December 11, 2012

december

assalamualaikum.

it's already december. sangat cepat masa berlalu. dalam tak sedar je dah nak habis pun tahun 2012. hari ni dapat lah saya menaip sikit untuk blog saya yang dah lama sesangat menyepi. kena tunggu suami kat mekdi ni. 3 jam kena tinggal. apa nak buat, gatal sangat nak ikut dia. ni la akibatnya.. -.-

sementara dia berkursus kat office dia, saya menaip kat mekdi. fair and square lah rasanya. tapi malu jugak duduk lelama kat sini. hewhew. dah terlalu lama sangat tak berkarang ni, dah hilang idea. nak menaip pun dah rasa janggal. nak bercerita pasal ape pun tak tahu la.

then, let's talk about 2012. tahun yang agak gemilang bagi saya. permulaan bagi hidup baru saya sebagai isteri orang. that's the best part of the year rasanya kan. alhamdulillah, i manage my first year as a wife. dah menghadapi ramadhan dan aidilfitri pertama sebagai seorang isteri juga. dah merasa susah payah berada di rantau, bukan Rantau Abang. sebagai orang merantau ni, banyak cabaran dan dugaan. tapi alhamdulillah, saya dan suami berjaya berdikari. yayy for us. well, terlalu awal nak celebrate kot. :)

then, pertengahan tahun pulak, dikejutkan dengan berita adik yang sakit teruk. dugaan Allah yang sangat berat untuk kami sekeluarga. mulanya terkena gangguan makhluk halus. teruk sangat keadaan dia masa tu, Allah je yang tahu. deritanya adik saya menghadapi semua tu. derita lagi mak dan abah bila tengok anak kesayangan mereka jadi macamtu. lebih teruk lagi, lepas dah ubat gangguan tu, adik koma. 3 bulan dia koma. saya pulak, yang masih bekerja masa tu, terpaksa ambil cuti seminggu setiap bulan nak teman mak kat icu. akhirnya, terpaksa berhenti kerja. sebab susah nak ulang alik dari muar ke hospital temerloh.

alhamdulillah. Allah Maha Berkuasa. tiada apa yang dapat menandingi kuasa Allah. adik saya sedar dari koma. sepanjang dia koma, tak henti henti kami usaha. macam macam kami buat. mintak surau, masjid yang ada kat kampung dan bandar temerloh buatkan solat hajat. mintak jasa anak anak yatim turut buat solat hajat supaya adik dipanjangkan umur. mak tak henti henti solat dan berdoa semoga adik sembuh. nenek pun sama. walaupun 2 kali adik di ambang maut, alhamdulillah adik sembuh. sekarang dah macam biasa. walaupun makan masa untuk dia sembuh sepenuhnya, dah cukup untuk tengok dia sihat semula. semoga dia semakin sembuh.
pray for her health :) sengal kan muka dia 

betapa terseksanya juga saya tahun ni. dugaan yang Allah bagi sangat berat. tapi, pada Allah jugaklah kita kena berserah. tawakal sepenuhnya kan.

lepas adik sembuh, makin gembira semua orang. kami pun akan jadi parents tak lama lagi. lepas sekian lama jugak menunggu, 6 bulan je padahal nya, nak dapat baby dah. dulu sengih sengih tengok orang bawak baby. tak lama lagi sengih sengih dapat bawak baby sendiri dah. Alhamdulillah. suami pun banyak membantu sepanjang maternity month ni. you're the best Husband. sekarang dah disember. tinggal 3 bulan lagi nak meneran. haha

dah panjang kot melalut lalut. kang tak lalu pulak orang nak membaca. boring baca article pepanjang ni kann. :)

so, have fun reading. salam sayang dari kami ;


faraheeza dan dilfakar. :)

No comments:

Post a Comment