December 11, 2012

time for crap



assalamualaikum.

sekarang dah disember pun. sepanjang tahun 2012 saya cume meng-update 7 posts je untuk blog ni. kenapa?? kenapa saya sangat busy sampai memalukan diri saya sendiri dengan tidak meng-update blog saya. sebegitu panjang masa. tapi cuma dapat 7 je. so sad.

sebab sebab saya tak dapat meng-update blog saya ;

1. saya sangat kesempitan masa nak meng-update. kerja lagi, nak layan suami lagi kat rumah, lepastu ulang alik balik kampung lagi sebab adik sakit, kadang kadang saya jaga anak saudara saya. jadi laptop ni saya bagi dia yang main supaya dia tak sepahkan rumah saya. kalau tak, saya akan angkat rotan nak bedal kaki dia tapi tak sampai hati.

2. saya kesempitan wang nak membeli broadband. nak pergi duduk kedai mamak lelama kang orang cakap saya ni minah lepak. padahal saya pergi dengan suami saya kan. apa dorang kesah. dorang tak pernah pulak nak belanja roti canai ke, burger bakar ke kat saya. nak sebok saya duduk kat mamak lelama tu kenapa kann.

3. saya malu nak update blog depan suami saya. suami saya suka menyebok hal saya. dia suka baca apa yang saya tulis. so saya pun menjadi malu lalu menyorokkan laptop sampai saya sendiri pun tak jumpa. - oke tipuu.

4. saya takde idea nak tulis ape. sebab aktiviti harian saya adalah ; bangun tidur, mandi, sarapan, tengok tv, basuh kain, tengok tv, sapu sampah, basuh pinggan, tengok tv, jemur kain, tengok tv, masak tengahari, tengok tv, tidur, tengok tv, angkat kain bila dah petang, tengok tv, mandi, tengok tv, minum air, tengok tv pastu tidur. aktiviti harian saya sangat memberangsangkan.

5. saya mabuk masa saya mula mula pregnant. jadi tak jumpa idea nak menulis sebab asyik nak muntah, perut masuk angin, mengidam bagai. lebih baik saya duduk rumah tengok tv.

6. saya sebok tengok jiran saya mengumpat kat tepi rumah. yelah mana tahu dia mengumpat pasal saya ke. boleh saya pergi mengumpat pasal saya sekali dengan dia. kann! lepastu boleh saya hadiahkan dia seekor anak buaya supaya boleh baham dia nanti bila dia mengumpat saya. - oke tipu lagi.

7. saya pinjam broadband kawan saya tapi dia tak bagi saya bayar. so broadband tu kena potong. last last dia tak nak pakai, dia block broadband tu. lepastu laki dia beli broadband baru kat dia. she's my bestfriend forever.

8. dah takde sebab lagi kot.

sebab sebab ni la saya tak update blog saya. malu betul rasanya bila post cuma berapa je. adoii. so enjoy my craps.

with love,
faraheeza

No comments:

Post a Comment