nak kalau tak sahur, lagi lah gile tengok lauk macam macam.

satu yang saya ingat abah pesan masa saya kecik lagi, berhenti sebelum kenyang. tapi tengok abah sekarang same je cam anak anak dia. bedal selagi muat. haha. :)

nota kaki : saya menulis sambil menelan air liur sebab teringat lauk kat bazar. huhu. :)

 beli beli. banyak lagi tu kuih yang tak di beli. huhu
 muke muke yang berpuasa *entah ye ke tidak puase

kalau dapat ni, perghh memang best lah kan kan.

August 4, 2011

when it's getting too excited for hope

assalamualaikum...waalaikumsalam

lame tak online. makin lame makin malas. nak main game kat fb pon malas. cuma on fb and update status dengan ayat ayat merepek lagi merapu. dan hari ini, saya mula menaip di belog saya. dengan muka yang masam dan hati yang sakit! sambil tengok cerita Spooky House yang tak berapa nak spooky tu.

kekecewaan saya semakin teruk. dah tak semangat lagi nak hadapi aktibiti harian ni. hadoih~ murahkanlah rezeki ku Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.


dan, dari apa yang saya lalui selama ini, saya yakin saya semakin matang dan independant! yes babe! insyaallah saya juga akan semakin tabah dan kuat walaupun takde semangat sangat, untuk menghadapi setiap hari yang mendatang. wahaha. yeay for me. -..-''' huhh..

and lessons to remember, don't give hope to much. what you hope won't be real like you want it. either you'll cheer for it or you'll cry and disapointed one day.  trust me. i've experienced it lots of time. -oo-"

July 28, 2011

lambat membawa maut!

assalamualaikum...waalaikumsalam

saya sangat sedih dan badmood hari ini. ikan laga saya dah mati! kesian dia. gara gara saya lambat bagi makan, dia mati. sedih nye. saya sayang sangat ikan tu. tapi dah mati nak buat camne. ekor dia dah nak tukar wanrna merah. sirip bawah dia pon. tapi terlambat beli makanan dia and lambat bagi makan, dia dah mati dulu. ahh! sedeh nye saya. :'(

majlis penyampaian sijil ILSAS

assalamualaikum...waalaikumsalam

panjang je tittle nye. haha. orang ilsas cakap dorang tak panggil majlis konvo. dorang panggil majlis penyampaian sijil ILSAS. :)

tamatlah sudah pembelajaran faka. dah mula alam kerja sejak 18 April lagi kat muar, johor. so, ade lah majlis konvo untuk pelajar pelajar ILSAS. :) faka salah sorangnye. ahai.!

kami bertolak dari lipis pukul 1tnga hari 6 julai tu. dah deal ngan uncle razman nak tidur rumah dia. so, kami gerak lah lepas ambik baju melayu and makan tengah hari. kalut jugak, sebab pendaftaran pukul 2.30. raptai pukul 3. kami sampai pukul 4 sebab jln jem sangat. sampai kat sane saya tunggu kat luar dulu. taktau macammane raptai tu berlangsung. entah family boleh masuk ke tak. lepastu faka suruh masuk. saya cuma berdiri kat pintu aje. lepastu nampak tempat kosong kat belakang, ape lagi. duduk lah.

lepas habis event, kami makan petang kat tepi ilsas. gerai tepi jalan je. sedap gile mee sup dia. sampai sekarang rasa nak makan lagi. huhu. makan goreng pisang and cendawan goreng. lepas siap makan, kami ke putrajaya jap. pegi alamanda jalan jalan. kejap je. gurau gurau kat dalam alamanda tu. duduk kat air pancut. takde gmbr sebab handphone dalam kereta masa tu. spoil gile. then, beli pretzel ngan air apple. MAHAL! tapi nasib baik sedap. then makan kat tepi kereta. nasib baik tergerak hati nak makan kat tepi kereta. ade pulak trafik datang nak saman. cepat cepat lah kami berlari naik kereta. suke aje pegawai tu. kami pon bergerak lah ke bandar putra mahkota, ke rumah uncle razman.

taktau rumah dia katne, lepas sampai tol bandar putra mahkota, kami tunggu kat tepi tandas. masa tu pasang lagu grenade. saya pon buat perangai gile. haha. tergedik gedik menari dalam kereta. sambil picit picit leher faka sampai geli. punye lah marah dia. such a great time. fun! then uncle razman pon sampai. jauh jugak nak ke rumah dia.

kami mandi kejap, duduk borak borak, kami pergi nilai. perjalanan dari rumah uncle ke nilai 15minit aje. kami lepak mcD kat sane sambil buka FB. malam tu saya dapat makan doublecheese burger. setelah sekian lame tak makan, dapat jugak makan. faka makan GCB. best jugak.. lepastu kami balik rumah nak tidur lah pulak

esoknya, bangun pagi lah. segan bangun lambat kat rumah orang. uncle razman dah kalut kalut nak pergi kerja. aku buat muke sposen tepi pintu. mandi and siap siap nak ke Uniten. baju melayu putih yang faka pakai tu sepatutnye baju akad nikah kami. sedih betul lah rasanya. terkilan sangat rasa. tapi terpaksa, nak buat camne. off we went to uniten lepas siap siap. salam dengan nenek. baik sangat nenek tu. banyak cerita best best.

sampai Uniten, terasa lapar. alang alang makan tengahhari terus kat cafe uniten tu. nasib baik sedap. :) lepastu masuk dewan tengok faka ambil sijil. terasa lapar. makan lagi kat gerai mee sup and goreng pisang semalam. then teros ke The Mines! tukar baju kat sane. jalan jalan sikit. pusing pusing tengok ikan, tengok phone ony, tengok baju. cume takde duit nak membeli belah. :) sabar sabar. puasa dah dekat. dah boleh shopping nanti. :)
my handsome boy. aha. *tak puas hati dia dah pakai baju melayu ni. -.-"

lepas ambil sijil kat dewan. ni je gambar kami. :)

orang lain dapat sijil, orang lain yang beria bergambar dengan sijil. haha.

kat the mines. kat tengah tengah, tepi tasik, atas jeti. ahah!

pukul 8 kami bertolak balik ke lipis. penat tapi seronok sangat rasanya,. :) jarang jarang dapat peluang berjalan jauh jauh direct camtu. :) lepastu kami habiskan masa kat rumah.. rase cam boring je bile tak pergi jalan. haha.

chilling at cameron #2

assalamualaikum...waalaikumsalam.

ade lagi cerita pasal jalan jalan kan. haa. nampak sangat kaki jalan kami ni. haha.

lepas balik dari penang, kami rehat satu hari and ke cameron pulak hari isnin tu. nak settle hal pertukaran Ahmad Dil Fakar ni. pagi pagi dah kena kejot. siap bawak bekal nasi goreng umi agi. lepastu kami pon gerak ke cameron. puas cari TNB sane. tak jumpe jumpe. puas tanya orang baru jumpa. then, pegi makan kat marry brown. dah lame tak makan marry brown. jumpa pulak orang kampung kerja kat situ. lepastu kami jalan jalan kat tanah rata. pegi kebun kaktus. cantek sangat
cover cute muke sayang ku ni. :)


rase cam cantek aje. haha. (^^)v



posing maut neh. haha.

 

then, then, then, beli sayur la. banyak gile. haha. :) behenti kat nurseri besar tepi jalan. taktau ape name nurseri tu. tak ingat pulak. takde gambar sebab sibuk sangat membeli belah untuk dua family. mase membeli tu sempat lagi buat perancangan rumah tangga kalau duduk kat cameron. haha. hari hari makan sayur aje lah kalau sayur murah camni. :)

lepastu, lepak tepi bukit kat Bharat Tea and Plantations. sejukk aje rasenye. :) bergambar kejap. lepastu balik lah. walaupun rase cam awal lagi tapi dah takde benda nak buat kat atas sane.
adoring the tea tree's. haha. padahal merajuk. :p

tak nampak sangat pemandangan kat sane. :) nampak kami cukup lah.

lepastu sempat lagi bergambar kat tepi jalan. dalam kereta pon same. :)


sempat je bermesra-mesraan. :)



gambar gelap. spoil betulll.

pakai topi sebab serabot rambot terbang. getah rambot tah kemane mane. kalau nak tau, baju couple yang ni la kami beli kat penang. cun kan baju ni? dari harga rm50 kami dpt rm20 je. :)

wordless dah. tengok gmbar je lah. yang penting, i had fun with my sayang. and really really miss him much. sumpah. cuma dia je yang pandai buat saya happy sehappy happynye. harap bulan oktober sampai cepat. :)