March 11, 2013

The Awesome Preggy :)

Assalamualaikum.



alhamdulillah, masih lagi dapat kesempatan untuk menaip entry blog ni. masih dipanjangkan umur untuk berkongsi udara di bumi Allah ini. alhamdulillah juga sekarang dah hampir 38 minggu saya mengandung.

sepanjang mengandung ni banyak perkara yang saya alami. dari morning sickness, muntah teruk, langsung tak boleh makan dan minum susu tepung. sampai lah sekarang saya semakin sihat dan gemuk. alhamdulillah anak dalam kandungan jugak sihat. cuma ada sikit implikasi dan kerumitan yang saya sendiri tak dapat elakkan. dan diharapkan saya dapat melahirkan anak saya dengan selamat. inshaa Allah.

bila dibagitahu pada orang tua tua pasal apa yang kandungan saya alami, semuanya tanya 'ikut pantang larang tak?'. saya lah jugak yang terpinga pinga pantang larang apa lagi yang aku tak ikut ni. rupanya orang mengandung ni kena pantang banyak benda. bukan setakat jangan keluar maghrib, jangan pukul atau bunuh binatang dan sebagainya. lebih banyak rupanya dari tu. meh saya kongsikan :)

Pantang Larang Ibu Mengandung :

1. seperti yang saya katakan, ibu mengandung tak boleh keluar waktu maghrib. makhluk halus paling suka pada keadaan ibu mengandung yang agak lemah semangat.

2. ibu dan suami tidak boleh memukul, membunuh, memburu atau menganiaya binatang termasuk ular, cicak, biawak dan sebagainya. takut anak terkenan.

3. mandi sebelum maghrib. seelok eloknya pukul 5. sebab waktu senja dan lepas maghrib banyak syaitan.

4. jangan lilit kain atau tuala pada leher, dikhuatiri anak boleh terbelit tali pusat. jangan letak tuala basah pada bahu juga.

5. dilarang mencaci atau mengumpat seseorang, takut mempengaruhi perangai anak dalam kandungan.

6. dilarang duduk di atas tangga atau di muka pintu, takut susah melahirkan anak. penting ni.

7. dilarang menjahit diwaktu kehamilan, dikhuatiri seperti menjahit laluan keluar anak.

banyak lagi sebenarnya pantang larang ibu mengandung ni. tapi banyak yang tak ingat daripada ingat. hihi. sikit sikit pun masih boleh dipraktikkan. jangan sangka kita di zaman moden ni dah tak perlu lagi ikut pantang larang orang dulu dulu. masih kena ikut jugak.

kemudian ada la petua petua dari orang lama lama untuk ibu ibu mengandung ni. ini untuk kebaikan si ibu dan anak dalam kandungan jugak kan.

Petua Ibu Mengandung :

1. minum susu dengan banyak. anak dalam kandungan paling memerlukan kalsium untuk membentuk tulang. kalau si ibu malas minum susu, anak akan ambil kalsium dari tulang ibu dan si ibu akan alami sakit belakang.

2. makan banyak sayur dan buah. ini untuk kulit anak supaya cantik dan kurang alergi. selain tu, buah membantu ibu senang membuang air. kalau dah makan vitamin iron (untuk tambah darah) ibu akan alami sembelit.

3. makan banyak ikan untuk protein selain menambah darah. makan daging, kerang, tauhu, sayuran hijau, hati untuk menambah darah. ingat, masa bersalin paling memerlukan darah.

4. minum banyak air sewaktu hamil.

5. makan tembikai di waktu hamil, ini suruhan Rasulullah.

6. susu kambing juga baik jika diamalkan ketika trimester akhir kehamilan. dapat mengurangkan risiko anak terkena kuning.

fuh. panjang lebar saya menaip harini. alhamdulillah, dapat saya berkongsi sikit petua untuk orang ramai. seelok eloknya amalkan petua dan elakkan apa yang dilarang.

sampai sini saja lah saya menaip. semoga dapat dipraktikkan bersama nanti. dan doakan supaya saya selamat melahirkan anak sulung saya. inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment