February 9, 2011

cinta saya


ye ye... sempena hari valentines ni, nak tules sikit ape yang aku rasa. mmg meraikan hari valentines tu salah dari hukum syarak. tapi tak salah kalau nak meraikan cinta, tapi dengan cara yang betol la kan.

14 febuari ni valentines, tapi bukan nak cerita pasal valentines sangat. nak cite pasal 17 febuari 2011 bi. ade ape dgn 17 feb tu?? haha. itulah tarikh pabila larut malam. eh eh! pabila kami bersatu menjadi sepasang kekasih. cewahh...! maka, pada 17 feb ni genap lah kami 2 tahun bersama. segala jenis cabaran dalam hidup kami tempuhi walaupun kami belum menjadi suami isteri. daripada masalah cemburu, masalah kewangan, sampai la ke masalah mulut mulut tempayan yang berbunyi. kami tempuhi. dan sehingga sekarang, alhamdulillah kami sentiasa bahagia and ceria menghadapi hari hari yang mendatang. mmg kadang kadang ade masalah and gaduh gaduh kecik. tapi semua nya cabaran dalam hidup and gaduh gaduh manja... mengeratkan hubungan antara kami. kan kan.

sempena hari tu akan mendatang, saya nak memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana jodoh kami masih panjang sehingga kini. and harap sangat kekal sampai akhir hayat. kalau boleh sampai akhirat nak bersama..

kepada sayangku faka. semua yang kita hadapi selama ni, sangat bermakna. putri telalu sayangkan sayang. semoga kita kekal sampai akhir hayat ye sayang. kahwin nanty. pastu ade anak banyak banyak.. kan kan. aminnn..

bye bye muar

7 febuari.

aku and family faka nak ke muar. kitorang betolak petang. family kak seha pon ikot. mula mula dah oke jalannye. lepastu ikot abg jafry, suami kak seha. tesesat sampai ke jalan ipoh... pusing semula. perot dah lapar gila. period pulak. senggugut lagi.. mmg seksa gila.. berhenti kat senawang, beli makanan alas perot. sebab anak kak seha dah lapar sangat. lepastu straight sampai melaka. then kitorang behenti makan kat restoran seafood dekat rumah kak seha. faka ajak gi klebang. tapi badan aku dah tak larat sangat. tukar baju lepastu teros tidor.

8 febuari.

aku bangun awal pagi. malam tak boleh tidor sangat sebab tak tutup lampu. nak gi tutup tapi malas dah nak bangun. bangun je makan mihun. lepastu baru betolak ke muar. singgah kat kesang laut dulu. beli ikan and sayur. lepastu teros gi umah.. nak ambik sume barang, bawak balik.

katak bawah lesung.

bila dah sampai, perot pon lapar sangat dah. semangat la memasak. tibe time nak tumbuk sambal belacan. semangat berkobar kobar neh nak tumbuk sambal. angkat je lesung batu, melompat lah sekor katak ni. aku pon ape lagi, melompat lah same. lesung batu dah begolek atas lantai. mujur tak pecah lantai. punye lah geli. aku melompat lompat kegelian sampai depan. yang lain pelik tengok aku. umi pulak ketawa je tengok aku melompat lompat sebab katak tu. last last, tak jadi aku nak tumbuk sambal belacan.



kenangan bersama sama.

banyak kenangan kat sane. macam macam kitorang buat besame. dengan yet sekali. sedih sangat bila teringat kat yet. lagi sedih bila anak anak sedare aku tanye mane yet. mengalir air mata aku. sedih gila. yet lah penyeri kitorang kat umah tu. bila dia maty mengejot, semua tak dapat terima.. terutama aku and faka. tapi kitorang kena terima jugak ape ape pon. lepastu kenangan aku dengan faka kat sane. banyak tempat pegi besame. tak penah jemu. seronok sangat rasanya bila merantau tempat orang same same. tak sabar rase nak kahwin cepat.

lepastu sampai masanya nak balik. semua barang dah bawak balik. sampai melaka dah nak malam. kitorang teros balik. matahari nampak cantik. ehem.. matahari dah mula terbenam dan meninggalkan cahaya jingga nya. bulan pula bergerak perlahan lahan untuk menapakkan dirinya di dada langit. cewah!! boleh le jadi sasterawan agaknye.. hukhuk..

sedih and sayu je rase bila nak balik. tak sempat nak tengok tengok bandar muar. sedih sangat rasenye bila nak keluar dari muar. lepas ni entah ade ke lagi rezeki sampai ke muar. entah ke mane lagi kitorang akan merantau nanty.. moga moga murah rezeki, dapat tempat dekat dekat. aminn.

February 3, 2011

the fan

kaki kipas... kipas ke.

hahahahahahaha...

sangat memanaskan hati bila mendengar pasal kaki kipas. atau orang yang mengata anda kaki kipas. haha.

tapi kadang kadang anda tak peduli ape yang orang kate. sebab kerja anda ikhlas dan anda kena buat kerja bila sedang bz.

tapi macam mane kalau orang yang tersayang yang kate anda macam tu. macam mane rase nye.

hancur luluh segala perasaan anda. sedangkan anda buat kerja kerana dia. sedangkan anda ikhlas dalam pekerjaan anda. semuanya akan musnah dalam sekelip mata hanya kerana dia kata anda macam tu.

dan anda akan hilang semangat dan mood bila datang semula ke pejabat. dan anda akan menangis bila terkenangkan ape yang dia cakap.

dan kalau perkara ni kawan kawan anda tau macam mane??? anda mesti rasa malu teramat sangat. anda akan rasa tak yakin lagi bila nak menghadapi ape yang akan datang.

dan bila bos anda pulak yang tegur macam mana?? nak cakap ape?

lepastu, anda akan menghadap blogger dalam pejabat dan biarkan orang baca luahan hati anda. termasuk yang ade dalam pejabat. akan bace ape yang anda tules sebab anda dok kat depan.

baca lah wahai sahabat. ini bukan saye yang tules. sape punye diari? biarlah rahsia sahaje.