June 24, 2011

for cat lovers

assalamualaikum...waalaikumsalam.

bila dah tengahari ni mule lah boring tahap melampau lampau kan.

kepada cat lovers macam saya, mesti suka kan tengok gambar gambar kucing. nak tengok lebih banyak? pergi kat Kami Pencinta Kucing on facebook. seriously banyak gile gambar gambar kucing kat sane. dari fans satu malaysia. seriously lucu lucu and sampai geram. tak sanggup lagi nak tengok gambar tu semua! geram tahap cipan dah bile tengok aksi aksi kucing tu. :)

so ape lagi, on fb kau! cepat cepat tengok. :)

just for sharing, kucing kucing yang mencuri hati saya dan membuat saya mencuri gambar mereka. :)

bila tengok kucing naek kereta camni teringat kat yet saya. :'(

gebunye.. termenung ape tu? geram je nak tonyoh muke comel tu.

mutan cat. huhu. jarang jumpe kucing mate camni. kalau ada jumpa better bela. unik!

aish! comellll!

ngade betullah.!

kalau dapat satu pun dah puas hati. :)

so cute. sumpah suke sangat!

macam Mak Puteh saya. cantek gambar ni, and dah jadi wallpaper. :)

so nice. baik je tengok dorang ni.

barely didn't see it. huhu.

main nyorok nyorok sorang ke.?

kucing pon ade nikon. bile lah dapat pegang nikon sendiri. :)

cerdik. dia tak makan pon hamster tu. kalau dapat kat kucing saya dah lame licin hamster tu. :)

ahh! so cute lah dorang ni. :)

haiwan yang cute and gebu cam kucing ni tak patot dianiaya walaupun mereka tak comel, berkurap dan sakit. jangan abaikan mereka hanya kerana mereka bernama BINATANG. mereka juga perlu di sayangi. bukan jadi bahan sepakan. mereka mungkin takde akal nak fikir mane baik mane buruk untuk diri mereka. tapi kite ada akal, fikir mane baik, dan mane buruk. they have to be love by us. 

thanks for reading. saya fara, melaporkan dari tv suka suki saya sendiri di channel double F. :)

wait me !

assalamualaikum...waalaikumsalam.

more post will come. tunggu kayh. grooming event, konvokesye, Penang. huhu. tak sabar sangat ni. :)

see ya :)

fly little ladybug

assalamualaikum.... waalaikumsalam

ehem... satu hari, saya berjalan ke tandas di bawah pejabat saya. sedang saya berjalan, saya nampak ladybug di suis lampu. saya biarkanlah. selepas siap e'ek, saya tutup lampu tandas, tengok tengok ladybug dah takde.

kemudian saya ke tangga pulak. nak naik tangga lah nak masuk pejabat semula. ladybug itu dekat tangga dan saya terpijak dia. 'adoi!' dia jerit. saya sangat terkejut. lepastu saya bawak dia naik atas dan rawat dia. saya kan PC. kemudian rakan pejabat saya, Aizudin membuat muka pelik. 'mengapa' dia bertanya ayat skema. saya cuma sengih macam kambing. kemudian dua orang rakan pejabat saya Kak Wani dan Kak Dila menjerit jerit ketakutan melihat ladybug itu. Aizudin bertanya kepada mereka, 'mengapa' mereka menjawab 'saje je'. saya terus menyapu ubat di kaki ladybug itu dan mengurutnya lembut lembut. takut patah.

setelah siap mengurut, ladybug itu mintak air kotak bunga kekwa. dahaga katanya. saya kata 'takde. bunga kat cameron dah pupus.' ladybug itu kecewa dan mengucapkan terima kasih kepada saya dengan selamba. dia memandang Aizudin, Kak dila dan Kak Wani yang berada di penjuru yang kelihatan ketakutan. bos saya, Cik Khairi yang baru masuk pejabat memandang ladybug itu yang memandang Aizudin, Kak Wani dan Kak Dila di penjuru. saya juga memandang mereka. Cik Khairi marah dan bengang sehingga menjadi merah telinganya. dan terus memenyek-menyek, memukul-mukul, menggigit-gigit dan membakar ladybug itu. ladybug itu menjadi tenat dan terbang sepantas kilat. selepas itu, semua bersorak gembira. tak tau kenapa. pejabat menjadi aman damai dan makmur.

ladybug bertukar menjadi biskut. :p

p/s : cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. just a pile of crap. :) rekaan dari kebosanan tahap melampau. hanya untuk bergelak ketawa sahaja. sekian terima kasih. :)

GROOMING VS HOLIDAY

assalamualaikum

pening.. pening.. lama lama pikir boleh botak kepala. dua event dalam dua hari nanti. macam mana nak handle!

first, 1 julai 2011 nanti nak ke Penang. first time tu gi Penang. a friend of mine kahwin. huhu. seronok kau kan Lu. aku je menunggu masa... ehem. disebabkan dia kahwin dan dia kawan saya. saya nak pegi!!

second, 2 julai 2011, ada grooming event yang di anjurkan oleh ex-cikgu saya, Shah Rizal Irza. and i'm the model cikgu kata. huhu. siapa Shah Rizal Irza itu? laki kah? no! no! dia adalah wanita! sangat gorgeous.. my idol! dan juga first time pergi grooming event ni.


so mana satu!! dua dua pon nak! haiyak.. dua dua dah confirm ni. :'(

p/s : potong badan jadi dua. boleh gi dua dua kan. haha.. i wish i could do that..

June 23, 2011

another hectic day

assalamualaikum.

again, a boring day. huhu. melayan perasaan sorang sorang je.

hari ni saya bangun lewat! *hari hari pon lewat pegi keje. tapi hari ni saya tak sengaje bangun lewat. niat nak datang awal sebab saya yang pegang kunci offce! argh! dan nak di jadikan cerita, saya dah tersedar pukul 7. mase adik adik nak pegi sekolah. awal lagi. saya pon tido je lah dulu. tibe tibe handphone bunyik. ingatkan awal lagi, rupenye dah pukul 8.30.

saya jawab aje lah call tu. rupenye dari JPAM maran. kelam kabut jadinye. terloncat loncat bangun tido. haha. kelakor pagi tadi. yang cuaknye, dia nak cakap dengan bos. lagi lah kalut kelam kabut. padahal yang call tu same pangkat je ngan saya.

pengajaran orang kate, jangan bangun lambat. anak perempuan tak elok bangun lewat! haha.

and for Abang Man Maran, thanks sebab berjaya buat saya kalut sekalut kalutnye pagi tadi kay! cheers for you. :)

p/s : fb nye Azmansya Junior

June 22, 2011

gift of love

assalamualaikum.

sangat seronok sejak 18hb lg, kerana sayang saya beli ikan kat saya, walaupun cuma ikan laga, tapi saya hargai sangat2! haha. sumpah saya suka. lagi pon saya memang suka ikan laga. bukan untuk d laga oke! suke tengok ekor nye yang kembang, warna nye yang berkilau. cun seyh! saya suka ikan laga! 



thanks sayang ku! i love you. sumpah. bukan sebab ikan je. tapi sebab everything! miss u yang. cepat balik kay.

rezeki pintu syurga buat orang yang berpuasa a.k.a Rayyan Rizki

10 Februari 2011 , a birth of a hero.

antara cinta Mohd Hadafi dan Marlisa, lahirnya Mohd Rayyan Rizki (rezeki pintu syurga buat orang yang berpuasa)

semakin membesar dah anak sedare makcik ni. makin lame makin comel. makin lame makin riuh. makin lame makin lincah budak nih! seronok tengok dia. ceria sangat. suka kena cium! aish! :) sayang sangat kat anak sedare makcik ni. jumpa cuma sekali seminggu, tapi nye bile jumpa, riuh. basah tangan makcik kau buat ye Rayyan.

hope sangat dapat anak yng comel macam dia. seronok bile ade kehadiran baby. nak nak kalau anak sendiri nanti. ahh! tak sabar sangat meyh! saya sangat tak sabar nak kahwin. :p


calon bapa. seronok tengok sayangku pegang baby. :)

again with the crazy-ness!!

assalamualaikum. again, masih takde ape yg nak di buat kat office hari ni. :)

gila gila dan terus gila. makin gila pon ade. makin lame makin terasa berjauhan. sedeh.! sekali sekala kami pon jadi sewel. huhu.

dulu dah de blog camni. so takde benda nak tules. huhu. and motor tengah bergerak mase ni, kat tengah tengah jalan raya, faka yang snap pcture sambil bawak motor. huhu. mmg hobi kami.

anyway, kepada yang membaca blog saya, doakan kami ke jinjang pelamin secepat mungkin. doakan masa berlalu cepat! :) saya sangat sayangkan dia ouh. wish us luck! love you sayang Ahmad Dil Fakar <3

June 21, 2011

thing's you shouldn't waste

assalamualaikum semuanya. hari ni takde benda sangat nak d buat kat office ni. just facebooking and blogging aje lah. haha. dengor lagu jiwang tak habes habes.

bile dah dok camni, ade la benda nak d tulis.

membazir... satu amalan yang keji. cewah. so, kite tak patut membazir. yang paling utama kite tak patut membazir ialah : (jeng jeng jeng)

1. DUIT

yee... jangan membazir duit sangat. nanti tak sempat gaji bulan depan duit dah habis licin. mentang mentang la gaji banyak bulan ni, enjoy tak hingat dunia. bile duit habis mule la nak botak memikir nak cari duit katne kan. walaupun begitu, jangan dikempuk jangan dikemut duit tu sangat. sebab duit tak menjamin kebahagiaan. buat ape kalau cari duit beribu ribu sebulan tapi takde mase untuk yang tersayang. kan.. tapi takde duit pon tak bawak kebahagiaan. kan.. haa.

2. MASA

jangan membazir masa, sesungguhnya orang yang membazir masa adalah orang yang rugi! ye. tak perlu kite ckp pon dah tau yang membazir tu satu benda yang merugikan. guna lah mase dengan sebaiknye. sbb bile kite buat sesuatu yang mmg buang mase, kite mesti menyesal. percaye lahh. yang lagi merugikan, mase tak boleh putar semula untuk kite baiki ape yang kite bazirkan tu -- ayat keling dah. masa tak macam duit. duit kite boleh cari. ahh! ape ape pon janga n bazir mase. dan bile ade mase dan kesempatan untuk menghargai orang yang kite sayang, hargai dia sebaik baiknya.

3. AIR LIUR

haa! benda yang tak patut d bazirkan jugak. jangan meludah mrate rate. haha. nanti tuhan tak bagi air liur baru tau. membazir je.

4. TENAGA

tenaga pon tak patut d bazirkan dengan kerja kerja TAK BERPEKDAH. daripade merempit ke hulu ke hilir baik cari satu aktiviti yang mendatangkan PEKDAH. lagi satu tenaga yang tak patut di bazirkan -- TENAGA NASIONAL BERHAD. berjimat lah. mak bapak pening kepala nak membayar bil. :)

5. CINTA

ye, jangan bazirkan cinta anda begitu saje. kalau takde jodoh tu lain cerita lah kan. tapi bile pasangan tu masih  dengan kite, masih sayangkan kite, masih percayakan kite, jangan bazirkan dia. sedihh.! kepercayaan kali kedua mungkin dah takde lagi buat kite. hargai cinta kite dengan sungguh sungguh terutame kepada bakal tunang atau bakal isteri. cinta bukan untuk dibazirkan! jangan pernah abaikan orang yang sayangkan kite. jangan pernah lupa die. ingat die dlm setiap ape yang kite buat. ingat cinta die sentiasa ade dengan kite. yakin, jujur and setia.

6. PELUANG & KEPERCAYAAN

peluang yang kite ade sekarang dah cukup untuk kite. memang betul, kalau kite buat silap sekali, akan ade peluang kedua buat kite. tapi kalau kesilapan yang kite buat dulu, kite masih ulang. ade ke peluang ketige? kalau masih ade peluang ketige, keempat, kelima, keenam and so on, itu bermakna kite adalah orang yang beruntung. siapa yang nak bagi peluang and kepercayaan banyak banyak kali? kalau pasangan kite masih beri peluang and kepercayaan buat kite beratus ratus kali, kite tak patut bazirkan dia camtu je. dialah orang yang paling tepat untuk kite. seterusnye, kite kena sedar diri, sedar kesilapan kite pada dia, dan baiki semau tu secepat mungkin. sebab kite taktau dia mungkin takkan maafkan kite lagi.


tu saje kot bebelan saya hari ni. dah takde ape lagi nak dibebelkan. nak balik makan tengahari. :)

June 17, 2011

teman segila

mesti pelik bila bace tittle tu. ape dia teman segila tu ek? haha. maksud nya same same gila la. ye. dia seorang teman yang DASAT. kenape? mulut dia langsung takde insurans! cakap lepas je. haha. macam macam dia kutuk. macam macam dia ngate. ikot best mulut dia jek. kalau kenal ngan dia, serius boleh sakit mental, sakit hati, sakit segala sakit. tapi dia jugak boleh ubat sakit sakit and sengal sengal kat hati. sebab dia memang lawak. spontan aje... dia tau nak selesaikn masalah tanpa tau ape masalah kite. dia cuma buat lawak tak henti henti. lepastu puji orang lebih lebih sampai kembang kempis hidung. haha. dan dia seorang cikgu yang asyik nak telan anak murid dia. :) dia katik tapi ade pendirian tinggi. dia kecik tapi hati besar. haha. *kononnye. bodek lebih ni*


dia adalah seorang teman yang ceria. :)

p/s : kalo dia bace blog aku neh, maunye dia kutuk. haha. bukan nak bagi kredit aku tules pasal dia. :D

dunia

pagi tadi saje lambat lambat ke pejabat. takde mood rase nak ke pejabat. entah kenape. termenung dulu depan pintu. lepastu saya nampak sorang nenek cina. dia dah tua sangat. masa saya mula mula pindah kat kawasan perumahan tu 11 tahun dulu, dia dah tua. sekarang, you can imagine dia tua camne. pagi pagi dia berjalan sorang sorang. ke hulu ke hilir depan rumah. bersenam. mase saya at luar tengah panaskan motor, dia lalu lagi. tersengih kat saya. saya just senyum. dia nampak gagah. tapi dah nampak terketar ketar kaki dia mase berjalan. sedih sangat tengok dia.

satu perkara yang baru hari ni saya perasan. anak dia yang duduk dengan dia dulu, dah takde. saya taktau bila anak dia takde, tapi baru hari ni saya perasan. kesian sangat kat dia. tapi yang selalu saya tengok, jiran nenek tu selalu hantar makanan untuk dia. yang geli hati sangat tengok gelagat jiran tu panggil nenek tu berkali kali. sampai menjerit pon ade kadang kadang. sebab nenek tu dah tak dengar ape orang cakap. kesian.

entah kenape, ade golongan manusia, tak kire lah bangsa ape sekali pon, sanggup tinggal ibu atau ayah yang dah terketar ketar sorang sorang. padahal tak kerja pon. cuma setakat meniaga atau menjual saje. pelik. dulu dulu, mak bapak tak sanggup nak tinggalkan anak anak walaupun anak tu sihat dan gagah. tapi mane pegi perasaan perikemanusiaan dalam hati tu. sedih betul bila memikirkan.