December 11, 2012

a trip to remember

assalamualaikum

selamat petang. hari makin gelap kat luar. saya pulak masih menunggu suami saya habis kursus dan ambik saya kat mekdi ni. kakak kakak kat kaunter dah pendang pandang saya ni. saya pun dah lenguh pungkok kat sini lelama. lagi pulak tengah mengandung, kena pergi tandas banyak banyak kali. hadoi seksa. kang tinggal laptop lelama kat sini, lesap pulak.

nak soseh soseh la sikit pasal bercuti. raya haritu banyak la suami saya dapat bonus. haha. so kami pergi bercuti. pastu bawak la mak dan ayah dia. abang dia nak ikut sekali. *tapi kami kena tanggung. kopak pokett laki aku* satu pantai timur kami pusing. start dari cameron, pastu ke kelantan, pastu pusing terengganu. balik tu masuk kuantan, jerantut baru la sampai rumah. lama cuti.

Cameron Highlands

seronok rasanya. lama terperap kat rumah, akhirnya boleh pergi jalan. destinasi pertama, tempat sejuk, cameron highlands. dah biasa pergi, tapi apa salah nye pergi dengan family puloks. so, of we went. jalan jalan sakan kat sana. siap tempah apartment lagituu. :)
kat sini dah sejuk, tambah pulak hujan. macam kat korea daa. 

sehari je duduk kat sana. saje nak memanaskan badan. balik ke lipis semula sebab kakak ipar kesayangan kami ni nak kerja la pulak kan. lepas dia balik kerja kami terus gerak ke kelantan.

Kelantan

perjalanan yang memakan banyak duit dan masa. sampai kat kelantan dah lewat malam. nenek husband pun dah tidur. lama sangat menunggu katanya, sampai letih. malam tu kami terus tidur je. dah penat sangat duduk dalam kereta. saya yang mengandung ni lagi penat.

esoknya bangun pagi, terus makan. nasi kerabu tuu. all time favourite. bukan senang nak jumpa nasi kerabu kat tempat lain. kalau ada pun tak best. kena balik kelantan jugak kalau nak makan yang original. :) lepas makan, singgah pasar. beli ulam ulaman kat family saya. yela, kami ni ala ala arnab. kena ada ulam ulaman daun daun kalau nak selera makan nasi. orang kelantan la katekan. sebab tu saya cantikk. hukhuk *muntah*

then of we went to terengganu.

Pulau Kapas, Terengganu

well, dari kelantan nak ke terengganu bukan nya sejam dua. berjam jam perjalanan kami, baru lah nampak terengganu. sampai kat sana, banyak singgah menyinggah tepi jalan. saya ni yang mengandung kena riba anak saudara kesayangan lagi. al maklumlah, kalau dah jumpa atok, pakcik makcik dia ni, dah taknak dekat mak dia. mak dia pun honeymoon lah dengan bapak dia. romantik je pimpin tangan. laki aku jugak dukung anak buah dia, aku jalan ngan mak mentua. takpee. pahala jaga mak mentua.

*kat luar mekdi pun dah hujan. makin sejuk dalam ni*

sampai lenguh lenguh dah dalam kereta ni, baru lah nampak kuala terengganu. tapii, perjalanan kami masih belum berakhir bila jumpa kuala terengganu tu. panjang lagi perjalanan nak ke pulau kapas. OMG! ya itu lah yang akan terjadi bila dah lama sangat tak keluar bercuti. asyik pergi melaka je kan. dah nak muntah tengok Mahkota dengan Dataran Pahlawan tuu.

sampai je kat jeti pulau kapas, macam dah lega. ingatkan dekat je, rupanya naik feri berapa jauh daa. kebetulan masa tu sampai kat jeti dah petang. so air laut pun mula nak pasang. ombak laut pun kuat menghempas. kami yang dalam feri ni bagai nak gila ketakutan. mak mentua saya sampai menangis, menyesal datang pulau kapas.

sampai je kat pulau, feri tak boleh berlabuh dekat jeti sedia ada. kena berlabuh kat pantai sebab ombak kuat sangat. tak kisah la kat mana dia nak berlabuh. asalkan kami dah selamat sampai kat sana.

malam tu takde aktiviti sangat. saya pun tak boleh keluar malam sangat sebab mengandung. so duduk bilik, tidur. teman mak mentua saya. aktiviti hari esoknya yang seronok. pagi pagi kami pergi snorkeling dulu. tengok ikan dalam laut, cantik betul ciptaan Allah. tapi malangnya tak lama pun kami snorkeling, bapa mentua saya kena sengat obor obor daa.
syok je mak mentua saya menyelam. saya la yang selalu jaga dia. baik tak saya? haha.

*oh saya menaip sangat laju sebab suami saya nak sampai dah katanya*

semua suggest kencing kat tempat sengatan. tapi siapa nak buat? takde siapa sanggup. last last, abah kencing sendiri. pedihnya yang amat. kami pun berangkat lah dari tempat tu. tapi brader tu bawak pergi tengok penyu pulak. lupa kejap sakit bapa mentua saya tu. kesian dia.
kesian anak penyu tu . besar besar orang tu letak signboard 'dilarang pegang' tapi tak guna jugak.
dah nak balik, sedia nak naik feri lagi -.-


petang tu, kami pun balik. macam sekejap je kan. tak leh panjang panjang. tak sempat cerita lain nanti. kami pergi kuantan pulak. sebab kak seha kat sana. dalam perjalanan balik pun banyak singgah menyinggah. beli keropok lah, ikan masin lah, sos pencicah lah. penuh bonet. sekali lagi, suami saya bayarr semuanya. -.-

nak cerita ke apa yang jadi kat kuantan? tak payah lah ek. takde ape yang jadi pun. lepak kejap, gosip gosip lepastu gerak balik. saya pun takde masa nak panjang panjang cerita ni. haha.

so just enjoy my article today. memang macam article dokumentari dah ni pepanjang. akhirnya saya dapat balik. dah lenguh saya duduk kat sini, menaip macam mesin. :) gambar pun dah tak sempat nak upload bebanyak, suami saya nak sampai. lain kali la saya upload. byee 2012.

with love ;
faraheeza

No comments:

Post a Comment