April 14, 2010

JANJI !


ada sepasang kekasih ni. dorang baru aje balik dari melancong bersama. *takde la jaoh sangat melancong nye. setakat jalan jalan daerah sebelah :)* lepas dah penat jalan jalan, dorang pon berkepitlah sekejap kat sofa. si lelaki, yang penuh risau dalam otak, takot makwe nye pegi belajar jauh jauh and lari dengan orang lain sebab dia jauh. and satu lagi sebab, si lelaki taknak hidup berjauhan dari makwenye sebab dah setahun lebih dorang bersama and selalu berkepit. sampai tak boleh berpisah lagi. dengan kepala yang penuh sesak dan rasa risau, dia pandang makwenye dengan penuh rasa sayang.

lelaki : yang, awak takkan tinggalkan saya kan?

perempuan : tak la sayang. saya kan dah janji tak tinggal awak. walaupun saya jauh mane pon dengan awak, saya sentiasa cintakan awak.

lelaki : saya tak mau awak jauh dari saya. awak tau tak saya akan merana nanti.

perempuan : saya pon same. saya pon akan merana jugak. oke. saya janji takkan pegi mane mane. walau apa pon tejadi. promise !

lelaki : kalau awak terpaksa ?

perempuan : tak! saya takkan pegi dari awak. saya taknak pegi jauh dari awak. saya sayang awak.

si perempuan mula menangis. si lelaki cuak sebab makwenye makin kuat menangis. dia pon peluk makwenye erat erat.

lelaki : saya pun taknak awak jauh dari saya. saya sayangkan awak. awak balik kampung 4 hari pon saya cam mayat hidop tau. takde tujuan hidup saya. janji dengan saya awak duduk sini je. tunggu saya kat rumah.

perempuan : saya janji. saya sayang awak jugak.


beberapa bulan selepas tu, si lelaki terima keputusan temuduganya. tapi tak dapat kerja lagi. kena temuduga sekali lagi.. si perempuan sangat gembira dengan surat tu. lelaki tu pon same jugak.

perempuan : alhamdulillah sayang! awak mesti dapat kerja tu kali ni.

lelaki : ha'ah. saya pon gembira jugak.. alhamdulillah.


si perempuan mula diam. dia tau walaupun lambat lagi pakwenye kena pegi, tapi dia tetap akan berpisah dengannya. tapi dia tetap gembira yang pakwenye akan dapat kerja.

lelaki : awak. awak janji kan nak tunggu saya. kalau saya dapt kerja ni saya kena belajar lagi. then practical pulak. at least 6 bulan. tapi saya janji, saya balik nanti saya terus jumpa awak. promise.

perempuan : iye awak. saya akan tunggu awak sampai awak balik jumpa saya. then saya tunggu lagi. saya akan sentiasa doakan kejayaan awak kat sane. and jangan naughty sayang.

lelaki : oke sayang. i promise. em.. kenapa awak happy saya dapat kerja, tapi saya tak happy awak pegi belajar.

perempuan : entah awak. saya happy sebab itu impian awak. impian awak, impian saya jugakkan. tapi pegi belajar bukan impian saya.

lelaki : thanks sayang.


si lelaki mencium dahi makwenye. si perempuan pulak menahan air matanya dengan perasaan gembira dan juga sedih. dia tahu, lambat laun, dia atau pakwenye akan keluar mencari rezeki di tempat orang. tapi, dalam hatinya nekad, dia akan menunggu dan berharap kepada pakwenye. dia takkan pegi mane mane, sebab dia balik kampung pon pakwenye marah. dia takkan keluar dan akan tunggu je. dia tau pakwenye seorang yang setia. dia juga akan setia menunggu. sambil berdoa, dia akan setia pada yang satu, dan pakwenye akan pulang untuk mendakapnya lagi, dan membawanya bersama sebagai isteri yang sah. harap harap, kisah ni berakhir dengan perkahwinan mereka. amiiinn !

note : gamba monyet tu takde kena mengena pon sebenarnye. saje je.

No comments:

Post a Comment